Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Jun 08, 2012
Kerajaan Selangor Nak Meraih Simpati Dengan Bergolok Bergadai Beri Pendidikan Percuma Kepada UNISEL!
Dalam sidang DUN yang lepas, MB Khalid dengan bangganya memberitahu yang kerajaan negeri dapat membuat simpanan sebanyak RM1.8 billion. Katanya itu adalah rekod kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan sebelumnya!
Kalau dah kata ada lebihan simpanan, mengapa pula nak bergadaikan aset-aset kepunyaan UNISEL bagi memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar baru UNISEL? Berapakah peruntukan tahunan sebenar kerajaan Selangor terhadap pendidikan negeri!
Mengenai isu PTPTN yang membekukan pinjaman terhadap pelajar-pelajar baru UNISEL baru-baru ini, Khalid dalam satu kenyataannya berkata kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor mengambil keputusan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) sebagai reaksi drastik terhadap langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada pelajar baru universiti milik kerajaan negeri itu.
Khalid Ibrahim berkata, melalui tindakan bersifat jangka pendek itu, Unisel akan mengapungkan tanah miliknya seluas 200 hektar untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran bagi meneruskan pengajian di universiti tersebut.
“Kerajaan negeri memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Unisel yang teraniaya ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan membekukan PTPTN kepada pelajar universiti tersebut.
“Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil daripada usaha itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Penulis berpendapat kalau sudah ada RM1.8 billion, takkanlah untuk mengeluarkan peruntukan sebanyak RM30 juta perlu untuk bergadai asset atau tanah! Tak ke malu namanya? Bukankah RM1.8 billion itu pun hasil dari penjualan aset Selangor yang berada di Sarawak? Mana perginya hasil jualan pasir!
Kalau setakat jual tanah dan istiharkan kerajaan negeri dapat membuat rekod simpanan negeri terbanyak dalam sejarah, murid darjah 5 pun tahu jawapannya! Adakah ini kualiti ‘tokoh koporat ternama’ sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini?
MB Khalid sepatutnya menegur ‘Punahsihat’ Ekonomi negeri Selangor iaitu Anwar Ibrahim kerana gara-gara beliaulah PTPTN sekarang sudah kekurangan sumber. Kalau sudah kekurangan sumber, bagaimana PTPTN berterusan dapat membantu pelajar-pelajar baru untuk mendapatkan pinjaman?
Pendedahan oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.
Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga ‘Punahsihat’ Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.
Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Walhal Anwar lupa, Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya. Mana logiknya untuk Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Kontradik & memualkan sekali, tidak begitu?
Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat.
Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan pembangkang sudah dianggap seperti gebang penjual ubat & makjun kesihatan di jalanan. Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.
Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.
Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin. Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman.
Sementara itu tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan sementara pinjaman kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) dilihat satu tindakan yang bijak untuk menguji kemampuan sebenar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam isu pemberian pendidikan percuma.
Tindakan itu juga adil bagi memastikan tidak berlaku pertindihan pemberian pinjaman atau kewangan kepada pelajar oleh PTPTN atau kerajaan negeri. Mungkin Kementerian Pengajian Tinggi, mahu menyemak adakah benar kerajaan negeri mahu hapuskan atau pelajar sendiri berpendapat ia tidak boleh dihapuskan kerana tanpa pinjaman PTPTN, mereka tak boleh belajar.
Lain-lain kolej dan universiti tak berbangkit dan kalau akhirnya pelajar perlu PTPTN, bermakna saranan PKR atau pembangkang untuk hapuskannya adalah tidak sepatutnya dan tidak mengambil kira kepentingan pelajar!
Pemberhentian pinjaman PTPTN tidak pernah berlaku kepada para pelajar yang layak sejak ia ditubuhkan, tetapi dalam kes ini ia merupakan reaksi perbadanan itu terhadap kenyataan PKR Selangor yang beria-ia mahu memberi pendidikan percuma kepada rakyat.
PKR Selangor dan pakatan pembangkang secara amnya tidak boleh menyalahkan PTPTN, Kementerian Pengajian Tinggi atau kerajaan Persekutuan dalam hal itu kerana ia berlaku berdasarkan komitmen kerajaan negeri sendiri.
Sepatutnya mereka mengambil kesempatan ini untuk membuktikan kemampuan mereka dapat memberikan pendidikan percuma kepada rakyat! Jangan hanya pandai berjanji, bila gagal tunaikan memberi pelbagai alasan termasuk menyalahkan pihak lain.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan