Ahad, Januari 05, 2014

Abdul Aziz Bari tuduh kerajaan Persekutuan disebalik serbuan JAIS?


Tindakan meminta Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah tidak kena pada tempatnya, kata Profesor Abdul Aziz Bari.

Ini kerana, kata Abdul Aziz, JAIS di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dan bukannya kerajaan negeri.

Abdul Aziz dilaporkan Malaysiakini berkata JAIS adalah badan pelaksana MAIS (Majlis Agama Islam Selangor), satu institusi yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam peringkat negeri.

Mereka perlu faham bahawa perlembagaan , Islam adalah satu perkara yang di bawah kuasa Sultan dan dia boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat MB.

“Jika Sultan memutuskan untuk tidak berbuat apa-apa, MB atau majlis exconya boleh berbuat sesuatu. Walau bagaimanapun, sekiranya Sultan bertitah, arahan MB perlu diabaikan,” katanya.


Selain menafikan penglibatan kerajaan negeri, Abdul Aziz Bari cuba menimbulkan persepsi kononnya kerajaan persekutuan berlindung di belakang kerajaan negeri Selangor dalam serbuan JAIS itu.

Abdul Aziz mengaitkan kehadiran dua orang anggota polis yang ‘membuktikan’ bahawa kerajaan persekutuan turut terlibat di dalam serbuan tersebut.

“Jika begitu persoalan Abdul Aziz, adakah setiap serbuan mencegah khalwat oleh semua jabatan agama di negara ini yang juga dihadiri pegawai polis juga ada wujud kerajaan persekutuan sebagai dalangnya? Jangan dilupa, Sultan merupakan ketua agama bagi kerajaan negeri tetapi Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam Bagi Persekutuan.

“Jadi tidak timbul persoalan kehadiran dua pegawai polis berkenaan sebagai bukti wujud campurtangan kerajaan persekutuan,” ulas mynewshub.


Sementara itu, Paderi Jesuit, Dr Paul Tan Chee Ing dilaporkan Malaysiakini berkata hanya Perdana Menteri Malaysia sahaja yang dapat menyelesaikan perkara ini.

“Hanya seorang yang mampu menghentikan kegilaan ini dan beliau ialah Perdana Menteri.

“Tetapi, saya takut beliau (Najib) terlalu pengecut untuk melakukan apa-apa dan ia bermakna hubungan Muslim dan Kristian yang telah pun mula meruncing sejak tiga tahun lalu ini bakal menjadi lebih teruk,” katanya yang juga ketua Gereja Katolik keuskupan Melaka-Johor itu hari ini.

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

Unknown berkata...

Prof pun guna alasan macam nii...?

usin berkata...

abdul aziz bari. siapa tu?

NutCrakcer berkata...

Professor ni tak pernah belajar undang2 ke..... mangkok hayun. Sia-sia je dapat title Professor.