Isnin, Julai 01, 2013

Pekerja wanita bergama Islam berhak pakai tudung...!!! Apa hal DAPig pertikaikan sekarang?


Semua majikan di negara ini mesti memahami bahawa wanita Islam berhak memakai tudung bagi melaksanakan kewajipan mematuhi perintah agama menutup aurat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, segelintir majikan meletakkan syarat pekerja wanita yang beragama Islam dikehendaki membuka tudung kerana kurang faham tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Menurut beliau, tindakan majikan meletakkan syarat tersebut perlu diperbetulkan walaupun insiden sedemikian disifatkan sebagai kes terpencil.

“Bila kita faham kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh hak dan agama masing-masing.

“Saya minta pihak berkuasa agama Islam memperjelaskan kepada pihak majikan berhubung kewajipan wanita Islam memakai tudung," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembentangan Dapatan Kajian Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Asal Bukan DAP (ABDAP) berkata...

Dah mula ke zaman 80-an balik.. Byk majikan bukan Islam memaksa wanita melayu Islam buka tudung jika mahu bekerja dengan mereka..