Khamis, Julai 25, 2013

PRK Kuala Besut: Terima kasih kepada semua - Tengku Zaihan!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meraikan kejayaan selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, malam ini. 

Calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN dan UMNO yang mencetuskan kemenangan buat dirinya.

"UMNO terutamanya baik di peringkat bahagian, negeri dan Pusat bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Saya juga ingin merakamkan kemenangan kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya.

"Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Tahniah dan syabas

Bila dah menang mesti tepati janji. Jangan lupa jaga kepentingan Melayu-Islam. Usahakan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia, HalalMart, Mydin ke Kuala Besut dan Pulau Perhentian. Jangan kasi cinabeng bertapak di bumi Besut!

Kami benci cinabeng!