Isnin, Julai 22, 2013

Anwar sudah mula 'kecut teloq' dengan Shafee Abdullah, pendakwa raya dalam kes rayuan sodomi?


Pasukan peguam bela Anwar Ibrahim akan memfail permohonan secara formal bagi dilucut kelayakan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan sodomi.

Seorang daripada peguamnya Ram Karpal Singh berkata permohonan itu akan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

"Kami akan mengemukakan permohonan disokong dengan afidavit daripada Anwar," kata beliau hari ini.

Muhammad Shafee diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlah, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008.

Beliau memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa beliau telah dilantik untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan, secara "fiat" mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Selepas prosiding berakhir, Muhammad Shafee memberitahu pemberita surat pelantikannya ditandatangani Peguam Negara bertarikh 2 Julai tahun ini dan beliau menerima surat itu pada 11 Julai lepas.


Rayuan itu dijadual untuk pendengaran hari ini dan esok tetapi panel Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali menanggguhkannya dan menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran selepas peguam Ram Karpal Singh memaklumkan mahkamah peguam utama pasukan pembelaan Karpal Singh sedang dirawat di hospital.

"Kami akan maklumkan (kepada pihak pendakwa dan pembelaan) tarikh baharu pendengaran menerusi surat," kata Hakim Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Ram Karpal sebelum itu memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan rayuan itu kerana Karpal Singh telah dimasukkan ke wad Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beliau turut menyerahkan kepada mahkamah salinan surat pengesahan Karpal Singh, 73, dimasukkan ke hospital bagi sakit belakang.

Sementara itu, Ram Karpal memaklumkan mahkamah pihak pembelaan membantah pelantikan Muhammad Shafee sebagai pendakwa tetapi Hakim Ramly meminta beliau mengemukakan perkara itu pada tarikh pendengaran akan datang.

Ram Karpal kemudiannya memberitahu pemberita pihak pembelaan membantah atas alasan ia mungkin tidak sesuai bagi beliau (Muhammad Shafee) mewakili pihak pendakwa kerana kes Anwar bermotifkan politik dan beliau (Muhammad Shafee) pernah dilantik mewakili Umno dalam beberapa kes mahkamah sebelum ini.

Muhammad Shafee berkata berikutan keadaan kesihatan Karpal Singh, adalah tidak beretika untuknya membantah permohonan penangguhan itu.

Beliau bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi pendengaran secepat mungkin kerana menurutnya beliau telah membaca 25 jilid rekod rayuan dan mahukannya segar dalam ingatannya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: