Jumaat, Mei 04, 2012

Pendemo Haram BERSIH 3.0 Di Buru Polis!


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menunjukkan gambar-gambar individu yang dikehendaki tampil ke hadapan bagi membantu siasatan, berhubung beberapa insiden yang berlaku Perhimpunan Bersih 3.0 lalu, di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.


Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu. Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti alamat sebahagian mereka, memapar gambar mereka di akhbar dan meminta mereka hadir secepat mungkin di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jika mereka enggan, katanya, polis akan bertindak, termasuklah mengesan mereka di rumah. Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh untuk mereka tampil memberi kerjasama.

“Kita juga minta mereka yang ada maklumat, melihat kejadian atau terkilan dengan apa-apa juga tindakan polis semasa bersurai atau mengenai penangkapan ketika perhimpunan Sabtu lalu untuk tampil ke balai polis terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, hari ini.





Mereka boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi emel, azmiaziz@rmp.gov.my.

Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama. Dia didakwa hari ini. Dalam perkembangan sama, Mohmad mengesahkan menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak, antaranya peguam, wartawan, orang awam, peserta perhimpunan, peniaga dan anggota polis.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti semua laporan itu untuk diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang negara ini.

“Kita bagi jaminan untuk siasat dengan adil semua laporan itu dan jika perlu tangkap baru kita akan tangkap,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

eXception berkata...

Buru sampai habis, sumbat dalam penjara Sg Buluh... Lepas tu watak utama terus bebas...

Panas!! Fax Najib Minta 1 Billion Didedahkan!!?