Rabu, Mei 30, 2012

Nurul Izzah Sanggah 'Fatwa Hadi' - Bukti 'Besi' Tak Boleh Pakai?



" Bukti terbaik adalah video rakaman ". Ayat ini muncul dari Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim sendiri. Cuma Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bercakap dalam kontek kekecohan yang berlaku semasa ceramah PKR dan UMNO yang jaraknya hampir satu sama lain di kawasan flet Pantai Permai di Lembah Pantai baru-baru ini.

Dakwa Nurul beliau 'ada video rakaman' untuk membuktikan provokasi kejadian baling batu dan telor semasa ceramah yang menyaksikan Ummi Hafilda Ali berentap berceramah dengan Anwar dan Nurul di situ dimulakan oleh orang UMNO.

Mungkin Nurul sudah lupa atau buat-buat lupa tentang 'video panas' yang menyerupai seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang telah dikeluarkan oleh Trio Datuk-T sebelum ini sehingga ada seorang Presiden dari sebuah parti pembangkang parti yang lain dalam Pakatan Rakyat mengatakan bahawa bukti 'video tak boleh pakai' kerana tak lebih dari sebuah 'besi'!

Hadi sebelum ini anggap video tidak boleh jadi bukti atau saksi kerana tiada mata dan telinga. Malah katanya, itu tidak lebih sebuah ‘besi’ sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi sebab video ini besi, dia tiada mata dan telinga,” itu ditegaskan Abdul Hadi ketika muktamar PAS sebelum ini.

Kenyataan itu bagi mempertahankan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dikatakan terbabit video seks dengan pelacur Cina mencetuskan macam-macam anggapan malah ada yang mempertikai ‘fakwa’ Presiden PAS itu.


Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan sebaliknya mendakwa kekecohan bermula bila Anwar dalam ceramahnya menyebut " UMNO sial". Katanya dalam kejadian itu ada juga orang disebelah ceramah UMNO yang cedera terkena balingan objek keras.

Bab sailng tuduh memuduh itu satu hal. Namun kenyataan Nurul Izzah yang bercakap tentang bukti dalam bentuk video itu telah mengundang reaksi dikalangan ramai pihak.

Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan kalangan pembaca yang mempersoalkan ' kebijaksanaan' anak Anwar ini bercakap tentang soal video.

Kata mereka sebelum ini puak itu bukan main geli dengar tentang video. Ini bila terkena batang hidung sendiri video terus dijadikan alat tempat bersandar untuk membuktikan kebenaran.

"Minta tolong cakap pada Nurul tolong tengok baik-baik video bapanya sedang bagi signal pada Azmin sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka berlaku masa Bersih 3.0.Tanya samaada dia setuju tidak bapanyalah pencetus kekecohan itu ,"kata seorang pembaca dari Kampar,Perak.

Kata pembaca itu dari pemerhatian telitinya sudah cukup jelas siapa dalangnya. Namun katanya Anwar dengan wajah selamba menafikanya. Seorang pembaca dari Seremban dengan nada cukup sinis meminta Nurul menilai pula video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan bapanya.

"Kalau nak bercakap tentang video kenalah berlaku adil, bagaimana dengan video itu.Orang politik kata fitnah memang senang apa lagi kes ini libatkan bapa sendiri,"katanya.


Kata pembaca itu lagi jangan kata Nurul malah seluruh pimpinan pakatan pembangkang terus terkedu tidak berani meminta siasatan terbuka dibuat untuk memastikan secara muktamad kebenaranya.

"Kerja mereka cuma nafi dan nafi...sedangkan kami yang melihatnya sudah 99.9 peratus pasti siapa pelakonnya," katanya.

Katanya lagi dengan adanya video CCTV Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen itu, mengapa dalam bab ini Nurul tidak bertegas mahukan kebenaran atau kata bukti terbaik adalah video rakaman!

Beberapa pembaca lain meminta Nurul tidak emosional dalam bab kejadian di Lembah Pantai itu sehingga polis selesai buat siasatan.

"Silap cakap nanti kain sendiri yang terselak...," kata mereka.

Bagi mereka sikap double standard pembangkang menunjukkan mereka 'sudah mula naik tochang'. Mereka berkata rakyat tahu membuat penilaian setelah memerhati segala gelagat pembangkang yang cakap bagai lidah bercabang ini.

Seorang lagi dalam bab video ini berkata, memang Nurul Izzah sudah silap langkah.

"Jangan nanti Haji Hadi tersinggung pula 'disanggah' Nurul! Bukankah beliau sudah keluarkan 'fatwa' bahawa video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga."! - Agendadaily

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: