Ahad, Mei 13, 2012

Benarkah Karpal Sudah Faham Hudud!
























Kenyataan Karpal Singh pada 10 Januari 2008, menyangkal kembali kenyataan Haji Hadi. "Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran. Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP.

DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," kata Karpal Singh. Nampak benar PAS sebenarnya telah menipu DAP dan rakyat dengan menyatakan bahawa penjelasan hudud sudah diberikan kepada DAP. Mengapa PAS buat begitu? Lebih baik rasanya Karpal saman Haji Hadi kerana kenyataan tersebut.

Sehari sebelum itu, iaitu pada 9 Januari 2008, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) memberikan kenyataan bahawa "Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham," . Haji Hadi menyatakan bahawa saya "rasa" Karpal sudah faham. Rasa sahaja?

Jika kita teliti, dua dua kenyataan ini, nampak benar Tuan Guru Haji Hadi telah berbohong kepada rakyat. Sewajarnya Haji Hadi dan pimpinan PAS perlu panggil Karpal Singh turun ke Kuala Terengganu dan meminta Karpal membuat pengakuan mahu terima negara Islam dan hudud di hadapan pemimpin-pemimpin PAS. Sanggupkah PAS buat begitu? Kalau tidak mengapa masih mahu lagi bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat?


Dan sekali lagi pada tahun ini apabila PRU ke-13 bakal menjelma, nampaknya lagu lama PAS ini (HUDUD) berkumandang semula. Inilah caranya bagaimana PAS mahu menarik pengundi dengan memainkan isu HUDUD bermusim ini! Lebih-lebih lagi apabila mereka melihat PAS semakin dijauhi pengundi melayu terutamanya dengan isu PERASIT dan masalah dalaman yang melanda PAS sekarang!

Baru-baru ini PAS melalui Presidennya, Haji Hadi Awang sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan melaksanakan hukum hudud jika berjaya memerintah negara! Dan seperti biasa kenyataan Haji Hadi ini telah ditempelak oleh Karpal Singh.

Kenyataan Pengerusi DAP itu bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara.


Jangan mimpilah PAS berhasrat melaksanakan 'Hukum Hudud' tambahan pula Karpal Singh selaku President DAP memberi ingatan kepada PAS secara tegas dan terang, bahawa DAP akan menentang habis-habisan usaha PAS menjadikan Negara Malaysia ini Negara Islam.

Tidak perlu lagi Haji Hadi berbohong dan berdolak dalih lagi kepada rakyat tentang hudud. Dulu Haji Hadi sendiri akui bahawa hudud hanyalah 0.0001 peratus, tetapi mengapa sekarang PAS berjanji hendak buat kembali? Tidakkah ini hanya umpan untuk menghadapi pilihanraya semata-mata?

Karpal sudah berani lawan Anwar dan Haji Hadi. Tertanya-tanya juga kita, siapakah sebenarnya Ketua Pakatan Rakyat? Anwar atau Karpal Singh? Anwar pun tidak berani tegur dan nasihatkan Karpal, oleh itu siapa yang lebih berkuasa?

Suara politik
Taminsari

Tiada ulasan: