Sabtu, April 17, 2010

PRK P94 : Zaid jadi ' korban ' Anwar di Hulu Selangor!


Gerakan licik Anwar untuk selamatkan Azmin!

Zaid Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, merupakan 'korban politik' yang disediakan oleh Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, pemilihan Zaid sebagai calon dilihat tidak bertepatan dengan peranan beliau yang kononnya dianggap penting dalam PKR. Hulu Selangor bukanlah kerusi yang selamat bagi PKR kerana keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan mereka menang dengan majoriti kecil iaitu 198 undi sahaja. Jadi, sesiapa yang bertanding akan berdepan tugas sukar.

"Jika benar seperti yang diperkatakan iaitu Zaid mempunyai peranan penting dalam PKR, kenapa Anwar mahu 'mengorbankan' beliau di Hulu Selangor?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas pemilihan Zaid sebagai calon PKR untuk bertanding mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu, 25 April ini.

Kata Anuar, kedudukan PKR di kawasan itu juga tidak kukuh dan menyifatkan parti itu cuma bernasib baik kerana berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas dengan kemenangan 'nyawa-nyawa ikan' sahaja.

Beliau percaya Anwar akan menyalahkan Zaid jika bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu gagal mempertahankan kerusi itu, apatah lagi sebelum ini terdapat spekulasi bahawa hubungan mereka tidak begitu baik. "Sebenarnya, hubungan Anwar dengan Zaid tidak 'ngam' walaupun berjuang di bawah bendera yang sama kerana tindakan Zaid campur tangan dalam isu PKR Sabah yang diketuai oleh Azmin Ali.
"Tindakan Zaid itu jelas melanggar arahan Ketua Pembangkang itu," kata Anuar lagi. Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan enam kotak rahsia yang disimpan oleh Anwar untuk dijadikan 'senjata politik' sejak 12 tahun lalu sebagai tidak wujud.

Pendedahan oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat atau mengetahui kandungan kotak-kotak rahsia itu. Kalau betul ada kotak-kotak yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, kenapa tak dedahkan sahaja dan tunggu lama sangat?

"Dia kena bertanggungjawab tampil menjelaskan apa sebenarnya ( kotak rahsia itu)," kata Anuar. Sementara itu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad. Zahid Md. Arip berkata, kewujudan kotak itu sekadar mitos ciptaan Anwar semata-mata. "Saya lama dalam PKR tapi saya sendiri tak pernah tengok kotak-kotak yang dimaksudkan itu.

"Berbohong sudah jadi budaya bagi dia, dia boleh cakap ada enam, 12 atau 30 kotak," katanya.
Menurutnya, jika benar kotak-kotak itu wujud, Anwar sudah pasti akan menggunakannya untuk meraih simpati rakyat terutamanya ketika kempen pilihan raya kecil.
Azmin melihat MB Khalid Ibrahim dan juga Zaid Ibrahim bakal menjadi batu halangan bagi beliau untuk menjadi Naib Presiden PKR nanti. Gerakan ' halus' Azmin dilihat berjaya menumpaskan MB Khalid di Ijok dimana semua Ajk Cabang Ijok menolak MB Khalid sebagai ketua! Sekarang di Hulu Selangor, Azmin 'menggunakan' Anwar untuk menjatuhkan Zaid pula!
Adakah tanpa kelibat Azmin semasa pencalunan Zaid sebagai calon PKR hanyalah sandiwara semata-mata apabila ramai mengatakan Azmin ' merajuk '? Hanya Azmin sahaja yang ada jawapannya.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

saya sokong artikel tuan. ia adalah perkara yang sama berlegar di fikiran saya.

zaid akan dijadikan korban terbaru pkr demi memuaskan hati azmin.

anwar tidak akan curang kepada azmin kerana 'azmin first zaid second'

mungkin dendam masih membara di hati azmin ekoran isu pkr sabah tempoh hari..

sah zaid akan jadi mangsa di hulu selangor.

Unknown berkata...

Salam Perjuangan..

Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog anda yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.

Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.

Kami juga akan membantu anda dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.

Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.

Kami juga mengalu2kan penyertaan blog anda sebagai Follower kami.

Sekian dari,

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju.