Selasa, April 20, 2010

P94 : Siri 2 - Pembohongan, Kepincangan Dan Kezaliman PR di Selangor!



















ISU PENTADBIRAN ( TIDAK CEKAP & TIDAK KOMPETEN )

14. Wawasan Kerdil Untuk Selangor

• Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional membawa slogan”Wawasan Selangor Maju 2005” di mana menampilkan 75 indikator pengukuran berdasarkan Modal Daya Saing Global yang menunjukkan Selangor adalah kompetitif. Kajian ini dibantu oleh NPC, UIAM dan UiTM.

• YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat menerangkan hanya menjaja prinsip berkebajikan yang seolah-olah mengajar rakyat untuk menunggu hasil tanpa ada elemen usaha, daya saing, kemajuan dan futuristik.

15. EXCO Selangor Tiada KPI

• Kerajaan Barisan Nasional Selangor dahulu kerap berbincang dan mengadakan Retreat EXCO bagi menetap KPI setiap EXCO dan berbincang tentang masalah serta pelaksanaanya.

• Buktinya ada penerbitan Retreat EXCO 2006, Retreat EXCO 2007, dan Retreat Khas EXCO 2007.

• Namun EXCO Selangor kini masih gagal menetapkan sasaran dan KPI mereka secara jelas, berdokumen dan boleh dipantau secara bersama.

• Setakat ini mereka bercakap secara rambang, umum dan perkara terpilih sahaja.

16. YB EXCO Selangor Tidak Berprestasi?

• YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR sewaktu sidang DUN mencadangkan supaya ahli Exco Selangor tertentu yang tidak layak untuk memegang jawatan digantikan tanpa menamakan mereka.

• Akibatnya YB Teresa Kok melatah dan menyarankan YB Azmin dipecat sebagai presiden Kelab Penyokong Kerajaan.

• YB Tuan Ronnie Liu juga melatah kerana’terasa akibat makan cili’.

• EXCO Selangor tidak menunjukkan prestasi baik kerana mencampuri urusan PBT atau memang tidak cukup kompeten sebagai EXCO?

• Dakwaan ini datang dalam dalam pakatan sendiri.

17. Pengurusan 10 Banglo Kerajaan Negeri Seksyen 7 (Rumah EXCO).

• Kerajaan Pakatan Rakyat pernah menguarkan-uarkan bahawa aset rumah ini akan dijual atau dijadikan produk pelancongan.

• Hakikatnya sehingga kini 2 unit masih diduduki oleh YB Pegawai Kewangan Negeri dan YB Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri dan meluluskan 2 unit untuk diduduki oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan YA Hakim Syarie dan unit-unit selebihnya ditadbir dan dipasarkan De Palma Hotel Sdn Bhd sebuah anak syarikat PKNS kepada tetamu negeri, pelabur dan orang kenamaan.

• Dahulu mereka kata banglo ini membazir, tetapi kini baru sedar ia adalah penempatan yang sesuai untuk penjawat tinggi negeri khasnya EXCO agar dapat berkhidmat dengan baik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat di Shah Alam daripada berulang-alik dari kawasan mereka yang sudah tentu juga memerlukan kos.

• EXCO Pakatan Rakyat segan hendak gunakan kemudahan ini kerana sudah terlepas cakap.

18. YB ADUN Pakatan Rakyat Jadi Bebas

• YB Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah, ADUN Pelabuhan Klang dari PKR telah banyak kali menunjukkan beliau tidak bertugas dan lari dari tanggungjawab kerana beliau ditekan.

• Akhirnya beliau mengisytiharkan diri keluar parti kerana sukar bekerja dalam Pakatan Rakyat.

• Ini menunjukkan Pakatan Rakyat tidak berkemampuan untuk memerintah dan sentiasa ada konflik dalaman yang menyukarkan mereka memberi khidmat kepada rakyat.

ISU TADBIR URUS( PENYELEWENGAN / KESALAHAN )

19. Penggantungan 5 ADUN BN

• Lima orang ADUN BN Selangor digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun ditarik kerana didakwa menghina Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

• Penggantungan setahun YB Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, 6 bulan -YB Dato’ Marsum Paing, YB Mohd Isa Abu Kasim, YB Dato’ Warno Dogol dan YB Dato’ Mohamed Idris Abu Bakar.

• Ini menunjukkan Pakatan rakyat tidak konsisten dalam memperjuangkan hak ’kebebasan bersuara’ dan mereka takut ditegur.

• Ia juga zalim kerana menarik kemudahan elaun akan menyebabkan wakil rakyat sukar menjalankan tugas mereka berkhidmat untuk rakyat.

20. Keadilan Yang Selektif, Pilih Kasih

• Berhubung soal SELCAT, YB Dato’ Dr. Hasan Ali, EXCO negeri dari PAS turut mengkritik SELCAT kerana mendakwa sesi pendengar telah memalukan penjawat awam seperti Pegawai Daerah kerana dilakukan secara terbuka.

• Walaupun beliau tidak dikenakan tindakan oleh kerajaan Pakatan Rakyatkerana menghina SELCAT sama seperti ADUN BN.

21. YAB Menteri Besar Salah Guna Kuasa? Lembu untuk Parlimen Tun Razak

• YAB Tan Sri Khalid didakwa meminta PKNS membiayai program sedekah lembu korbannya untuk surau dan masjid Parlimen Bandar Tun Razak.

• Keuntungan anak-anak syarikat Selangor sewajarnya disalurkan semula ke dalam negeri Selangor sahaja. Menurut Islam memang sumbangan boleh diberi atau dipindahkan ke wilayah lain, tetapi adakah anak negeri sendiri sudah cukup makan sehingga membenarkan hasil negeri dibawa ke tempat lain?

22. EXCO Selangor Tukar Kereta - Tidak Patriotik dan Membazir

• Sewaktu berkempen, pimpinan Pakatan Rakyat meuar-uarkan bahawa tiada kereta baru atau pengubahsuaian baru jika memerintah.

• Namun setelah itu mereka membuat penggantian kereta rasmi penjawat tinggi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 kepada Toyota Camry dengan kos RM 2.52 juta.

• Alasan kereta lama sudah teruk dan perlu ditukar. Padahal kereta itu baru2 tahun digunakan dan hanya perlu diselenggara sahaja.

• Ini melanggar pekeliling perbendaharaan yang mensyaratkan penukaran kereta rasmi hanya setelah 5 tahun.

• Ini ternyata membazirkan wang rakyat dan paling penting tiada sikap patriotik di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang meremehkan jenama kereta tempatan.

23. YAB Menteri Besar Salah Guna Kuasa? Guna Wang Kerajaan Selenggara Kereta Peribadi.

• YAB Tan Sri Khalid didakwa membuat tuntutan bayaran (claim) kos penyelenggaran kereta Lexus peribadi beliau.

• Ini ternyata menyalahi peraturan kewangan dan sepatutnya beliau menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk sebarang tugas sebagai YAB MB.

24. Pejabat YAB Menteri Besar Salah Guna Kepala Surat

• Saudara Yahya Sahri, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan kerana "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim" setelah menerima SMS penggantungan tugas beliau.

• Ini berikut siasat BPR dan dakwaan penggunaan kepala surat pejabatMenteri Besar tanpa keizinan yang menyokong pemberian kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Petaling Jaya.

• Siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar".

• Ini menunjukkan Pakatan Rakyat tidak telus dalam melaksanakan kerja-kerja pemberian kontrak seperti yang mereka janjikan. Manifesto Barisan Alternatif PAS dan PKR PRU-12 jelas menetapkan Urus tadbir Berwibawa yang antaranya ”Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan”.

25. Salah Guna Program Negeri Untuk Kutip Dana Parti

• Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar Selangor untuk mengutip dana parti PKR sewaktu sambutan 100 hari pentadbiran tiga parti itu di Selangor.

• Padahal program itu adalah program kerajaan negeri dengan belanja kira-kira RM200,000 dari wang pembayar cukai.

• Tan Sri Khalid sendiri dilaporkan berkata "Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu"..."Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya”.

• Tindakan ini ternyata salah dan tidak bermoral kerana menggunakan majlis kerajaan untuk kepentingan parti secara jelas dan terancang.

26. YB EXCO Selangor Halang Penguatkuasa

• YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan didakwa telah menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8.

• Padahal mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam telah menghalang penjualan arak di kawasan majoriti Islam.

• Terdahulu pada 2007 beliau telah didakwa menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Puchong Jaya, Selangor.

• Ini menunjukkan perangai berterusan mencampuri urusan pihak penguatkuasa dan penyalahgunaan kuasa secara tidak wajar.

27. Perlantikan Ahli Majlis Kecoh

• Setelah Pakatan Rakyat memerintah Selangor maka berlakulah rombakan dan perlantikan baru Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan.

• Bagaimanapun ia tercemar kerana ada ahli majlis di Ampang Jaya yang dilantik tetapi mempunyai rekod jenayah samun dan kongsi gelap.

• Malah YB Azmin yang Ali turut mengulas ””EXCO Kerajaan Negeri menghantar senarai penyambungan semula Ahli-ahli Majlis secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, di Majlis Perbandaran Ampang Jaya, yang dikeluarkan surat pelantikan semula 18 orang, dimana 6 (enam) yang lain?

Mengapa perkara ini tidak diselaraskan dan tidak di muafakat sebelum perkara ini diputuskan? Ini menimbulkan banyak masalah di bawah, seolah-olah tidak ada permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

Bersambung ke Siri 3...

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).



Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Unknown berkata...

50 tahun UMNO di Hulu Selangor...kawasan terbesar majoriti digadaikan kepada MIC. Tolak calon MIC.

YANG GAMBI berkata...

Hashim, inilah dia pemikiran syaitan yg ada dalam otak kamu..... sentiasa mencari kesempatan untuk memecahkan perpaduan dalam BN..... bagaimana dgn DAP yg menjadi dalang pda PAS-PKR.....

Pengundi Hulu Selangor sudah ada 2 ADUN UMNO untuk membela nasib mereka, bukan macam ADUn-ADUN PKR-PAS yg hanya kuat berkempen tetapi tidak kuat melaksanakan kebajikan rakyat dlm kawasan mereka..... itulah kemunafikan puak PKR-PAS yg menjadi anjing suruhan kpd DAP...