Selasa, April 27, 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai : Dari P094 Hulu Selangor Ke P212 Sibu Sarawak!

P212 Sibu adalah kawasan majoriti cina dimana jumlahnya adalah 32,207 (60%) pengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar 53,679. Undi bumiputra Sarawak, samada Iban,Melanau atau orang Ulu adalah baginya, yakni 21,472.

Pada PRU-12, Parlimen Sibu masih dimenangi calon SUPP (BN) mendiang Robert Lau Chew (BN) dengan kelebihan undi 3,235 mengalahkan musuh tradisinya Wong Ho Leng daripada DAP. Mendiang Robert memperolehi undi sebanyak 19,138 sementara Wong Ho Leng 15,903 undi. Selama 2 PRU, kawasan Sibu menyaksikan pertembungan antara BN dan DAP. Setiap pilihanraya, pertandingan di kawasan itu amat sengit.

Memandangkan kawasan ini adalah kawasan majoriti cina, maka kali ini calon BN dianggap sebagai "under dog" berasaskan kepada pola pengundian di Hulu Selangor yang baru sahaja menyaksikan kemenangan calon BN P Kamalanathan daripada MIC dengan kelebihan 1,725 undi ke atas Zaid ibrahim, walaupun 80% penundi cina tidak mengundi BN.Pengundi Cina di Hulu Selangor adalah 17,000 pengundi daripada jumlah 64,000.

Apa kah pola pengundian di Hulu Selangor akan merebak di SIBU?, jika pola pengundian ini merebak, maka BN terpaksa berkerja lebih keras untuk mempertahankan kawasan itu. Apakah kepimpinan Tan Seri Taib Mahmud akan tercabar kali ini, apakah rekod sokongan kaum cina masih berpihak kepadanya, atau sokongan Cina berpihak kepada DAP.

PRK Sibu ini akan sekali lagi menjadi medan laga antara pemimpin BN khasnya TPM Muhiyiddin dan pemimpin Pakatan khasnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Dalam perkembangan lain Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen Sibu, akan diumumkan esok.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, nama calon itu akan diumumkan di Kuching sekembalinya beliau daripada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Semalam, menurut Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, parti itu sebulat suara memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN. Katanya, jawatankuasa kerja pusat SUPP bersetuju Robert Lau Junior dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Sibu kerana beliau merupakan calon terbaik.

Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri berkata sebagai pelan kontinjensi, parti itu juga mempunyai calon pilihan kedua "jika pucuk pimpinan BN berpendapat Hui Yew masih belum mempunyai merit untuk menjadi calon BN. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812). Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

Mengikut daftar yang lalu, Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.- Media Cyber

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

Awanama berkata...

Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

Kenapa susah sangat nak bersatu????

Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

Mozas berkata...

Senario politik semenanjung dengan sibu jauh berbeza. walau bagaimanapun, bn perlu bekerja keras. jangan hanya mengharap.


Pas dah serik berkempen untuk PKR! Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/pas-serik-berkempen-untuk-pkr.html

Taminsari berkata...

Salam orangkampung..

Sebenarnya UMNO sudah lama 'memberi salam' tetapi gagal di sahut oleh kepimpinan PAS yang diketuai oleh Tok Guru Nik Aziz!

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan membuatkan ramai yang kecewa sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

Saya melihat Nik Aziz terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun mereka kata UMNO tidak berdasarkan Islam. Perlu diingat bahawa selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO lah yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia dan ianya terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

Wallahuallam.

Taminsari berkata...

Info terkini :

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu.

Pemilihan Hui Yew atau Robert Lau Jr. telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, kata Taib.

Kerusi Parlimen Sibu kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, 68, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan di kediamannya di Kuala Lumpur pada 9 April lalu akibat barah hati.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu diadakan pada 16 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 8 Mei ini.