Rabu, April 14, 2010

PRK P-94 Hulu Selangor : Anwar kini sudah menjadi satu liability kepada PKR di Hulu Selangor!



















Nampak gayanya BN di Hulu Selangor tidak berapa pening berbanding dengan PKR. BN akan dianggap sebagai underdog dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor itu. PKRlah yang kena pulun bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 198 undi itu.

Kita tolak ke tepi dulu siapa calon yang akan bertanding di Hulu Selangor. Kita kaji dulu isu-isu yang akan berlegar dalam pilihan raya itu. Jika dicongak-congak isu yang perlu ditepis oleh PKR banyak sekali.

Seperti biasa BN sebagai underdog, tak begitu bimbang. Ia adalah parti yang memerintah Malaysia. PKR pula ialah parti yang memerintah Selangor - yang semakin kacau-bilau dengan pelbagai isu dan ragam pemerintahannya. Jika dikaji halus-halus titah ucapan Duli Yang Maha Mulia baginda Sultan Selangor semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 kelmarin, sudah jelas maksud titah baginda itu.

Baginda mahu semua pihak ‘‘fahami Perlembagaan.” Bolehlah disimpulkan bahawa baginda mahu jangan ada mana-mana pihak cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan mengikut kaum masing-masing ke atas Perlembagaan yang sudah termaktub itu. ‘‘...rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas. ‘‘Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.

‘‘Beta berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini,” titah baginda. Sebagai rakyat yang menghuni dalam jajahan baginda, saya akan melaung tiga kali ‘‘Daulat Tuanku!!!'' Ucapan tuanku sultan itu amat ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata sekalian. Kita tahu dari mana datangnya tuntutan-tuntutan sebegitu. Kita berharap mulai sekarang mereka sudah boleh menutup mulut daripada terus mempersoalkan asas kenegaraan tersebut.

Mengguna SMS mengatur strategi

Berbalik kepada Hulu Selangor, semalam menerima satu SMS yang dipercayai terkeluar dari satu mesyuarat PKR yang sedang membincangkan strategi pilihan raya kecil itu.
Mesyuarat itu menurut al-kisah SMS itu berlangsung pagi kelmarin dan dipengerusikan oleh seorang orang kuat Anwar Ibrahim sejak dari dalam UMNO lagi. Beliau ialah orang kepercayaan Anwar.

Melihatkan kepada butir bicara yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.

Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain.

Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini? Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu.

Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah ‘letih’ dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.

Sebaliknya, mesyuarat itu mahu memberi tumpuan untuk ‘menyerang’ psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu di situ supaya memberi undi kepada mereka. Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak.

Memang Najib mempunyai ‘soft-spot’ terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi oleh banyak negara sedang membangun lain.

Menurut SMS itu, pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang ‘semangat dan roh’ orang dulu yang senang untuk dipengaruhi. Isu-isu lain mengikut al-kisah SMS itu ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.

Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.

Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan mereka, menurut al-kisah SMS itu lagi ialah:

  • Isu keuntungan jualan pasir di Selangor.
  • Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat.
  • Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin.
  • Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu.
  • Isu kerugian Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM20 juta.
  • Isu gambar Elizabeth Wong.
  • Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.
  • Isu MB pro-bukan Melayu.
  • Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap.
  • Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.
Mesyuarat itu juga, menurut al-kisah SMS itu turut membincangkan isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN. Ia mahu isu itu dipantau dan diberikan perhatian serius oleh jentera PKR untuk mematahkan hujah serangan.

Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah:

  • Isu kes liwat Anwar dan Saiful.
  • Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi.
  • Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September.
  • Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji dan balak di Kelantan.
  • Isu wakil rakyat pakatan lompat parti.
  • Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen.
  • Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP.
  • Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak.

Pendek kata, banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya. Mungkin di pihak BN, ia pun perlu menyelesaikan beberapa isu yang juga akan dihadapinya, khususnya soal calon MIC.

BN perlu membuat justifikasi sebab-musabab dipilih calon dari parti itu dan bukannya dari UMNO. Calon PKR pula dikatakan seorang Melayu yang berasal dari Kelantan. Agendanews petang semalam yang memetik Malaysiakini.com mengatakan mesyuarat biro politik PKR yang diadakan di rumah Anwar bersetuju memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Calon MIC pula disebut-sebut merupakan anak tempatan. Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak.
Pastinya ia akan menjadi satu ‘kes ujian’ bagi kedua-dua pihak. - UM

Suara Politik

Taminsari

9 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

info sangat bernas bro...

tq dan mohon izin untuk saya sebarkannya..

Unknown berkata...

Masalah kuil Sek 19 Shah Alam antara yang disenaraikan. Siapakah yang harus dipersalahkan? Penduduk Sek 19 sudah berusaha pelbagai cara mohon masalah kuil haram itu diselesaikan. Bagaimana peranan pemimpin Hindu dlm isu kuil ini. Kenapa pemimpin2 Islam amat betoleransi kepada bukan Islam?. Penduduk Sek 19 tidak tahu adanya kuil berhampiran rumah yg dibeli pd th 1988.Semasa pindah ada kuil kecil usang dikawasan terbiar digunakan penduduk setinggan dkt jln k/api. Bila mlm gelap, bila hujan banjir. PKNS berjanji kuil akan dipindahkan. Sept. 2003 PKNS arahkan kuil pindah ke kawasan kuil berkelompok Sek 18, tapi kuil tidak pindah. Th 2005 setinggan dipindahkan. Kuil menjadi aktif apabila ramai penduduk dari kawasan lain mula besarkan sedikit demi sedikit selepas bekalan elektrik dimasukkan. Jun 2006 bekalan air masuk kekuil. Ubahsuai besaran dibuat.28/7/2006 Persatuan penduduk hantar aduan kpd DYMM Sultan Selangor. 2 papantanda “Tanah Milik PKNS, Penceroboh didakwa” dipasang. Ubahsuai dibuat juga sebab mereka tidak didakwa. MBSA britahu ada campur tangan pemimpin MIC bila ambil tindakan. Kuil diubahsuai tanpa pelan dan permit PBT. Rumah PKNS sebanyak 16 unit yg tergendala masih gagal didirikan ditapak itu. Pd Oktober 2006, 7 orang penduduk berjumpa bekas MB DSKT. Banyak aduan dibuat terima jawapan “Tunggu arahan SUK”. Penduduk kecewa DSKT tidak tegas menyelesaikan isu ini. Jan 2007 kuil sudah jadi 5 bilik. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Bila buat keramaian mereka bergendang bising berjam2, ada upacara pemujaan, ada perarakan bawa patung sambil bergendang. Banyak masalah sampingan bila mereka berkumpul ramai disitu. 27/7/2007 penduduk hantar aduan kpd Biro Pengaduan Awam JPM dan BPR. Pada masa itu keramaian besar sedang diadakan. Pd 29/12/2007, MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan alasan tapak itu jauh ke dalam. April 2008 pihak kuil pasang bendera PAS dan PKR pd notis larang ceroboh. Penduduk diberitahu dua2 parti sudah sokong kuil tak payah pindah. Julai-Dis 2008 gangguan bising sudah keterlaluan. Keramaian diadakan hingga lewat malam. Muncul kumpulan 303 buat bising, mabuk & berani ugut penduduk bila ditegur. Dis 2008 ubahsuai kuil dibuat lagi. Aduan demi aduan tiada perubahan. Bila keadaan sudah kronik penduduk mohon bantuan NGO. Tetapi NGO Islam yang membantu penduduk Jan 2009 dituduh membuat provokasi kepada Hindu kuil didalangi penyokong UMNO. Rujuk blog AP Shah Alam pd 10/1/2009 Persoalan Kuil 19 & tindakan Pewaris, dan pd 12/1/2009 Undang2 DS atau BN. Kenapa pihak kuil yg memulakan provokasi yang beliau bela?. NGO dirikan gelanggang elak kawasan diceroboh lagi. Selepas campur tangan NGO kuil senyap sekejap, tapi selepas itu seorg sami India mari pindah kekuil itu. Loceng kuil bising awal pagi. Tak pernah ada sami menetap dikuil itu selama 20 th. 5/5/2009 aduan kpd MB minta kuil pindah. 8/5/2009 YB Adun jwb akan pindah, selesai masa trdekat. Pilihan mereka Sek 23. Bantahan 23 jadi isu Negara. Bila kepala lembu diusung tanda protes semua buka mata. Ramai melenting konon hina agama Hindu. Pengunjung kuil Sek. 19 tidak ambil peduli sensitiviti penduduk dikawasan majoriti Islam. Gangguan bising berlaku lagi pada Ogos-Dis 2009. Kuil aktif hingga hari ini. Sampai bila penduduk menunggu janji PKNS 22 tahun lalu?
Dodi, Shah Alam.

Taminsari berkata...

Salam Sdr.Dodi.

CERITA SEBENAR TENTANG KUIL DI SEKSYEN 19!

Saya menerima satu email daripada wakil penduduk Seksyen 19 Shah Alam yang mana kuil hindu berada di kawasan mereka sekarang dan bakal di pindahkan ke Seksyen 23.

Penduduk meminta saya menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana.Berikut adalah email kiriman mereka dan saya siarkan tanpa sebarang pindaan.

29hb. September 2009 – Selasa.
Daripada Warga Seksyen 19 Shah Alam.

Masalah kuil Seksyen 19 yang menjadi Isu Negara.

Sepanjang minggu pertama bulan September 2009, isu pemindahan kuil Seksyen 19 dan bantahan penduduk Islam Seksyen 23 menjadi tajuk utama media dan jadi Isu Negara. Pelbagai pihak membuat komen tanpa mengetahui secara terperinci punca masalah ini. Kami tidak memihak kepada mana mana parti politik, tetapi sebagai penduduk tempatan yang telah bersama-sama persatuan kejiranan kami berusaha menuntut hak kami untuk hidup aman dan tenang dikawasan kami sendiri.

Akhbar Harakah keluaran 4-6 September 2009 telah menyiarkan gambar kepala lembu dimuka hadapan mengutuk perarakan anti-agama yang katanya boleh cetus huru hara jelas meniupkan sentimen perkauman. Kenapa cepat membuat tuduhan bahawa tindakan itu menghina agama lain?. Ia akan mengundang pelbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Pihak UMNO sering menjadi mangsa kerana segala keburukan ditujukan kepada mereka.

Ini tidak adil kerana dalam masalah kuil itu pemimpin PAS juga wajar dipersalahkan. Salah satu sebab punca kekalahan UMNO di Shah Alam adalah kerana isu kuil Hindu yang gagal ditangani dengan berkesan oleh pemimpin UMNO. Jadi penduduk yang kecewa telah memihak kepada pembangkang. Tetapi keadaan yang diharapkan menjadi lebih baik daripada masa lalu, menjadi semakin bercelaru kerana lain yang diharap, lain pula masalah yang diterima.

Masalah kuil di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun sejak tahun 1988 masih belum selesai hingga kehari ini. Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan politik yang telah menangguhkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak penguat kuasa untuk bertindak memindahkan kuil itu kekawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka. Rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit masih gagal didirikan di tapak itu kerana pihak kuil enggan keluar dari situ dengan pelbagai alasan.

Semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini pada tahun 1988 kuil itu kecil dan usang sahaja. Tidah ada bekalan air dan elektrik pada masa itu. Kawasan sekitar kuil itu semak dan sering ditenggelami air bila hujan lebat. Pada tahun 2000 persatuan penduduk sudah berusaha membuat permohonan melalui melalui bekas Adun pada masa itu agar kawasan yang terbiar dan kawasan hijau dijadikan Taman Komuniti untuk kegunaan penduduk tempatan. Tetapi, hanya jogging track yang diluluskan dibuat dikawasan hijau.

Pada tahun 2000 kuil usang dikawasan terbiar itu mula digunakan oleh penduduk India yang datang ramai-ramai dari kawasan Seksyen 20 yang baru dibuka ketika itu. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil usang itu. Persatuan penduduk terpaksa membuat aduan dan perjumpaan kerana perkembangan yang berlaku telah mengganggu kehidupan penduduk Islam.

Selepas beberapa kali perjumpaan diadakan kuil telah diarahkan berpindah ke kawasan kuil berkelompok Seksyen 18 pada tahun 2003. Kuil tidak berpindah ke Seksyen 18, tetapi bekalan elektrik telah dimasukkan kekuil itu. Bekalan air diambil secara haram dari paip jalan besar. Beberapa orang penduduk telah membuat aduan kepada pihak JBA Klang. Pada tahun 2005, Penduduk setinggan berdekatan jalan keretapi telah dipindahkan.

bersambung...

Taminsari berkata...

sambungan..

Kuil semakin aktif selepas penduduk setinggan berpindah. Kedudukan kuil hanya diseberang jalan rumah penduduk Islam Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Setiap pagi dan malam penduduk terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu dipasang kuat pada waktu pagi dan malam. Jika puak Hindu mempertikaikan azan yang masanya kurang 10 minit, bagaimana pula perasaan penduduk Islam berhampiran kuil yang terpaksa bersabar dengan gangguan bising lagu-lagu Hindu selama beberapa jam pada waktu pagi dan malam.

Apabila keramaian diadakan penduduk berhampiran kuil terpaksa mendengar pelbagai bunyi
gendang yang membingitkan telinga berjam-jam lamanya. Penduduk terpaksa menghidu bau kemenyan yang kuat menusuk hidung, Kawasan berdekatan berjerebu setiap kali unggun api yang besar dipasang disitu.

Banyak lagi masalah sampingan yang lain terpaksa dihadapi penduduk akibat kegiatan mereka disitu. Penduduk Islam terpaks bersabar kerana tidak mahu berlaku pergaduhan kaum walaupun pihak kuil tidak menghormati sensitiviti penduduk Islam yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa gangguan bising berhenti sekejap, namun masalah yang sama akan berulang semula tidak lama selepas itu.

Penduduk Islam amat sedar usaha-usaha yang mereka buat untuk kekal terus disitu. Walaupun bantahan telah dibuat kepada pihak-pihak berkuasa mereka buat juga ubahsuai besarkan kuil, masukkan bekalan air dan elektrik serta membawa masuk barang kekuil. Semasa persatuan penduduk buat perjumpaan dengan Pegawai-pegawai penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA, penduduk dimaklumkan ia-itu “Tindakan memindahkan kuil akan dibuat jika ada arahan daripada pihak SUK. Ada campur tangan pemimpin politik tertentu dalam masalah kuil itu.

Pihak kuil mendapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penguat kuasa sering menerima ancaman dan ugutan jika bertindak keatas kuil itu.” Ulasan : Jika penguat kuasa takut untuk bertindak bagaimana pula dengan nasib penduduk Islam yang tinggal berhampiran? Penduduk berhadapan dengan pelbagai risiko jika menegur mereka. Masalah yang dihadapi akibat gangguan pengunjung kuil itu sering mencabar kesabaran penduduk Islam disini. Kesabaran kami sudah ketahap maksima.

Persatuan penduduk telah menghantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada bulan Julai 2006 apabila pihak kuil buat ubahsuai besar-besaran selepas bekalan air dimasukkan bulan Jun 2006. Selepas itu dua papan tanda telah dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa” di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25. Tetapi notis larangan itu tidak langsung menakutkan pihak kuil. Realitinya tanah itu terus diceroboh kerana mereka tidak pernah didakwa. Ubahsuai terus dibuat walaupun penguat kuasa sering buat rondaan.

Perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dengan bekas Adun Batu 3 pada September 2006. Penduduk dimaklumkan oleh bekas Adun kuil akan dipindahkan. Menurut Jabatan Perancang MBSA pihak kuil beri alasan tidak mahu berpindah adalah kerana penganut Hindu di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Di Seksyen 19 mereka adalah pengikut Mahamariaman.

Menurut bekas Pembantu Khas Adun pihak kuil telah ditawarkan berpindah kekawasan Seksyen 23 tetapi mereka telah menolak dengan alasan berdekatan dengan loji najis Indah Water.

Perjumpaan penduduk dengan bekas Menteri Besar Selangor yang dihadiri oleh 7 orang wakil penduduk diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah diadakan pada Oktober 2006. Selepas itu aduan telah dihantar kepada Pengurus Besar PKNS pada bulan December 2006.
Pihak PKNS telah menghantar ramai pekerja mengukur kawasan kuil pada bulan March dan April 2007. Penduduk berdekatan telah dimaklumkan rumah teres dua tingkat yang terggendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Tetapi sehingga kini tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PKNS.

bersambung

Taminsari berkata...

bersambung...

Pada bulan Julai 2007 pihak kuil mengadakan keramaian selama beberapa hari. Oleh kerana tiada tindakan serius kerajaan negeri mengatasi masalah kuil, penduduk menghantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam (kes 35158), Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Maklum balas daripada kedua-dua jabatan itu untuk menyiasat perkara ini amat dihargai. Pelbagai agensi kerajaan berkaitan menghantar maklum balas yang positif kepada penduduk.

Akhirnya penduduk telah menerima maklumat daripada Jabatan Perancang MBSA pada 29/12/2007 kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Oleh kerana hampir pilihan raya diadakan pemindahan itu telah ditangguhkan. Kerajaan BN diganti Pakatan Rakyat selepas pilihanraya March 2008.

Aduan telah dibuat kepada pemimpin baru Pakatan Rakyat agar masalah kuil dapat diselesaikan. Sikap toleransi beberapa pemimpin Islam PR telah menyebabkan pihak kuil kelihatan semakin aktif dikuil itu dan gangguan bising semakin teruk. Pada bulan April 2008 bendera PKR dan bendera PAS dipasang dinotis larangan menceroboh di Jalan 19/24. Mereka telah mempersendakan notis itu. Aduan telah dibuat kepada Pembantu Khas YB Ahli Parlimen Shah Alam pada hari pertama bendera PAS dipasang disitu.

Penduduk berdekatan telah bertanya kenapa letak bendera disitu telah dijawab oleh pemuda kuil, “Dua-parti sudah sokong tidak payah pindah”. Perjumpaan penduduk dengan YB Adun di Masjid Ubudiah diadakan pada April 2008, tetapi jawapan YB tidak memuaskan hati penduduk kerana tidak memihak kepada penduduk Islam. Penduduk menghantar aduan dengan surat mohon bantuan pemimpin PAS Pusat, Datuk Dr. Haron Din pada bulan April 2008 yang ditandatangani oleh 17 orang penduduk, namun tiada sebarang maklum balas diterima.

Apabila kami hubungi pembantu beliau, kami diminta membuat aduan kepada YB Datuk Dr Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Aduan juga dihantar kepada Ketua Pengarah Jakim pada bulan Julai 2008 tetapi tiada maklumbalas yang diterima. Aduan juga sudah beberapa kali dihantar kepada YAB Menteri Besar Selangor dan salinan kepada YB Dato Dr Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehawal Islam.

Aduan-aduan dan perjumpaan sudah dibuat dengan YB Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Adun Batu 3. Tetapi, selepas aduan dibuat masalah gangguan pihak kuil tidak berkurangan pun. Jiran-jiran yang tinggal berdekatan ia-itu penceramah PAS terkenal Encik Md. Sabu yang tinggal di Jalan 19/32 dan Timbalan Mufti Selangor yang tinggal di Jalan 19/25 sepatutnya peka masalah penduduk Islam berhampiran kuil Hindu. Apabila penduduk minta bantuan pihak NGO Islam, YB Khalid Samad menuduh mereka sebagai Kaki Perhangat.

Ubahsuai baru besarkan jalan masuk kekuil dibuat sebelum keramaian besar diadakan pada Julai 2008. Aduan ubahsuai dibuat kepada kepada YB Adun Batu 3 tetapi pada 13/7/2008 komen yang keluar dalam blog YB “Diatas aduan penduduk bahawa ada pembinaan ditapak kuil, tetapi selepas dilihat tiada pembinaan.” Adakah penduduk menipu buat aduan? Kawasan kuil hendak dibesarkan sebelum keramaian Julai 2008. Pada 21/7/2008 beberapa buah lori membawa barang masuk kekawasan kuil. Seorang penduduk menahan sebuah lori dan bertanya untuk apa barang-barang itu? pemuda kuil menjawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. Aduan telah dibuat kepada YB Adun.

Keramaian bising bergendang diadakan semakin kerap pada bulan Julai 2008. Gangguan bergendang sudah melepasi waktu tengah malam tanpa peduli kegiatan mereka sangat mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Perarakan bergendang pada 26/07/2008 yang sangat bising ditengah malam melalui hadapan rumah penduduk Islam Jalan 19/28 membawa patung kuda terbang. Perarakan itu masuk ke Jalan 19/24 sebelum turun semula kekuil.

bersambung...

Taminsari berkata...

sambungan..

Polis datang buat rondaan jam 1.15 pagi barulah mereka berhenti bergendang, tetapi selepas polis pergi dengar jeritan “Apa komplen komplen Melayu bodoh”. Penduduk berdekatan yang menegur kerana mereka buat bising waktu tengah malam telah diugut akan bunuh penduduk sekitar jika mereka diganggu. (Lapuran polis telah dibuat). Botol-botol arak bersepah merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28.

Gangguan bising pemuda India yang mabuk dan bising telah mengganggu kehidupan penduduk Islam yang tinggal berhampiran Jalan 19/24, Jalan 19/28 dan 19/29. Dibelakang rumah penduduk Islam di Jalan 19/29 telah diconteng besar dengan angka kumpulan gangster India 303. Kawasan ditepi rumah itu sering menjadi tempat melepak pemuda-pemuda India yang minum dan mabuk serta membuat bising. Papan tanda Jalan 19/29 juga telah disembur cat bertulis angka 303. - (Gambar rumah, botol arak dan gambar-gambar kuil boleh disemak melalui blog : Pewarisummah.blogspot.com – Kuil Seksyen 19).

Gangguan bising semasa penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri Oktober 2008 keterlalun. Lagu-lagu Hindu dipasang kuat membingitkan telinga boleh kedengaran hingga kejalan-jalan lain setiap pagi dan malam. Ubahsuai membesarkan bilik-bilik kuil telah dibuat lagi pada 14/12/2008 dan pada 21/12/2008.

Semasa perjumpaan beberapa orang penduduk dengan YB Adun pada malam Ahad 21/12/2008, penduduk tempatan telah memberitahu YB masalah semasa yang berlaku akibat kegiatan kuil dan pengunjung kuil yang mengganggu penduduk.

Pada malam itu keluarga yang telah diugut pada 26/7/2008 jam 1 pagi telah mengadu kepada YB bagaimana mereka telah diancam selepas menegur, penduduk mengadu depan pagar rumah diletakkan parang bersilang, penduduk mengadu pemuda India menuntut wang jika mahu kuil senyap semasa beliau hendak mengadakan doa selamat, penduduk memberitahu bacaan Quran terpaksa dipasang kerana tidak tahan gangguan bunyi lagu-lagu Hindu yang dipasang kuat. Rumah penduduk yang diconteng angka 303 juga telah dimaklumkan kepada YB pada malam itu. Persoalannya, wajarkah keadaan yang seperti ini berlaku didalam kawasan majoriti penduduk Melayu /Islam?

Pada 18/12/2008 aduan dibuat kepada NGO Islam kerana pelbagai gangguan yang dihadapi sudah menjadi kronik. Malangnya apabila kami mohon bantuan NGO Islam mereka telah dituduh membuat provokasi kepada pihak kuil oleh YB Khalid Samad yang turun padang pada 8/1/2009. Sedangkan pihak yang memulakan provokasi ialah pihak kuil itu sendiri. Penduduk yang keluar semasa YB Khalid Samad bertegang leher dengan pihak NGO Islam merasa kecewa dengan sikap YB Khalid Samad yang memihak kepada Hindu kuil.

Surat-surat yang keluar dalam blog beliau pada 10/1/2009 dan 12/1/2009 yang membuat pelbagai tuduhan kerana kerana penduduk minta bantuan NGO Islam telah dijawab oleh penduduk Seksyen 19 melalui beberapa blog. Tuduhan beliau yang mengaitkan orang UMNO membuat provokasi kerana pilihan raya di Kuala Terengganu tidak ada kena mengena langsung dengan masalah penduduk disini. Kenapa beliau tidak merasa simpati kepada masalah penduduk Islam hingga terpaksa minta bantuan pihak luar?

Beliau seharusnya sedar penduduk sedang berhadapan dengan gangguan kuil yang sudah sampai ketahap kronik. Penduduk amat kesal sikap YB Khalid Samad yang membuat pelbagai tuduhan kepada pihak NGO yang membantu penduduk Islam. Selepas campur tangan NGO kuil senyap pada bulan Januari 2009. Bendera parti PAS dan PKR telah diturunkan daripada papan tanda oleh penguat kuasa MBSA pada 8/1/2009.

Penduduk Islam bersyukur ada sedikit perubahan selepas gelanggang senaman didirikan pihak NGO telah mengurangkan gangguan bising pemuda India yang melepak minum arak dan mabuk di Jalan 19/28. Tetapi selepas gelanggang digunakan oleh penduduk beberapa kali dinding gelanggang telah dibuka, botol-botol arak dibaling kedalam gelanggang dan penduduk berdekatan melihat pemuda India membaling bungkusan ke dalam gelanggang.

bersambung...

Taminsari berkata...

sambungan...

Pada 8/2/2009 semasa cuti hari Thaipusam pihak kuil mendirikan tandas dibelakang kuil berdekatan Jalan 19/25. Alasan mereka tandas yang dibuat pada 2006 telah masuk kawasan gelanggang. Penduduk berhampiran bertanya kenapa buat tandas disitu, Mereka jawab sudah dapat kebenaran YB Khalid Samad. Jelas sekali ubahsuai dan pembesaran bilik-bilik kuil dibuat adalah kerana mereka mahu terus kekal disitu. Tidak lama selepas tandas siap seorang sami dibawa masuk dan tinggal menetap disebuah bilik disitu.

Selama 20 tahun penduduk tinggal disini tidak pernah ada sami tinggal dikuil itu. Sejak ada sami, kuil sudah dibuka awal pagi. Pada jam 6.30 lagu-lagu Hindu sudah kedengaran dipasang. Loceng kuil juga akan berbunyi awal pagi. Jadi, penduduk tidak merasa terkejut apabila membaca komen YB Khalid Samad dalam blognya pada 18/8/2009 masyarakat Hindu ingin kekal di kuil Seksyen 19 kerana disitu tapak asal kuil mereka.

YB Khalid Samad sudah permudahkan hajat mereka yang memang enggan keluar dari situ. YB menulis lagi “Dasar kerajaan Pakatan Rakyat mudah, tiada kuil baru, tiada kuil diroboh”. Apakah kerana dasar itu kuil itu tidak akan diroboh bila kuil baru siap kelak? Penduduk Islam Seksyen 19 kecewa dengan dasar itu. Pihak kuil yang menceroboh dan mengganggu ketenteraman awam tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun pelbagai aduan sudah dibuat.
Penduduk Islam sering diminta bertolak ansur walaupun terpaka berhadapan pelbagai risiko.

Wakil-wakil penduduk Seksyen 19 yang berjumpa dengan penduduk Seksyen 23 kecewa apabila ditunjukkan surat perjanjian bersyarat yang ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan pihak kuil Seksyen 19. Penduduk sudah lama berusaha mohon kuil itu dipindahkan. Kuil yang sepatutnya dipindahkan ke Seksyen 22 pada tahun 2008 telah dibatalkan kerana kedua-dua YB berasa amat simpati kepada Hindu kuil dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Penduduk Islam Seksyen 19 terpaksa bersabar dengan pelbagai gangguan lebih lama lagi yang belum pasti sampai bila.
Wajarkah YB Khalid Samad menulis dalam blognya “Terdapat segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup melihat kuil dan tokong, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat bumbung kuil atau tokong mereka bagaikan dirasuk”.

YB tidak pernah mengalami kehidupan penduduk berhampiran kuil Seksyen 19 sebab itu YB menulis tanpa peduli perasaan penduduk merasa tersinggung. Cabaran yang dihadapi penduduk Islam bukan sahaja daripada pihak kuil, tetapi juga daripada pemimpin Islam sendiri.

Janganlah setiap kesalahan dituding jari kepada kerajaan yang terdahulu sahaja. Banyak kesilapan dan tindakan yang diambil oleh pihak YB tidak pun mengambil kira kesan dan akibatnya kepada penduduk Islam. Kerana sikap tolak ansur pemimpin dengan mereka, penduduk Islam Seksyen 19 berhadapan pelbagai ugutan serta gangguan bising yang semakin teruk. Walaupun gangguan bising sudah berkurangan sedikit tetapi jika kuil itu tidak dipindahkan kekawasan lain masalah penduduk pasti akan berulang kembali.

bersambung..

Taminsari berkata...

sambungan..

Selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009, tiada keramaian bergendang diadakan. Tetapi, mereka mengadakan semula keramaian pada awal Ogos 2009 yang lepas. Gangguan bergendang pada 7/8/2009 dibuat pada jam 1 pagi. Terkini, semasa penduduk Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009, pihak kuil pula setiap malam membuat upacara mereka yang dikunjungi ramai penduduk kawasan luar.

Mereka kelihatan datang setiap malam mengaktifkan kuil itu sejak malam Hari Raya pada 19/09/2009 yang lalu hingga ke hari ini. Pelbagai masalah dihadapi penduduk berhampiran apabila mereka berkumpul ramai disitu. Penduduk bimbang jika pelbagai gangguan akan berulang semula seperti pada tahun 2008. Pada malam Isnin 28/9/2009 mereka buat unggun api besar, bunyi bising mercun diletupkan dan pelbagai gangguan berlaku lagi.

Isu kuil Seksyen 19 yang sudah panas pada awal September 2009 telah mendapat liputan meluas. Pelbagai jabatan kerajaan menghantar wakil datang melihat kuil yang sudah jadi Isu Negara. Tidak kurang wakil-wakil media yang bertemu penduduk. Wakil-wakil media Cina hanya datang kekawasan kuil sahaja. Kenapa semasa Pakatan Rakyat memerintah ada dakwaan tapak kuil itu sudah berusia 106 tahun?

Semasa BN memrintah isu 106 tahun tidak pula kedengaran. Penduduk berharap pihak PKNS bertegas dalam soal ini iaitu tanah tapak rumah yang tergendala sebanyak 16 unit adalah milik PKNS. Penduduk menunggu janji PKNS kepada semua penduduk yang terlibat 21 tahun yang lalu untuk pindahkan kuil itu. Harapan penduduk kepada YAB Menteri Besar Selangor agar prihatin masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang telah berlarutan begitu lama.

Terima kasih.

Ikhlas daripada kami
Warga Seksyen 19 Shah Alam.

Wallahuallam...

Unknown berkata...

PRK P94 Calon terbaik dari UMNO akhirnya ditemui...berminat ingin tahu sila klik disini