Sabtu, Oktober 03, 2015

DAP tak jadi saman isu khutbah Aidiladha?

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Bantahan keras berserta perpaduan utuh umat Islam terbukti berjaya menggentarkan DAP sehingga parti itu tidak meneruskan hasratnya untuk menyaman Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Malah, DAP yang seolah-olah terkejut dengan tindak balas tegas umat Islam itu, dilihat cuba mengendurkan suasana apabila menyuarakan hasrat mahu isu khutbah Aidiladha diselesaikan melalui perbincangan secara berhemah.

Selain itu, tiada lagi nada ‘kata dua’ seperti yang dilaungkan DAP pada 26 September lalu, apabila dengan penuh lagak menuntut Jabatan Mufti Pahang memohon maaf secara terbuka dalam masa lima hari atau berdepan saman.

Bukan itu sahaja, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga tidak hadir dalam sidang akhbar bagi memaklumkan pendirian terbaharu DAP tersebut, berbeza dengan ‘sokongannya’ ketika ‘kata dua’ diberikan kepada JAIP minggu lalu.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, keputusan parti itu mahu menyelesaikan isu khutbah Aidiladha melalui perbincangan dibuat selepas pihaknya mengambil maklum mengenai pandangan semua pihak.

“Selepas meneliti dan mengambil pandangan peguam, ilmuan Islam dan rakan-rakan, saya berpendapat isu khutbah tidak perlu melalui saluran undang-undang secara tergesa-gesa,” katanya dalam sidang akhbar tanpa ditemani pemimpin tertinggi DAP di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Minggu lalu, Tengku Zulpuri yang ditemani Kit Siang, bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu dan dua ahli DAP, Datuk A. Samad Said serta Dr. Abdul Aziz Bari menuntut Jabatan Mufti Pahang menarik balik teks khutbah AidilAdha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab itu juga mahu Jabatan Mufti dan JAIP memohon maaf secara terbuka dalam tempoh lima hari atau DAP akan mengambil tindakan undang-undang jika institusi yang memelihara kesucian Islam itu gagal berbuat demikian.

Berikutan tindak-tanduk DAP yang dilihat semakin biadab kerana cuba mencampuri urusan agama Islam dengan mengancam institusi Islam, pelbagai pihak termasuk Pas tampil mempertahankan JAIP dan menyelar parti berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya mengapa DAP tidak meneruskan saman biarpun sebelum ini begitu lantang mengugut JAIP, Tengku Zulpuri berdalih dengan berkata kononnya DAP tidak pernah memberi ‘kata dua’, sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan umum.

“Bagi peringkat sekarang adalah lebih baik untuk pihak kami untuk mengadakan pertemuan dengan Mufti Pahang untuk menyelesaikan isu ini secara bersemuka tentang apa yang dinyatakan dalam khutbah, itu yang terbaik setakat ini,” katanya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

raden allauddeen berkata...

Assalamualaikum Wrt...

Diharapkan semua dapat membaca dan memahami isu di bawah degan hati yg terbuka.
http://abatasa2.blogspot.my/2015/09/jangan-harap-malaysia-akan-selamat.html

jaybee