Selasa, Mei 27, 2014

Kantoi menipu lagi...!!! Tembelang Dyana Sofya pecah?

Puan Yammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008. Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.

Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, didakwa menipu apabila menyatakan ibunya, Yammy Samat bukan bekas ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman ketika mendedahkan perkara itu berkata, sebaliknya, Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranita yang pertama.

Kata Hamidah, mengikut maklumat yang diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan tersebut sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

“Jadi kenapa calon DAP itu perlu menipu mengenai pembabitan ibunya dalam Perkasa. Adakah kerana Perkasa menjadi seteru DAP.

“Bukankah lebih lebih baik dia mengakui sahaja perkara yang berlaku enam tahun lalu itu dan memberi alasan ketika itu dia masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politiknya. Mengapa sebaliknya dia memilih untuk berbohong,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Yammy merupakan ahli pertubuhan tersebut tetapi dinafikan oleh Dyana Sofya.

Dakwa calon DAP tersebut, ibunya hanya mengikut rakan-rakannya yang menghadiri AGM pertama Perkasa, tetapi tidak pernah menjadi ahli pertubuhan tersebut.

Hamidah berkata, Syed Hassan turut mengirimkan gambar yang menunjukkan Dyana Sofya dan Yammy sedang melayan mereka yang ingin menjadi ahli pertubuhan itu semasa majlis pelancaran lawan web rasmi Perkasa pada 21 Oktober 2008.

Jelas Hamidah, sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi ahli Perkasa.

Untuk rekod : Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari

Fikir dan renongkan lah?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: