Isnin, Mei 26, 2014

Bantah hudud : Hadi tetap turun sokong kempen Dyana Sofya?


Di sebalik tentangan Dyana Sofya Mohd. Daud terhadap perlaksanaan hukum hudud dan bantahan Pas terhadap pendirian Dyana Sofya itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap turun menyokong kempen calon DAP berkenaan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini.

Abdul Hadi yang tiba pada pukul 5.30 petang di Markas Pas di Taman Cecily di sini bagi majlis minum petang bersama penduduk terpaksa menunggu sehingga sejam ketibaan Dyana Sofya yang memberi alasan menghadiri program kempen yang lain.

Dalam ucapan yang disampaikan sebelum ketibaan calon DAP itu, Abdul Hadi berkata, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ternyata melebihi keberanian beliau apabila mengambil keputusan menjadi calon DAP.

"Kita menganggap Sofya ini berani. Sanggup jadi calon DAP pula. Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Abdul Hadi sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.


Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, penyertaan Dyana Sofya dalam DAP juga mempunyai 'peranan' yang tersendiri.

"Dia jadi calon DAP, berani dia. Dyana Sofya ada 'peranan' dia dalam DAP," kata Abdul Hadi.

Justeru, walaupun Dyana Sofya telah menyatakan dengan jelas akan menolak hudud, Abdul Hadi tetap menyeru orang Melayu memilih calon DAP itu

"Di Teluk Intan ini, kita mahu orang Melayu menangkan DAP. Calon DAP Melayu. Calon BN Cina. Saya tidak mahu sebut pasal bangsa ini.

"Kalau dia menang di Parlimen dia bercakap bagi pihak kita. Saya percaya dia berani bercakap bagi pihak kita," kata Abdul Hadi.

Suara Politik
Belantan

4 ulasan:

tobeng berkata...

Hadi dgn pas ni kalau masuk parti komunis atau parti likud waima parti buih pun dia akan kata berani,bagus janji lawan umno dan geng dgn pas.

Unknown berkata...

Dato mah tu sokong hudud x? Klu sokong kena umumkan sebab org islam dan mangsa2 jenayah nk sokong org yg sokong hudud.

usin berkata...

demam panas tak kebah pok aji hadi ni. dyana nk cakap bagi pihak pas kalau menang prk? takyah mimpi la pok aji oii.... selama bercouple dgn dap, masa bila dap bawak suara pas? dalam mimpipun tak pernah inikan pula di alam nyata. tapi kalau tetap nk sokong dap sebab dyana yg manis ni yg jadi calon, on jer. tak per walaupun akan ada satu lagi penunggang keldai dimana keldainya adalah pas. undi dyana...jangan tak undi. seronok dyana mengangkang atas belakang ooo. keldaipun keldailah.

usin berkata...

mohd shafiq,
gerakan pun sebijik macam dap. cukup lantang bantah hudud. dap dan gerakan sama2 menolak, so pandai2lah melayu dan islam nk tolak balik. tolak dua2 sekali berat. tolak satu2 beb. melayu dan penduduk islam teluk intan kena fikir bab banjir beb. calon gerakan dh janji nk pertingkatkan program tebatan banjir yg tergendala sebab dap ambil alih parlimen teluk intan paska pru13. so, fikir2 dan buatlah pilihan yg tepat siapa nak pilih siapa patut direject. mungkin org teluk intan pilih mp cantik utk mewakili di parlimen, mana tahu ye tak. tak buat apa2pun takpe, asal wakil parlimennya lawa..hahahaha