Isnin, Januari 24, 2011

Terkini dan muktamad : 34 Sokong 20 Tolak - Serlah ketidakwarasan Khalid Ibrahim!

04.50pm : Dalam sidang akhbar, Khalid Ibrahim berkata bahawa memandangkan BN menolak pindaan ini, ia tidak dapat dipinda.

Khalid mendakwa langkah BN itu menunjukkan bahawa trend mereka menolak institusi raja-raja! ( ayat yang telah diduga oleh semua orang sejak idea memanggil Sidang Tergempar mula dikeluarkan.)

Khalid mendakwa tindakan BN itu adalah kerana kesetiaan kepada parti dan bukannya kepada rakyat. ( apakah 100% rakyat menyokong Khalid sebagai MB? 30% pun belum tentu. Jadi Khalid sebagi MB atas kesetiaan merka ke atas parti ? Atau kehendak rakyat? )

05.00pm : Khalid memberitahu bahawa para Exco akan berbincang sama ada Khusrin boleh mengangkat sumpah di depan MB atau tidak. ( Nampak sangatlah mereka akhirnya mandi kencing mereka sendiri.)

05.05pm : Sementara itu, ADUN Sg. Burong dalam bahasnya menyebut BN menentang usul itu kerana ia hanya memperkuatkan kerakusan MB. ( Bukan soal MB PKR atau MB UMNO, jelas sekali UMNO tidak mahu jawatan MB menguasai pentadbiran awam negeri kerana MB adalah jawatan politik manakala SUK adalah jawatan perkhidmatan awam. Jelas dan terang, PKR lebih bongok dalam perkara ini. )

06.25pm : Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk mendapat majoriti dua pertiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dengan 34 menyokong dan 20 menentang.

Speaker mengumumkan bahawa dua pertiga yang diperlukan tidak tercapai, pindaan tersebut tidak boleh disusulkan dengan perbahasan susulan.

06.28pm : Khalid Ibrahim berkata, walaupun pindaan itu tidak menjadi kenyataan, usaha kerajaan mereka telah dipertunjukkan.

06.30pm : Sidang ditamatkan.

Apa yang pasti sidang tergempar ini akan dicatit dalam sejarah sebagai sidang yang menghina Tuanku Sultan Selangor.

Sebelum itu : Azmin juga serlahkan kebodohan!

11.55am : ADUN Bukit Antarabangsa merangkap Ketua PKR Selangor Azmin Ali menyampaikan bahas.

12.05pm : Azmin menyerang mula menyerang UMNO dalam bahasnya. Dia memuji Sultan selangor sebagai berpengetahuan dan intelek ( Padahal mereka menentang keputusan Sultan )

12.10pm : Azmin berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri perlulah terdiri dari calon yang membawa dan menegakkan aspirasi dan dasar kerajaan yang memerintah sekarang. ( Dengan kata lain, mestilah cenderung memihak kepada PKR - satu kenyataan bodoh oleh Azmin kerana mahu pegawai awam bersikap berat sebelah )

12.25pm : Azmin menyebut hak yang diberikan kepada MB dalam memilih pegawai tertinggi negeri telah dinafikan dan ini menafikan hak rakyat yang memilih kerana MB adalah wakil kepada rakyat negeri Selangor. ( Padahal MB tu dipilih oleh 36 ADUN Pembangkang yang mana setiap mereka bukanlah dipilih 100% pengundi. Purata hanya 55% rakyat selangor mengundi Pakatan rakyat. Jadi hak yang 45% lagi bagaimana? Jika hak 45% pun dinafikan, bagaimana mereka boleh kononnya mahu menjadi juara minoriti India dan Cina di negara ini yang masing-masing berjumlah 8% dan 28%? )

2.30pm : Menyambung perbahasan, Azmin berkata Khusrin bukanlah paling senior dalam lapan nama yang dikemukakan sebagai calon. ( PKR mengakui nama Khusrin memang ada dalam pencalonan tapi PKR nak kacau SPA buat kerja ke? SPA memilih calon berdasarkan rekod perkhidmatan yang layak dipertimbangkan. Cenderung memihak kepada mana-mana parti juga tidak melayakkan seseorang itu menduduki jawatan tertinggi kerajaan mana-mana negeri. Ini membuktikan calon-calon kanan itu memang tak layak! )

3.00pm : Azmin dan Satim berperang mulut susulan perbahasan kedua-dua pihak. ( Mestilah perang mulut kalau kebodohan PKR ditelanjangkan oleh PKR sendiri! )

5.00pm : 21 ADUN menolak pindaan Undang-undang Tubuh negeri Selangor.

Konklusi : Khalid telah mengelirukan rakyat bahawa meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor seolah-olah sama dengan meminda perlembagaan “pakatan kenduri kahwin.” Sekalipun sekiranya Khalid mendapat sokongan dua pertiga ADUN, pindaan itu mesti mendapat perkenan Sultan Selangor. Adakah sekali lagi Khalid tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor? Satu lagi, kalau pelantikan SUK memang memerlukan persetujuan Menteri Besar, untuk apa dibuat pindaan pada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor?

Maknanya dalam amalan sebelum ini, Menteri Besar tidak perlu dirujuk bagi pelantikan SUK selepas Sultan Selangor memberi perkenan. Sebelum ini tidak menjadi isu pun siapa yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadi SUK. Bukan di Selangor malah di negeri-negeri lain juga berjalan dengan licin. SPA bukan sebuah parti atau badan politik. Hanya kebetulan SPA berada bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Khalid telah memperbodohkan rakyat terutama pembangkang bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa menentukan siapa menjadi SUK. Padahal jawatan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ini adalah jawatan kerajaan Persekutuan di negeri-negeri. Tetapi pembangkang yang sebahagian besar tidak berfikir di luar kotak terpengaruh dengan rentak politik cara begini.

Apa yang berlaku hanyalah gimik Khalid semata-mata. Khalid hanya hendak menunjukkan mereka telah berusaha menyelesaikan satu kemelut yang mereka cipta sendiri. Pergolakan politik begini akan terus berlarutan kerana pentadbiran Abdul Khalid sudah gagal untuk meluluskan pindaan tersebut. Nanti rakyat Selangor hanya akan mampu mengeluh, ''Apa lagi hendak berlaku di negeri kita selepas ini?"...Wallahuallam.

Terima kasih kepada Blogger IpohMalay atas info yang diberikan.

Suara Politik
Taminsari.

Tiada ulasan: