Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Mei 04, 2010
Selangor Bangkit : Isu Pasir - 48 Anggota Task Force Tanah Di Buang Kerja Kerana Berlaku Jujur!
Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor,Puchong ,Kuala Langat dan Sepang !
Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan ,rasuah dan kes curi pasir dibeberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat didalam kerajaan pakatan sendiri.
Inilah puncanya kerajaan negeri mengalami kerugian besar dalam bentuk royalti pasir yang mencecah puluhan juta ringgit.
Curi Pasir di Selangor:
Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009
• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar.
• Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.
• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.
Yang menyedihkan keadaan adalah oleh kerana kejujuran yang ditunjukkan oleh penjawat awam ketika bertugas,kerajaan negeri telah bertindak kejam dengan memecat mereka kerana menghalang kroni kerajaan negeri dari mencuri pasir dan mengelak dari membayar cukai dan royalti pasir.
Adakah ini ciri-ciri Kerajaan Rakyat yang diperlukan oleh rakyat negeri Selangor! Menipu rakyat untuk memenuhkan " kocek " sendiri! Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa tetapi selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan.
Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.
BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
mestilah mereka yang jujur akan ditendang keluar. Kalau tak, ianya akan merosakkan periuk nasi sendiri.
begitu juga didalam umno, masih ramai yang amalkan budaya cantas mencantas. siapa yang jujur dan ikhlas selalunya akan ditendang keluar.
jual pasir...jual tanah..jual negara..jual..jual ..jangan tak jual.
aku ada bukti Exco dan Adun PKR terlibat dengan kegiatan 'projek pasir' di Selangor.
Mereka mendapat habuan lumayan melalui tokeh pasir dan kroni mereka..
Rahsia ini akan didedahkan apabila sampai masa dan ketikanya !!!
Ok Bro AnTi AljUbuRi...kita nantikan pendedahan itu bila tiba masa yang sesuai nanti..InsyaAllah
Catat Ulasan