Sabtu, Mei 08, 2010

Aku pun melayu, tapi derhaka : 'Zaid perlu mohon maaf'!





















Penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim perlu memohon maaf kepada Sultan Selangor ekoran kenyataan biadabnya bahawa titah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan masjid dan surau sebagai medan berpolitik, adalah bersifat peribadi.

Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh yang mewakili Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor berkata, titah Sultan Selangor itu bukan pandangan peribadi baginda tetapi satu perintah yang telah dikeluarkan pada 18 September tahun lalu.

Menurutnya, perintah mengenai larangan tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang juga mufti negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) sewaktu larangan itu dikeluarkan.

''Ia telah disampaikan kepada semua nazir masjid dan pernah dipaparkan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor. Mungkin Zaid tidak pernah bertanya kepada nazir-nazir masjid berkenaan larangan itu ataupun tidak pernah melihatnya di dalam mana-mana masjid di Selangor.

''Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

''Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar 'datuk' dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah," katanya.

‘‘Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

‘‘Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar ‘datuk’ dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Abu Faiq berkata...

Salam,

1 lni baru barulah benar2 model pernyataan seorang pseudo-lslamic.

2 Ramai orang, Melayu-lslam, bahkan sudah berjuta2, yg berfikiran begini - pseudo-lslamic ini; iaitu percaya pada lslam, tetapi pada masa yg sama juga percaya dan mendukung undang2 [dan lain2] yg BUKAN bersumber drp lslam; yg bathil; yg lslam tidak hahalkan; bahkan yg bertentangan & memusuhi lslam sendiri; kemudian mencari dalil2 drp lslam utk digunakn sebagai justifikasi.

3 Bukan begitu cara lslam mengajarkan umatnya berfikir utk dijadikan tuntunan perilakunya. Cara berfikir yg lslam ajarkan, ialah: ambil apa yg lslam halalkan [tentulah dgn dalil2 & nash2 syari'inya], lalu berpegang teguh hanya kepadanya tanpa ada apa2 hujah & dalih lagi, sesuai dgn yg al-Quran jelaskan tentang sifat Muslim yg taat; 'sami'na wa attha'na' [aku dengar [faham], maka aku taat].

4 Dalam isu ini, alanghkah benarnya dan sungguh2 menepati ajaran lslam, jika Datuk2, Orang2 Besar ini menyeru & memuhasabahi sultan2 dan raja2 agar baginda2 itu memerintahkan segala orang besar [penguasa & pemerintah] yg melaksanakan pemerintahan negara & negeri melaksanakan hukum2 syara' -hanya hukum2 syara' - sebagai pillar [tonggak] perundang-undangan bagi sistem bernegara & berpemerintahan, iaitu sistem syariah.

4 lnilah sistem bernegara yg lslam tuntut, yg nashnya sangat jelas, iaitu sistem bernegara yg Rasulullah SAW telah laksanakan dlm Negara lslam di Madinah. Lalu, baginda2 inilah yg menjadi ketua penegak hukum syara' tersebut, sehingga masjidlah menjadi pusat seluruh aktiviti politik dan pemerintahan. Kenapa sekarang tidak demikian? ltulah tadi - pseudo-lslamic - yg memang British penjajah jadikan syarat bagi mempastikan agar jalan ini terus kita dukung & pertahankan sebelum mreka menghadiahkan 'kemerdekaan'
dulu.

5 Demikian, berjayanya pseudo-lslamic ini menjauhkan kita drp pemikiran lslami yg sejati, sehingga segala hiruk-pikih spt ini pasti tidak akan ada penghujungnya selagi kita tidak kembali kepada lslam secara kaffah.

Wallhu a'lam.

Akazi is HERE berkata...

salam hormat bro

wali selipar berani ke bersemuka dgn baginda sultan kelantan seperti apa yang abu faiq nyatakan?

huhuhu