Jumaat, November 19, 2010

MB Khalid serba tak tahu kepanasan : Lagi 'ketegasan' pada anak syarikat S'gor!

Gambar : MB Khalid serba tak tahu bersama dengan Exco yang juga serba tak tahu ,Teresa Kok .

Selepas kontroversi perbelanjaan mewah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan yayasan negeri didedahkan oleh media,UMNO Selangor dan para blogger, kerajaan Selangor kini lebih 'bertegas' terhadap anak syarikatnya.

Sehubungan itu, Menteri Besar Serba Tak Tahu Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan semua anak syarikat negeri mendapatkan kelulusan Perbadanan Menteri Besar (MBI) terlebih dahulu sebelum menganjurkan sebarang aktiviti, termasuk sambutan perayaan atau ulang tahun.

Katanya, ini ekoran kerajaan negeri sedang mengemaskini perjalanan anak syarikat dan agensi kerajaan secara holistik bagi memastikan pengurusan dibuat dengan telus, bertanggungjawab dan cekap.

"Kelulusan tersebut termasuk antara lain (melibatkan) kelulusan belanjawan bagi penganjuran majlis, senarai jemputan dan aturcara.

"Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau penganjuran aktiviti oleh anak-anak syarikat seterusnya dapat mengawal perbelanjaan supaya ia munasabah dengan majlis itu bagi mengelak pembaziran wang rakyat," katanya.

Keputusan itu dipercayai ekoran kontroversi perbelanjaan PKNS dan Yayasan Selangor.

Yayasan itu kini disiasat ekoran perbelanjaan RM300,000 untuk majlis ulang tahunnya yang menyebabkan Sultan Selangor membatalkan kehadiran.

Manakala semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk tajaan jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara yang dilaporkan bernilai lebih setengah juta ringgit.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, anak syarikat akan hanya dibenarkan melantik syarikat pengurusan acara jika benar- benar perlu, dengan alasan yang kukuh dan melibatkan perbelanjaan yang tidak keterlaluan serta setimpal.

Bagaimanapun, menurut Khalid lagi, perkara itu tidak digalakkan sebaliknya anak syarikat dicadangkan menggunakan tenaga kerja dan kakitangan sedia ada.

"Kerajaan negeri berpendapat cara ini sudah tentu akan menjimatkan lagi perbelanjaan dan wang yang dijimatkan ini dapat disalurkan ke tempat atau kepada individu yang sepatutnya sejajar dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Hasil Negeri untuk Rakyat.

Komen : Kenapa baru sekarang MB Khalid baru nak memikirkan tentang nak Merakyatkan Ekonomi Selangor! Kalau tidak dengan pendedahan oleh media,UMNO Selangor dan para blogger, apakah MB Khalid akan tutup sebelah mata untuk MengKRONIkan Ekonomi Selangor!

Bagaimana pula dengan cabaran dari Datuk Noh Omar terhadap MB Khalid agar beliau meminta maaf kepada seluruh rakyat Selangor jika Datuk Noh mendedahkan secara terperinci kos lebih RM800,000 yang didakwanya merupakan perbelanjaan sebenar majlis tersebut. Sanggupkah MB Khalid menyahut cabaran itu?

Dan akhir sekali tolonglah ajar si Teresa Kok agar lebih tahu dengan kerja sendiri sebagai seorang Exco. Jangan bila ditanya dengan soalan yang berkaitan dengan kerja-kerja sebagai seorang Exco, nanti kata macam MB Khalid juga..." maaf, saya tak tau"! Hentikan lah merayau-rayau keluar negara menghabiskan duit rakyat dengan alasan untuk menarik pelabur, padahal habuk pun tak ada! Orang tua-tua dok kata... mengabihkan beras saje..!!!

Suara Politik
Taminsari

Skandal Selangor : Saya masih tunggu jawapan MB - Noh

"Saya masih tunggu jawapan Abdul Khalid (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim)... Setakat ini dia belum jawab...Mungkin esok.

"Kalau dia setuju dengan syarat yang diberikan, baru saya akan dedahkan perincian perbelanjaan RM856,900 itu," kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian ketika ditanya perkembangan isu kos lebih RM800,000 yang didakwanya merupakan perbelanjaan sebenar Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor.

Pada 15 November lalu, Noh dicabar Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor agar mendedahkan secara terperinci kos lebih RM800,000 yang didakwanya merupakan perbelanjaan sebenar majlis tersebut.

Cabaran itu disahut Noh keesokan harinya tetapi beliau menetapkan syarat yang Abdul Khalid perlu meminta maaf secara terbuka sekiranya dakwaan yang dibuatnya itu salah.

Kata Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, beliau berharap agar Abdul Khalid tidak memutarbelitkan fakta kerana kos RM856,900 yang dimaksudkannya ialah kos keseluruhan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor dan bukan hanya untuk acara makan tengah hari yang telah dibatalkan.

Ujar beliau, jumlah RM856,900 itu terlalu besar dan merupakan satu pembaziran memandangkan wang tersebut boleh disalurkan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

"Satu lagi yang saya rasa tidak betul ialah mereka membayar deposit yang terlalu besar sebelum majlis berlangsung dan bayaran pula dibuat kepada syarikat yang dilantik," dakwa beliau sambil memberitahu akan menjelaskan lebih terperinci selepas Abdul Khalid bersetuju dengan syaratnya.-UM-

Suara Politik
Taminsari

Rabu, November 17, 2010

Skandal kerajaan Selangor : Penyelewengan dalam pentadbiran Selangor bertambah ketara!

Kerajaan Negeri Selangor terus berdepan dengan masalah penyelewengan kuasa. Selepas kes pengurusan pasir di beberapa lokasi sekitar negeri itu, kini Selangor dihantui dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kancah kontroversi di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuak-buakkan kemarahan rakyat negeri itu kerana sikap dan cara tindakan diambil oleh Khalid dalam menyelesaikan masalah itu.

Keputusan beliau dalam kedua-dua kes itu dikatakan hanya untuk menyelamatkan suku sakatnya, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dan Pengurus Besar PKNS Osman Omar.

Untuk makluman, kedua-dua pengurus besar itu dilantik dengan persetujuan Khalid.

Perkara yang menimbulkan kehairanan kita, pertumbuhan ekonomi Selangor belum menampakkan perubahan, sebaliknya semakin galak kewangan negeri itu dibelanjakan semahu-mahunya.

Sudah tentu perkara sebegini cepat dihidu oleh rakyat yang melihat sesuatu yang tidak kena dan tidak betul caranya. Apatah lagi rakyat mempersoalkan pengurusan perbadanan ekonomi dan yayasan kebajikan boleh melakukan pembaziran dan ketidakcekapan mengurus.

Dalam kes Yayasan Selangor, sebagai sebuah yayasan kebajikan, pihak pengurusannya sepatutnya meletakkan kepentingan pendidikan anak luar bandar sebagai keutamaan.

Tetapi kos penganjuran melibatkan makan tengah hari yang terlalu tinggi dan tidak munasabah serta membazirkan itu telah mengundang rasa dukacita Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga membatalkan keberangkatan baginda ke majlis makan tengahari Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Yayasan Selangor yang dijadualkan berlangsung di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur semalam.

Cara Kerajaan Negeri Selangor menangani kes ini seolah-olah Khalid tidak mampu menguruskan negeri ini. Semua serba tak kena. Kerajaan negeri tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Khalid ada penasihat. Dia juga ada pakar. Anwar Ibrahim pun dah lama dilantik penasihat kerajaan negeri. Tak mungkin dia tidak tahu mengurus. Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PKR yang berkongsi bersama DAP dan Pas kata mereka kerajaan yang bersih. Tetapi apa sudah berlaku sejak Mac 2008 hingga sekarang.

Dari hari ke hari, banyak terbongkar kelemahan pentadbiran kerajaan di bawah pakatan di Selangor. Kita percaya, seluruh rakyat negeri itu juga sudah 'membuka mata' mereka melihat tipu helah kerajaan negeri.

Banyak kita dengar, kalau begini pentadbiran negeri terus di bawah pakatan, bermakna parahlah masa depan Selangor. Mengurus perbadanan negeri tak pandai, urus yayasan pun tak reti, macam mana hendak menguruskan negeri.

Hakikatnya, untuk melantik pengurus besar sesebuah jabatan kerajaan negeri atau yayasan kebajikan perlulah individu itu mempunyai integriti tinggi dan menghayati matlamat organisasi.

Jalan yang terbaik adalah Khalid sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor!!!

Suara Politik
Taminsari

Salam Aidil Adha..


" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya dan keluarga buat semua rakan-rakan blogger dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari : Suara Politik Taminsari

Selasa, November 16, 2010

Skandal PKNS : Khalid didesak siasat salah laku di bawah pentadbiran Othman Omar !

Lima persatuan dan kesatuan dalaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menamatkan kontrak Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, dengan serta merta.

Pada masa yang sama, persatuan dan kesatuan juga menuntut Abdul Khalid supaya menjalankan siasatan secara telus dan terbuka terhadap segala dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran Othman.

Menurut persatuan dan kesatuan tersebut, desakan dan tuntutan itu dibuat selepas mereka dan warga PKNS sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Othman yang didakwa bertanggungjawab mengheret perbadanan itu ke dalam kancah kontroversi.

Lima persatuan dan kesatuan tersebut adalah, Persatuan Pegawai Kanan PKNS; Persatuan Pegawai Eksekutif PKNS; Persatuan Badan Islam PKNS; Persatuan Kebajikan Pekerja PKNS dan Kesatuan Pekerja-Pekerja PKNS.

"Kami secara kolektif mewakili yang warga PKNS, dengan ini melahirkan rasa tidak percaya terhadap kepimpinan Othman selaku Pengurus Besar, berdasarkan beberapa tindakan beliau yang menjejaskan imej serta integriti keseluruhan perbadanan ini.

"Dengan ini, kami mendesak supaya kontrak Othman ditamatkan serta-merta dan menuntut Menteri Besar mengarahkan siasatan telus serta terbuka dibuat terhadap semua dakwaan yang dikemukakan," kata gabungan persatuan tersebut dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jumaat lalu, akhbar melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib mendakwa, wujud amalan salah guna dana dalam pembayaran sewa bangunan sementara apabila kosnya mencecah RM9.6 juta untuk tempoh tiga tahun.

Beliau juga mendakwa, wujud amalan kronisme apabila pelantikan jawatan pengurusan bagi anak syarikat perbadanan tersebut, dibuat daripada kenalan pengurusan tertinggi PKNS itu sendiri tanpa melalui pemilihan yang rapi.

Selain itu, Saari juga mendakwa pengurusan tertinggi PKNS menghabiskan sebanyak RM520,000 semata-mata untuk majlis makan malam sempena perkahwinan Angkawasan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bulan lalu.

Mengulas lanjut, persatuan dan kesatuan tersebut menggariskan enam perkara mengapa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Othman, antaranya ialah pengurus besar itu bertanggungjawab memecah-belah pentadbiran PKNS.

Mereka juga mendakwa Othman tidak telus dalam mentadbir; tidak mematuhi perintah am dan pekeliling kerajaan serta keputusannya, banyak dipengaruhi pihak tertentu sehingga menyebabkan berlaku aliran wang keluar dalam jumlah yang besar.

"Jawatan pengurus besar perlu disandang oleh individu berintegriti tinggi; memahami; menghayati dan menepati matlamat penubuhan PKNS," tegas persatuan itu lagi.

Sementara itu untuk Skandal Yayasan Selangor : Mengapa hanya Saifulruddin diarah cuti?

Pengerusi Yayasan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki ( gambar kiri ) perlu dipertanggungjawabkan ke atas kontroversi perbelanjaan bagi majlis ulang tahun ke-40 yayasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro ( gambar kanan ) berkata, beliau hairan kenapa kedua-dua mereka itu seolah-olah terlepas daripada siasatan yang dijalankan oleh kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkata, sepatutnya Abdul Khalid yang juga Menteri Besar dan juga Ilham, turut disiasat atau mengambil tanggungjawab ke atas isu yang turut mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah itu.

"Mereka juga patut diarah bercuti bukan hanya sekadar Timbalan Pengurus Besar, Mohd. Saifulruddin Sulaiman sahaja.

"Ia penting bagi memastikan siasatan membabitkan perbelanjaan RM300,000 itu dapat dilakukan dengan cepat dan bebas.

"Ini kerana mereka juga antara pihak yang mempunyai kuasa meluluskan perbelanjaan yang tidak mungkin dilakukan oleh Mohd. Saifulruddin seorang. Jadi saya minta perkara ini diperjelaskan," kata beliau kepada pemberita di pekarangan Dewan Annex di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri mengarahkan Mohd. Saifulruddin mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta-merta berikutan kontroversi perbelanjaan majlis itu.

Keputusan itu dibuat selepas siasatan awal yang dijalankan kerajaan negeri menunjukkan terdapat penglibatan Pejabat Timbalan Pengurus Besar dalam membuat keputusan itu.

Tambah Amiruddin, tindakan mengarahkan Saifulruddin bercuti menunjukkan ketidaktelusan kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang dan seolah-olah menjadikan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor itu sebagai "kambing hitam".

Kontroversi perbelanjaan majlis yang dikatakan menelan kos RM300,000 yang didakwa tidak munasabah itu mula dicetuskan oleh Amiruddin semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu.

Isu tersebut turut menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan itu.

Mungkin rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat mengharapkan akan ketelusan dalam pemerintahan di negeri Selangor yang diketuai olah PKR. Namun apa yang diharapkan ibarat mencurah garam dilaut. Mengharapkan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengahari. Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi mereka yang lebih.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, November 15, 2010

Selangor Bangkit : Pegawai kanan Yayasan Selangor diarah bercuti!

Akibat dari pembongkaran yang bertubi-tubi datang dari media dan para blogger, pegawai kanan Yayasan Selangor diarahkan bercuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu disiasat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan terhadap Timbalan Pengurus Besar Mohd Sharifuldin Sulaiman itu bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas. "Laporan awal yang diterima menunjukkan penglibatan pejabat timbalan pengurus besar yayasan itu," katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu yang dijadual esok kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan berkata, pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir.

Menurut Ramli, Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau membiayai lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salahguna kuasa ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu : Aktiviti perhubungan awam PKNS pula dibekukan

Ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara, kerajaan Selangor membekukan semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS). MB Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga laporan penuh audit siap, dijangka akhir bulan ini.

"Dengan keputusan ini, Jabatan Perhubungan Awam PKNS diarah supaya melaporkan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum mengadakan sebarang aktiviti termasuk membuat keputusan-keputusan penting.

"Langkah ini untuk memastikan setiap aktiviti akan dipertimbangkan secara teliti dari aspek kepentingan, keperluan dan belanjawan sebelum dilaksanakan," katanya.

Menurut Khalid, jabatan itu dijangka berjalan seperti biasa sebaik laporan audit diterima dan keputusan mengenainya diumumkan.

Pada 10 November lalu, Khalid menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan ADUN Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam penajaan majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Khalid yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat). Media melaporkan, jumlah tajaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu sebanyak RM520,000.

Suara Politik
Taminsari

Selangor Bangkit : UMNO Selangor desak Abdul Khalid letak jawatan!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor berikutan kegagalannya untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.

‘‘Abdul Khalid telah memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa beliau tidak diberitahu mengenai majlis sambutan ulang tahun ini dan kos yang terbabit.

‘‘Kami amat kesal dengan kenyataan seperti ini. Beginikah cara kita mentadbir sebuah yayasan kerajaan negeri apabila menyerahkan kepada pegawai hendak buat apa yang mereka suka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-58 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Selangor di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.

Dalam pada itu, Noh berkata, beliau turut kesal dengan kebiadapan Abdul Khalid yang merujuk Sultan Sharafuddin dengan ganti nama ‘beliau’ pada satu sidang akhbar semalam dan ia telah disiarkan menerusi Buletin Utama TV3, malam tadi.

‘‘Kita telah diajar di sekolah supaya menggunakan perkataan patik bagi merujuk kepada diri sendiri dan memanggil sultan dengan ganti nama baginda atau tuanku. Apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid jelas sekali bertentangan dengan budaya Melayu.

‘‘Inilah akibatnya apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terlampau asyik berkawan dengan DAP sehingga lupa adat budaya kaum kita,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Noh tetap mempertahankan kenyataannya semalam bahawa kos sebenar penganjuran majlis sambutan ulang tahun itu adalah melebihi RM800,000.

‘‘Saya difahamkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki semalam telah membuat penafian dengan menyatakan bahawa kos penganjuran hanya RM285,000, jadi kita akan serahkan bukti kepada pihak yang akan melakukan audit terhadap pengurusan dan kewangan yayasan ini.

Sementara itu : Pengerusi Yayasan Selangor tidak tahu pembelian Dua Kenderaan

Agak pelik apabila Pengerusi Yayasan Selangor tidak mengetahui tentang pembelian dua buah kenderaan sekali gus bagi kegunaan Yayasan? Sebelum ini juga Khalid memberitahu yang beliau tidak diberitahu mengenai majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor dan kos yang diperuntukkan!

Bagaimana seorang yang bertindak sebagai Pengerusi sebuah yayasan sendiri tidak tahu menahu apa yang berlaku didalam yayasan yang ditadbirkannya? Kalau semua tak tahu lebih baik letak jawatan sahaja! Untuk cerita skandal Yayasan Selangor sebelum ini sila klik disini .

Mungkin setelah berita pembelian kenderaan ini tersebar luas, maka barulah MB Selangor yang serba tidak tahu ini bertindak untuk menyiasat bagaimana Pengurus Besar Yayasan Selangor telah memperolehi dua kenderaan untuk kegunaannya. Seperti biasa MB Khalid Ibrahim berkata, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai pembelian dua kenderaan jenis Toyota Camry dan Toyota Fortuner untuk kegunaan seorang lagi pegawai di yayasan itu.

Khalid berkata, ia adalah perkara biasa kereta baru dibeli bagi menggantikan kereta lama tetapi menjadi persoalan adalah apabila dua buah kenderaan dibeli sekaligus. "Saya difahamkan kenderaan tersebut untuk kegunaan rasmi dan kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah untuk kegunaan dengan kedudukannya sebagai pengurus besar," katanya.

Khalid akhirnya mengakui bahawa dengan menggunakan khidmat pengurusan acara tidak membantu dalam hal yang berlaku sekarang. Katanya, kerajaan negeri sebelum ini menentang penggunaan khidmat pengurusan acara dalam menguruskan acara di negeri itu.

Mungkin ini adalah sebahagian dari penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dibawah pentadbiran MB Khalid sekarang. Ikutilah pembongkaran demi pembongkaran seterusnya dan diantaranya adalah di sini . Sebelum keadaan menjadi parah, mungkin jalan yang terbaik adalah MB Khalid dan Pengurus Besar Yayasan Selangor diminta melepaskan jawatan masing-masing!

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, November 13, 2010

BN bimbang kesan 'pembaziran' Yayasan Selangor!



















BN Selangor hari ini bimbang mengenai mengenai masa depan generasi muda di negeri ini berikutan pembaziran dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengurusan institusi pengajian milik kerajaan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Noh Omar.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur Isnin ini selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis itu.

Noh berkata Yayasan Selangor ditubuhkan BN bagi menjaga kebajikan anak-anak luar bandar dan ia telah berjaya menghasilkan ribuan anak Selangor yang berjaya di dalam pelajaran.

"Apabila pentadbiran baru mengambil alih, cara mereka tadbir Selangor tidak pentingkan pendidikan rakyat Selangor," katanya.

Beliau mempersoalkan pembaziran dalam penganjuran majlis itu yang didakwa bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Sebelum ini, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Ilham berkata Yayasan Selangor terpaksa menyewa tiga khemah besar selain belanja hiasan, kad jemputan, gimik persembahan dan sistem siar raya. Bagaimanapun, Noh berkata jika kos sewa khemah besar itu mahal, banyak lagi dewan-dewan milik kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang boleh digunakan.

Pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor di dalam aktiviti-aktivitinya cukup banyak dan Noh mendakwa BN mempunyai bukti. Beliau berkata ini menunjukkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh Yayasan Selangor tidak memberi faedah kepada rakyat negeri ini.

"Umno Selangor melihat bukan sahaja Yayasan Selangor menuju kehancuran tetapi masa hadapan generasi muda juga menuju kehancuran kerana kerajaan Selangor tidak prihatin kepada pembangunan pendidikan Selangor.

"Unisel (Universiti Industri Selangor) kita nak tunggu, saya dapat maklumat ini juga akan menuju kehancuran kerana kos tidak langsung pengurusan menghadapi masalah," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian Industri Asas Tani berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjawab segala pertanyaan mengenai program pembangunan pertanian termasuk isu masalah padi angin yang dikatakan antara punca hasil tuaian padi menurun.

Beliau berkata adalah tidak adil kerana isu itu dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas dan beliau sebagai Menteri Pertanian tidak dapat menjawabnya kerana platformnya berlainan.

Suara Politik
Taminsari

DAP takut dengan bayang-bayang sendiri : Ghairah hentam CUIT Zaini mengenai 13 Mei!

Mengapa DAP dan Pakatan Rakyat perlu takut dengan FAKTA SEJARAH! Apabila kerajaan mengistiharkan yang subjek SEJARAH adalah WAJIB LULUS untuk SPM, DAP melalui Lim Kit Siang lah orang pertama yang keluar memprotesnya. Dijaja di seluruh negara untuk menghasut rakyat. Persoalannya disini adalah mengapa mereka takut dengan FAKTA SEJARAH tanahair!

Apakah DAP dan PR takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Adakah dengan adanya FAKTA SEJARAH ini akan membuatkan niat mereka untuk " menakluk " negara dan menjadikan Malaysia ini sebagai negara " Republik " tidak akan tercapai! Lihatlah apa yang mereka sudah lakukan sekarang di P.Pinang. Bukankah sudah kearah untuk menjadi Singapura 2?

Mengapa DAP dan PR mempertikaikan Perlembagaan Negara! Mengapa mereka dengan berani cuba create kan satu lagi "Perlembagaan Baru". Untuk apa Perlembagaan Baru ini? Adakah ia bertujuan untuk negara " Republik Malaysia " nanti?

Jika negara " Big Brother " mereka iaitu Singapura saban tahun pada 21 Julai akan memperingati insiden rusuhan berdarah kaum pada 21 Julai 1964, mengapa tidak disini juga memperingati peristiwa 13 Mei! Adakah mereka FOBIA sejarah negara!

Artikel Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit yang disiarkan kelmarin mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati dan tidak senang duduk pihak tertentu. Antara yang jelas dan secara terbuka menyelar artikel berkenaan ialah parti pembangkang terutamanya DAP.

Di Pulau Pinang, empat wakil rakyat, tiga daripada DAP dan seorang PKR membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai berhubung artikel bertajuk 13 Mei dan 21 Julai: Fakta sejarah, mengapa perlu takut?

Ng Wei Aik, salah seorang wakil rakyat DAP yang membuat laporan polis menyifatkan artikel itu berunsur menghasut dan boleh mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat. Pemimpin DAP itu juga khuatir artikel berkenaan menerbitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu mendakwa Zaini cuba mengagung-agungkan peristiwa 13 Mei dengan mencadangkan tarikh itu dijadikan hari keramat walaupun peristiwa tersebut merupakan satu babak hitam serta menyedihkan dalam sejarah negara.

Benarkah tulisan Zaini boleh mencetuskan rasa tidak tenteram? Atau hanya DAP sahaja yang tidak tenteram apabila timbul cadangan untuk mengenang tarikh 13 Mei.

Zaini dalam tulisannya mempersoalkan tindakan DAP di Pulau Pinang yang menggantung Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri Sidang DUN selama enam bulan hanya kerana dia menggunakan perkataan 13 Mei.

Dalam artikel berkenaan Zaini berpendapat DAP begitu takut dan fobia dengan tarikh bersejarah 13 Mei kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

Beliau turut mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan hari cuti umum bagi memperingati peristiwa yang akhirnya berjaya menyatupadukan rakyat negara ini melalui DEB.

Portal berita Malaysian Insider kemudiannya mempertikai pandangan Zaini yang melihat 13 Mei dari sudut positif. Dalam salah satu daripada lima laporan yang disiarkan di dalam portal berkenaan susulan kepada artikel Zaini, Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi mendakwa tulisan Zaini boleh menyebabkan peristiwa pertumpahan darah seumpama 13 Mei berulang.

Sementara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap pandangan Zaini sebagai sampah dan hanya individu ekstremis memandang 13 Mei sebagai tarikh keramat.

Lim Kit Siang turut cuba membangkitkan isu artikel berkenaan pada sidang Dewan Rakyat Khamis lalu dengan meminta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop memberikan pandangan beliau sendiri mengenai artikel Zaini.

Bagaimanapun soalan itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Difahamkan Setiausaha Politik Guan Eng turut meminta polis menyiasat rencana tulisan Zaini itu.

Penulis blog bigdogdotcom, Zakhir Mohamad ketika dihubungi berkata, DAP begitu ghairah menghentam pandangan Zaini kerana seandainya tarikh 13 Mei disambut secara positif, DAP akan kehilangan modal untuk memburukkan imej UMNO.

''DAP mestilah tidak senang jika negara ini bersatu kerana politik yang mereka sukakan ialah politik kebencian yang sukakan kepada perpecahan. Peristiwa berdarah 13 Mei berlaku ekoran sikap DAP yang gemar memberikan provokasi kepada masyarakat Melayu di Kampung Baru.

"Orang Melayu yang terpinggir dan ketinggalan pada masa itu dihina dan diejek sehingga tercetus tragedi berdarah itu.

''Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa pahit 13 Mei itu supaya generasi akan datang tidak akan mengulangi perkara yang sama. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui punca dan sebab sebenar peristiwa itu," jelasnya.

Tambah Zakhir, bagi mengambil pengajaran daripada peristiwa 13 Mei, semua kaum tidak kira Melayu, Cina dan India perlu memastikan tidak ada rasa tidak puas hati, ketinggalan mahupun terpinggir di kalangan mana-mana kaum.

Tambah beliau, sebagai contoh pengeboman bandar raya Hiroshima pada tahun 1945 merupakan satu peristiwa yang amat pahit dan mendukacitakan bagi Jepun dengan lebih 100,000 terkorban.

Namun ia tetap diingati dan dikenang melalui majlis khas saban tahun sehingga ke hari ini.

''Jepun mengadakan majlis memperingati peristiwa pengeboman Hiroshima setiap tahun dengan objektif supaya mereka sentiasa mengelak tragedi itu daripada berulang.

Peristiwa yang pahit tidak semestinya perlu dikenang secara negatif semata-mata. Dalam konteks peristiwa 13 Mei, perkara yang keruh mengenainya perlu dibuang namun apa yang jernih perlu diambil," jelas Zakhir.

Untuk artikel CUIT Zaini sebelum ini, sila klik di sini

Apa yang penting untuk DAP dan Pakatan Rakyat perlu ketahui adalah Sejarah Tidak Pernah Menipu! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, November 11, 2010

Projek air mentah 2014 : Mengapa Selangor masih ' bermain tarik tali ' dengan Persekutuan!

Peter Chin Fah Kui bersama Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie (duduk empat dari kiri) berlatar belakang Tunnel Boring Machine di Hulu Langat, semalam.

Penggunaan mesin pengorek terowong khas, Tunnel Boring Machine (TBM) menambah keyakinan kerajaan untuk menyiapkan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor menjelang 2014.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, mesin yang didatangkan dari Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai kelajuan tinggi menyebabkan pasukan projek berkenaan menetapkan sasaran tinggi untuk mengorek sejauh 1,000 meter sebulan.

"Projek ini melibatkan penggunaan tiga TBM yang telah pun tiba di sini. Ia menggunakan teknologi terkini iaitu gerudi dan letup yang menjimatkan penggunaan tenaga serta mampu mengorek lebih pantas berbanding gerudi biasa.

"Ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah bekalan air yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa depan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan TBM3 yang dinamakan Tiara Midori di tapak permulaan kerja mesin itu di Adit 4, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Pemilihan nama itu berdasarkan rupa bentuk bahagian hadapan mesin berkenaan yang menyerupai tiara manakala 'midori' diambil daripada perkataan Jepun bermaksud hijau yang sinonim dengan alam sekitar dan kementerian berkenaan.

Dua lagi mesin iaitu TBM1 dan TBM2 dinamakan Kamila yang bermaksud sempurna dalam bahasa Arab dan Selpah yang diambil daripada singkatan Selangor-Pahang.

Mengulas mengenai Tiara Midori, pengarah projek berkenaan, Datuk Ir. Ismail Mat Noor berkata, ia dijadualkan mula menjalankan kerja-kerja mengorek pada 22 November depan.

Jelasnya, Tiara Midori bakal menjalankan kerja mengorek sejauh 11.6 kilometer dari Hulu Langat ke Sungai Congkak dan merupakan yang pertama beroperasi berbanding Kamila dan Selpah.

"Terowong dikorek Tiara Midori mempunyai kedalaman 58 meter dari aras bumi dengan ketinggian 7.9 meter dan 11 meter lebar serta akan bersambung dengan terowong utama sepanjang 44.6 kilometer,'' jelasnya.

Kepada kerajaan negeri Selangor!

Sekadar bertanya soalan, apa agaknya tindakan kerajaan negeri Selangor jika pembekal air di negeri itu adalah milik kerajaan negeri seperti PBAPP dan SADA? Mungkin sahaja tarif air akan dinaikkan dengan alasan 'mendidik rakyat berjimat cermat dan membayar hutang'.

Memang kita semua tidak suka dengan sebarang kenaikan terutama semasa kos hidup yang belum stabil. Tetapi kita juga berdepan dengan realiti untuk membayar kos bagi memastikan kehidupan masa depan yang lebih baik dan berkualiti.

Yang penting, kerajaan negeri harus mengambil inisiatif berkesan untuk mendidik pengguna supaya mengubah tabiat membazir air. Selangor tidak selama-lamanya akan dianugerahkan dengan sumber air yang mewah. Jangan jadi seperti pasir, tersilap unjuran!

Entah berapa kali Lembah Klang diancam kemarau dengan loji serta empangan air hampir kontang. Ramai tak mengambil iktibar apabila air terpaksa dicatu dan beratur panjang bagi mendapatkan bekalan yang dihantar melalui lori tangki. Kesedaran berjimat air tak ubah seperti fenomena El Nino yang datang dan pergi.

Apa yang dilihat sekarang adalah kerajaan negeri berusaha menjadikan air sebagai komoditi politik! Selangor yang kini seperti mengeluh kerana terpaksa membelanjakan lebih RM12 juta sebulan sebagai menunaikan janji pilihan raya membekalkan air percuma, mahu menguasai pula industri air di Lembah Klang.

Air percuma bagi 20 merter padu yang bernilai RM11.40 ini pun dijaja keliling kampung sebagai simbol kerajaan berjiwa rakyat. Memang ia bagus, siapa yang tidak mahu benda percuma. Tetapi anehnya, apabila ada pihak mahu menggunakan wang air percuma itu untuk membantu pengguna yang mengalami bil tertunggak, kerajaan negeri menyifatkannya sebagai merampas hak rakyat pula.

Apa salahnya, jika kakitangan Syabas, syarikat konsesi bekalan air bersih Selangor yang merasakan diri mereka mampu, membantu rakyat miskin yang terbeban dengan bil air. Lagi pun bukan semua rakyat Selangor menikmati air percuma itu yang dimulakan sejak 1 Jun 2008. Terdapat ribuan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal terpaksa berputih mata dengan imbuhan RM11.40 sebulan itu.

Sepatutnya langkah membantu rakyat iaitu golongan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan disokong. Tetapi itulah kerana kepentingan politik yang tidak memihak kepada mereka, usaha membantu rakyat seperti itu dimusuhi.

Kerajaan negeri, dengan segala alasan mengelirukan bukan sahaja memusuhi syarikat konsesi tetapi juga Kerajaan Persekutuan. Kroni, rasuah dan salah guna kuasa yang disimpulkan sebagai merampas hak rakyat dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menguasai industri air Selangor.

Benarkah? Jika bekalan air di bawah penguasaan kerajaan negeri dapat menjamin hak rakyat (dengan tarif yang rendah), mengapa hak itu tidak dipertahankan di Kedah dan Pulau Pinang? Cuba analisis alasan mereka. Yang di Pulau Pinang memperkenalkan surcaj bagi mendidik pengguna berjimat air. Maknanya, tarif dinaikkan supaya pengguna berjimat cermat. Yang di Kedah, untuk membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Tetapi sebaliknya rakan pakatan pembangkang di Selangor enggan berkompromi dengan penstrukturan semula industri air. Mereka tidak peduli hutang yang ditanggung oleh syarikat konsesi. Yang mereka mahu hanyalah untuk menguasai industri air Selangor!

Pemimpin mereka lebih selesa menyalahkan syarikat konsesi dan Kerajaan Pusat. Malah amaran krisis bekalan air pada 2014 yang bakal menjejaskan kehidupan penduduk Lembah Klang diperlekehkan. Kerajaan negeri nampak cukup yakin dengan memberi unjuran krisis itu hanya akan tiba pada 2019 - sembilan tahun lagi.

Mengapa kerajaan negeri Selangor masih lagi mahu menangguhkan kelulusan Projek Langat 2! Di lihat industri bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang nampaknya semakin kompleks sekarang. Sinarnya semakin suram bukannya terang benderang. Menteri Besar Selangor masih bertegas mahu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji semula tahap perbekalan air di negeri itu kerana tidak yakin dengan laporan yang dikeluarkan Syabas dan juga laporan menteri yang bertanggungjawab berkaitan air.

Para pengguna air kesemuanya mahukan bekalan air bersih yang berterusan tanpa gangguan. Masalah utama sekarang adalah paip-paip lama yang belum dapat ditukar penyebab banyak paip bocor di sana sini. Lagi lama ia tidak ditukar maka lagi cepat bekalan air habis lebih-lebih lagi jika berlaku kemarau yang berpanjangan.

Penduduk KL dan Selangor yang pernah terbabit dalam kemelut bekalan air kronik 10 tahun dulu seboleh-bolehnya tidak mahu lagi hidup dalam igauan buruk itu sekali lagi. Jadi, janganlah berterusan menjadikan air sebagai alat politik. Cukuplah semasa kempen pilihan raya lalu. Berundinglah dan bertolak-ansur demi kesejahteraan lebih 3 juta penduduk Lembah Klang.

Yang sudah tu sudahlah. Nasihat penulis kepada Tan Sri MB, usahlah terus bertelagah dengan kerajaan Pusat dan anggaplah nasihat TPM, menteri air dan operator bekalan air sebagai peringatan ikhlas yang mahu memastikan kami sebagai pengguna air tidak menjadi mangsa keadaan yang tragis kelak.

Lebih awal kita mempersiapkan diri lebih baik. Dalam hidup ini semuanya jangkaan sahaja, namun ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Cuma satu sahaja pesanan penulis sebagai pengguna air, 'sediakan payung sebelum hujan' kerana bila dah basah kuyup kena hujan, maka tempoh untuk mengeringkan pakaian akan mengambil masa yang panjang. Itulah kiasan untuk kita renung-renungkan bersama.

Tepuk dada, tanya selera. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, November 10, 2010

Bekalan air bersih Selangor dipolitikkan!

"AIR nadi kehidupan, hargailah air untuk generasi masa hadapan." Demikian mesej yang tercatat dalam bil air yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada September lalu. Tidak ramai orang yang mempedulikan mesej ini.

Bagi kebanyakan penduduk Selangor, bil air Syabas sudah lama tidak diendahkan sejak Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan skim bekalan air percuma 20 meter padu bernilai RM11.40 pada 1 Jun 2008.

"Menjadi hak rakyat Selangor untuk menikmati skim yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penuh bangga ketika ditemu ramah oleh media pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, di Jeram, Kuala Selangor pada September lalu.

Kata-kata Khalid itu jelas berbaur politik. Skim ini dijadikan strategi politik untuk memancing hati penduduk Selangor. Siapa yang tidak mahu air percuma. Pastinya banyak penduduk Selangor yang tersenyum selepas skim ini dilaksanakan.

Namun, mutakhir ini strategi politik Khalid ini memakan tuan. Kajian Sumber Air Negara (National Water Resources Study) baru-baru ini mendedahkan bahawa permintaan air bersih per kapita di Selangor dijangka lebih tinggi berbanding dengan Singapura mahupun Sydney.

Masakan tidak, ekoran skim bekalan air percuma, banyak orang yang tidak lagi menghargai air. Menyiram pokok bunga, mencuci lantai dan longkang rumah pun mereka menggunakan air yang dirawat. Maklumlah, 20 meter padu (bersamaan 20,000 liter) air bersih diberikan percuma.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Lee Miang Koi melalui kenyataan medianya dalam laman web rasmi Syabas bertarikh 22 Julai 2010, catatan penggunaan meter air domestik di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya bagi tempoh Januari 2009 hingga Ogos 2009 ialah sebanyak 216 liter per kapita sehari.

Sebagai perbandingan, secara idealnya di Asia Tenggara penduduknya menggunakan 80 liter air termasuk tiga liter untuk diminum setiap hari. Misalnya, rakyat Singapura yang sangat sensitif dengan penggunaan air menggunakan 155 liter, manakala Thailand 90 liter sehari.

Mengapakah rakyat kedua-dua buah negara ini menggunakan air yang jauh kurangnya daripada rakyat Malaysia? Mengapakah mereka boleh berjimat ketika menggunakan air? Jawapannya mudah, tarif air yang perlu dibayar oleh penduduk kedua-dua buah negara itu relatifnya jauh lebih mahal daripada rakyat Malaysia.

Di Selangor misalnya, pengguna hanya membayar RM0.57 sen per meter padu (1,000 liter) air bersih yang mereka gunakan, berbanding dengan Singapura (RM1.71 per meter padu) dan Thailand (RM1.09 per meter padu). Bahkan di Jakarta, tarif airnya ditetapkan pada harga RM2.17 per meter padu.

Sebaliknya, dalam krisis pembaziran air ini, kerajaan negeri Selangor melancarkan pula skim bekalan air percuma kepada penduduk negeri itu. Mereka rela membelanjakan RM234,119,559 sejak Jun 2008 hingga Jun 2010 untuk menyediakan skim bekalan air percuma bagi 20 meter padu kepada 3,436,702 orang penduduk Selangor. Adakah ini strategi bijak untuk mendidik rakyat supaya menghargai dan berjimat cermat menggunakan air bersih yang disalurkan ke rumah mereka? Sebenarnya tidak ada yang percuma dalam skim ini.

Ratusan juta ringgit yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk skim itu merupakan duit rakyat yang diperoleh daripada kutipan cukai dan hasil kerajaan negeri yang lain. Bayangkan, betapa besar manfaatnya jika duit ratusan juta itu dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan rakyat di Selangor.

Khalid dengan lantang mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan parti-parti pembangkang akan menjamin bahawa hak rakyat untuk terus menikmati tarif air yang rendah. Khalid tidak mempedulikan fakta yang membuktikan bahawa kenaikan kadar tarif air ini perlu dilaksanakan demi menampung kos operasi dan kos penggantian aset untuk menjamin pembekalan air yang berkualiti serta berterusan di Selangor.

Dalam akhbar Selangor Kini edisi kedua, September 2010, Syabas dituduh dan diasak dari pelbagai sudut ekoran pengumuman cadangan kenaikan tarif air. Syarikat itu digambarkan tidak ubah sebagai sebuah syarikat kapitalis yang hanya tahu mengaut keuntungan, gagal memberikan perkhidmatan terbaik dan merampas hak rakyat.

Bahkan, akhbar rasmi kerajaan negeri tersebut juga mendedahkan 'selera besar' Khalid untuk mengambil alih konsesi air daripada Syabas. Ironinya, Kedah dan Pulau Pinang yang juga di bawah pimpinan pakatan pembangkang baru-baru ini mengumumkan pula kenaikan tarif air.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), mulai 1 November lalu mengenakan 24 sen meter padu bagi air yang digunakan melebihi daripada peruntukan 35 meter padu pada setiap bulan. Alasan Kerajaan Negeri Pulau Pinang meningkatkan tarif air ini adalah untuk menggalakkan penggunaan sumber air secara bijak supaya tidak berlaku pembaziran kerana hanya pengguna yang menggunakan air berlebihan sahaja terlibat.

Di Kedah, Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengumumkan kenaikan tarif air sebanyak 27 peratus. Alasan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas itu adalah untuk membayar balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.7 bilion. Selain itu, seperti juga Syabas, SADA mengakui bahawa kos merawat air semakin meningkat sehingga mereka bakal menanggung kerugian jika mengikut kadar tarif yang lama.

Situasi yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah ini cukup menunjukkan bahawa isu air di Selangor sebenarnya hanya dijadikan permainan politik. Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu menaikkan tarif air kerana tindakan tersebut sangat bertentangan dengan strategi politik mereka memberikan air percuma demi memenangi hati rakyat.

Mereka tidak mempedulikan pembaziran air berlaku dalam kalangan pengguna air di Selangor kerana perkara yang lebih penting mereka perlu kelihatan seperti 'jaguh' dalam membela nasib rakyat. Bahkan, Syabas yang menerima pujian daripada banyak pihak kerana keupayaan dan kecekapannya menguruskan pembekalan air di Selangor, dituduh pula gagal melaksanakan tugas.

Lebih parah, Kerajaan Negeri Selangor sanggup memandang enteng amaran Kajian Sumber Air Negara mahupun kajian Syabas yang menunjukkan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Selangor pada 2013. Mereka mendakwa amaran ini hanya propaganda Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri Selangor dengan egonya, membuat kajian mereka sendiri dan mendakwa bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019 dengan mengambil kira sumber air yang luar biasa iaitu air bawah tanah dan air hujan!

Berdasarkan hujah dangkal ini, Kerajaan Negeri Selangor melengahkan penyelesaian rundingan penstrukturan semula industri air Selangor berhubung dengan pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang antara lain merupakan persiapan menghadapi krisis air di Selangor kurang tiga tahun lagi.

Kerajaan negeri dalam satu kenyataan media pada 1 September lalu, bertegas agar pelaksanaan Projek Langat 2 dilaksanakan pada 2019 dan menyarankan Kerajaan Persekutuan mengambil langkah tertentu seperti mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) dan pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Ironinya, dalam isu NRW, Syabas telah berjaya menurunkan kadar NRW daripada 42.78 peratus (semasa pengurusan air Selangor diselenggarakan oleh PUAS sehingga 1 Januari 2005) kepada 33.9 peratus pada Disember 2007.

Tahap ini masih dapat dipertahankan oleh Syabas sehingga 32.36 peratus pada Disember 2009, walaupun ketika itu program kerja Syabas untuk tempoh tiga tahun (dari 2008 sehingga 2010) tidak dapat dilaksanakan kerana arahan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang membekukan perbelanjaan modal.

Pembekuan ini akan ditarik balik selepas penstrukturan semula sektor air di Selangor selesai dilaksanakan. Isu pembekalan air bersih ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan sesuka hati oleh sesiapa pun, tidak kira pakatan pembangkang mahupun Barisan Nasional.

Jangan sampai dek kerana terpedaya dengan pemberian air percuma mahupun dolak-dalik politik dangkal untuk meraih populariti, akhirnya penduduk Selangor terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air.-UM

Suara Politik
Taminsari..

Selasa, November 09, 2010

60 Dalil Penyelewengan PAS!

Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?

1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.

10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.

11. KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

12. MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan.

13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.

15. CAKAP LAIN BUAT LAIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.

18. MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM
PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.

20. BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ‘Shit’.

21. PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan golongan mereka.

22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan.

23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.

24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN
Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.

25. ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.

26. MAHU TAPI MALU
PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan.

27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI
Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.

28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH
Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.

29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat.

30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya.

31. MENGHASUT RAKYAT
PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.

32. HANYA PANDAI MENGKRITIK
PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.

33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

34. TIDAK IKHLAS
Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.

35. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya.

36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN
PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.

37. KEBAJIKAN TERBATAS
PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.

38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA
PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

39. PERKARA-PERKARA KURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN
PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam.

40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT
PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga.

41. TIADA PERSEFAHAMAN
PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU
PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam.

43. MENGKHIANATI AMANAH
PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara.

44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA
PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain.

45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN
PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi.

46. JEMAAH HAJI TERTIPU
Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.

47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM
Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.

48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK
PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.

49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN
Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.

50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN
PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.

51. PENDIRIAN TIDAK JELAS
PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.

52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN
PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.

53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN
Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka.

54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN
PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim.

55. MEMENTINGKAN SIMBOL
PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam.

56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.

57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.

58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN
Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti lawan.

59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL
PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat.

60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM
PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.


Fikir-fikirkan lah..Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, November 05, 2010

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina!



















Tiada kuota dalam Perlembagaan

Akhbar China Press terbitan 29 Oktober lalu menyiarkan sebuah artikel yang menyentuh mengenai kuota bumiputera.

Artikel berjudul ‘Sistem kuota tidak ada kaitan dengan Perlembagaan’ itu ditulis oleh Loh Hon Chew. Menurut penulis itu, UMNO sepanjang Perhimpunan Agung yang baru selesai beberapa minggu lalu membuat pendirian jelas bahawa tidak akan berganjak langsung mengenai isu 30 peratus kuota saham kepada bumiputera.

Perkara ini sudah menjadi isu besar kerana orang bukan Melayu tidak percaya sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu masih gagal memenuhi kuota 30 peratus itu. Lebih membuatkan orang-orang bukan Melayu tidak percaya ialah penguasaan ekonomi orang Melayu hanya 19 peratus. Orang-orang Melayu sudah dibelai selama 40 tahun.

Mereka diberi keutamaan dan ditatang tetapi mendakwa hanya menguasai tidak lebih 20 peratus sahaja kekayaan ekonomi.

Dalam mempercayai hakikat ini, kita mengambil apa yang disebut oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, disebabkan orang-orang Melayu mahu cepat kaya, mereka menjual saham yang ada di tangan. Sebab itu mereka gagal menguasai saham sebanyak 30 peratus. Inilah yang menyebabkan ramai yang khuatir.

Jika dilihat dari sudut lain, orang-orang Melayu yang mendapat saham segera terlalu banyak dan seolah-olah tidak muat untuk diisi lagi.

Apabila mereka sudah menikmati rezeki yang melimpah-limpah, walaupun kuota saham mereka tidak sampai 30 peratus, tetapi kekayaan mereka sudah melebihi 30 peratus. Perkara ini langsung tidak disentuh dan cuba dielakkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Selain itu tulis Hon Chew, kuota 30 peratus juga bukan sahaja dilaksanakan pada permukaan seperti kuota saham. Ia juga melibatkan projek-projek kerajaan, pembekalan barangan, sektor perkhidmatan yang semuanya dikuasai oleh orang Melayu.

Sebenarnya semua keputusan dalam kerajaan dikuasai oleh birokrasi. Walaupun kuota 30 peratus dapat dihapuskan melalui undang-undang yang jelas, bidang-bidang yang dikuasai oleh orang-orang Melayu langsung tidak terjejas. Ia pasti melebihi kuota 30 peratus. ‘‘Sistem kuota tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan.

Dalam Perlembagaan langsung tidak ada perkataan ‘kuota’. Sistem ini hanya dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dalam perancangan pembangunan ekonomi mereka.

Sebab itu, isu-isu mengenai kuota boleh dibincangkan di khalayak umum. Sama ada sistem kuota mahu dihapuskan atau tidak, kuasa itu semuanya ada di tangan kerajaan. Lebih tepat boleh disebut bahawa kuasa itu terletak di tangan UMNO,” tulis Hon Chew.














Perkauman warnai PRK Galas dan Batu Sapi

Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini iaitu di Batu Sapi, Sabah dan Galas, Kelantan menarik perhatian Tan Zhao Lun yang menulis mengenainya seperti yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siangpao terbitan 31 Oktober lalu.

Menurut Zhao Lun menerusi artikelnya yang bertajuk ‘Permusuhan politik’, pilihan raya kecil itu akan tetap mengulangi taktik yang sama.

Baik Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, kedua-duanya tidak akan terkeluar daripada kotak isu perkauman. Sebelum musim berkempen dimulakan, parti-parti ini sudah melaungkan isu perkauman untuk memancing undi.

Jika kawasan itu mempunyai ramai pengundi Melayu, warna kulit calon perlu diperdebatkan terlebih dahulu.

Selepas itu, latar belakang kaum akan digunakan. Parti-parti ini akan mengatakan bahawa warna kulit bangsa itu tidak penting. Yang penting kualiti calon.

Mereka menggunakan pelbagai kitab yang termaktub dalam Perlembagaan untuk membuktikan calon-calon mereka bukan berfikiran perkauman dan mampu mempertahankan hak orang-orang Cina.

Pada dasarnya setiap kali pilihan raya umum atau kecil, yang amat menonjol ialah konsep dan semangat 1Malaysia. Ini kerana calon-calon dari kerajaan mahu pun pembangkang amat prihatin dengan perkembangan semua kaum.

Dalam akhbar Cina, jarang sekali terpapar gambar pemimpin Melayu yang berkunjung ke kuil-kuil Cina. Jika difikirkan, ini adalah satu lagi pakej kepada permainan ‘permusuhan politik’.

Melalui jurang perbezaan warna kulit dan agama yang berbeza serta layanan yang tidak adil, ia secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak puas hati kaum lain.

Ini kerana mereka mengambil kesempatan itu untuk menyerang kaum lain supaya mendapat habuan bagi kepentingan politik mereka. Inilah yang dinamakan permainan politik perkauman.

Semua pihak memainkan peranan yang sama dan terjerumus ke lembah yang sama. Jika mahu mendapatkan layanan yang adil, jangan membenci kaum lain.

Kita perlu benar-benar menjadi orang Malaysia, bukan untuk dipergunakan sebagai alat dengan kepentingan tertentu. Kita kena berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah serta sama-sama bersaing. Tidak hanya mahu merampas hak dan kepentingan orang lain.

‘‘Jika anda menganggap kami satu keluarga, sudah tentu kami juga akan menganggap anda sebahagian daripada keluarga kami. Tidakkah itu fakta yang paling mudah difahami?,” tulis Zhao Lun.

‘Penyakit’ kakitangan awam

LAPORAN Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini dikaitkan dengan sikap kakitangan awam seperti yang ditulis oleh Timbalan Editor Sinchew Daily, Lim Sue Guan. Artikel yang bertajuk ‘Penyakit yang lazim berlaku’ itu tersiar di ruangan pendapat akhbar berkenaan siaran 29 Oktober lalu.

Menurut Sue Guan, laporan audit baru-baru ini membongkar pembayaran berlebihan secara berleluasa termasuk kesalahan pegawai-pegawai kerajaan di sempadan. Pihak kerajaan dengan pantas memberi jawapan dan mengehadkan kakitangan kerajaan supaya tidak terlebih dalam membuat pembayaran.

Kerajaan juga memasukkan rasuah dalam Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). Ini menunjukkan kerajaan mengambil berat untuk membetulkan kesilapan. Tetapi dalam prosedur pentadbiran, jika tidak dilakukan dengan 100 peratus, ia tidak boleh menjamin kesalahan itu tidak berulang lagi.

Walaupun kerajaan menggunakan kaedah ISO, ia hanya akan menambahkan lagi tugas untuk menyiapkan kertas kerja. Ini mungkin akan menambahkan lagi birokrasi kerajaan.

‘‘Hari ini kakitangan awam berjumlah 1.29 juta orang. Cara mereka bekerja mengikut nafsu dan perasaan. Bukan mengikut cara peraturan yang ada.

Kaedah mereka meluluskan pun tidak jelas. Apabila disoal siasat, mereka dengan mudah menolak semua tanggungjawab itu. Sebab itu banyak perkara yang menyalahi undang-undang,” tulis Sue Gan.

Tulisnya lagi, jika perubahan ekonomi mahu dijayakan, kerajaan sepatutnya berpandukan kepada disiplin kakitangan yang kuat. Tidak ada cara lain lagi melainkan meningkatkan kualiti pengurusan.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, November 04, 2010

Keputusan rasmi PRK P185 Batu Sapi dan N45 Galas : Tahniah BN!


Syukur alhamdulillah...keputusan rasmi, BN menang di kedua-dua PRK P185 Batu Sapi dan N45 Galas!!!

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Linda yang bertanding di kerusi yang dikosongkan mendiang suaminya Datuk Edmond Chong memperoleh 9,773 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 sementara undi rosak adalah sebanayk 372 undi.

Manakala di Galas pula:


Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima (Pas) akibat kanser usus, akhir September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Che Hashim menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Bukti menunjukkan kembalinya semula kepercayaan rakyat kepada BN.

Penulis mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh jentera BN, para penyokong dan pengundi BN dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak diatas kemenangan BN ini.

Semuga ianya menjadi titik permulaan untuk kemenangan yang lebih besar di PRU ke-13 nanti. Teruskan momentum kemenangan ini. InsyaAllah.

Hidup UMNO..Hidup BN..

Suara politik
Taminsari

Rabu, November 03, 2010

N45 Galas : Berilah Abdul Aziz peluang berkhidmat kepada rakyat di Galas!

Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sampai ke penghujungnya hari ini dan esok penduduk di kawasan berkenaan akan keluar mengundi bagi menentukan siapakah calon pilihan mereka.

Sehelai kertas undi yang bakal dimasukkan ke dalam peti undi bakal menentukan wajah DUN Galas selepas ini, sama ada ia akan terus berada di takuk lama seperti mana di bawah Pas sebelum ini atau menikmati limpahan kemajuan melalui pelbagai program pembangunan yang dirancang oleh Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat.

Oleh itu, sebelum jari jemari pengundi memangkah calon mana yang mereka inginkan maka berfikirlah dengan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan. Apabila kertas undi sudah dipangkah dan kaki pun sudah melangkah meninggalkan pusat pengundian maka tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Justeru jangan sesekali melihat kertas undi yang diamanahkan kepada kita sebagai pengundi hanyalah sekadar sehelai kertas semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dianggap penentu kepada masa depan kawasan yang kita diami.

Sudah jelas, berdasarkan rentetan sepanjang kempen berjalan dan sejarah pentadbiran serta politik negara ini, pengundi Galas perlu mengembalikan kerusi DUN berkenaan kepada BN melalui wakilnya, Abdul Aziz Yusoff.

Ia kerana, ketika kawasan lain sedang memacu ke arah kemakmuran dan kesejahteraan, Galas tidak boleh ditinggalkan di belakang hanya semata-mata disebabkan ia dikuasai oleh Pas - sebuah parti yang hanya bijak berhujah di pentas ceramah tetapi tidak mampu merancang dan melaksanakan agenda demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk Galas tidak perlu terpedaya dengan mainan politik Pas yang sepanjang kempen berlangsung bukan sahaja hanya pandai memburuk-burukkan Kerajaan Pusat yang diterajui oleh BN tetapi juga cuba memainkan sentimen agama bagi menarik sokongan.

Hakikatnya, sebagai umat Islam sudah tentulah kita menyokong setiap perjuangan Islam tetapi perjuangan berkenaan bukannya bermaksud kita perlu menyokong membuta-tuli apa juga hujah yang dikeluarkan oleh Pas.

Perjuangan Islam yang sebenarnya ialah berusaha meningkatkan martabat bangsa dan agama itu tanpa meminggirkan kaum lain. Sementara maruah dan martabat Islam ditingkatkan serta kemajuan dinikmati selaras dengan kehendak Islam, tetapi dalam masa yang kita juga memastikan kaum bukan Islam turut menikmati kemajuan dan kemakmuran.

Inilah perjuangan yang dikehendaki Islam dan ia sedang dilakukan dengan gigih oleh UMNO yang menjadi tonggak BN. Pengundi Galas terutamanya orang Melayu perlu memahami, pendekatan Islam dan dakwah islamiah bukan melalui maki-hamun orang di pentas ceramah atau menabur janji-janji manis seperti mana dilakukan Pas yang mengaku memperjuangkan Islam.

Tetapi Islam menyeru umatnya meningkatkan martabat dan taraf hidup mereka melalui perancangan dan tindakan. Kalau sekadar bermodalkan air liur di atas pentas ceramah, Islam tidak akan ke mana, sebaliknya umat Islam akan terus mundur tidak akan mampu mengecapi apa-apa kemajuan.

Fikirkanlah, sepanjang kempen berlangsung tiada pemimpin BN termasuklah UMNO mencaci mana-mana pemimpin Pas. Apa juga kenyataan yang dibuat semuanya berlandaskan kepada fakta dan hasrat untuk melaksanakan program bagi memajukan rakyat Galas.

Namun ini tidak dilakukan oleh Pas yang bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa yang mereka lakukan hanya melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN - betul atau tidak soal kedua yang penting mewujudkan persepsi demi meraih undi.

Pengundi Galas diharapkan tidak terperangkap dengan taktik sama ada oleh Pas, PKR atau DAP. Agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang dirancang oleh BN di Galas tidak harus terbantut hanya kerana mainan politik pemimpin ketiga-tiga parti itu terutamanya dari luar.

Mereka itu hanya singgah di Galas untuk sementara dan akan meninggalkan kawasan berkenaan apabila misi memperdayakan rakyat berjaya tetapi bagaimana dengan penduduk Galas yang meneruskan kehidupan di kawasan berkenaan?

Oleh itu, berilah peluang kepada Abdul Aziz yang mewakili BN melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Amanah diberikan kepada beliau bukan kekal sehingga kiamat, sebaliknya boleh dikaji semula apabila pilihan raya umum nanti. Jika beliau berkhidmat dengan baik, kekalkanlah, jika tidak tolaklah, tetapi yang penting berilah beliau peluang terlebih dahulu.

ZULKIFLEE BAKAR

Suara Pilitik
Taminsari

Selasa, November 02, 2010

N45 Galas : BN bertanding demi rakyat, Pas bertanding untuk politik!

Secara kasarnya kita boleh katakan sebahagian besar daripada 11,553 pengundi di Galas, sudah mengenali dua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu pada Khamis ini.

Kedua-dua mereka ialah Abdul Aziz Yusoff yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Dr.Zulkefli Mohamed (Pas).

Dari segi latar belakangnya, Abdul Aziz merupakan calon muka baru yang kali pertama bertanding pilihan raya berbanding Dr. Zulkefli yang sudah dua kali tewas dalam pilihan raya umum iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Namun apa yang lebih utama ialah parti yang mereka wakili. Abdul Aziz mewakili sebuah parti yang sudah membuktikan kewibawaannya bukan sahaja mentadbir sebuah kawasan malahan seluruh negara sejak merdeka lagi.

Kemampuan BN dalam soal itu tidak harus dinafikan oleh sesiapa juga termasuklah Pas. Pengundi sudah melihat bagaimana Gua Musang turut menikmati pelbagai kemudahan dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan biarpun dikategorikan sebagai kawasan luar bandar.

Semua itu mampu dinikmati disebabkan BN sentiasa mengotakan janjinya dengan mengutamakan kepentingan rakyat. Kehadiran BN di dalam pilihan raya bukanlah semata-mata untuk merebut kuasa tetapi untuk memastikan rakyat termasuklah di Galas tidak ketinggalan dalam pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh BN.

Pendirian dan perjuangan BN jauh berbeza dengan Pas. Parti yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam itu hakikatnya tidak mampu berbuat apa-apa biarpun sudah diberi kuasa memerintah terutamanya di Kelantan selama 20 tahun.

Sebaliknya, Pas lebih banyak menuding jari menyalahkan orang lain termasuk kerajaan pusat bagi menutup kelemahan mereka dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila Pas sanggup 'menghalalkan' apa juga cara demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pilihan raya kecil di Galas bukanlah medan untuk menghantar isyarat kepada sesiapa tetapi ia berkaitan soal kesejahteraan hidup rakyat.

Tetapi malangnya Pas awal-awal lagi iaitu pada hari penamaan calon menyatakan akan menjadikan pilihan raya kecil berkenaan sebagai mesej penolakan rakyat kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Maknanya, Pas bertanding di dalam pilihan raya kecil itu bukanlah untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi demi mencapai cita-cita politik bagi merebut kekuasaan bersama-sama dengan rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP - sebuah parti yang menentang perjuangan Islam Pas.

Atas sebab itulah dalam kempen- kempennya Pas tidak menumpukan perhatian kepada apa yang boleh mereka lakukan kepada penduduk Galas.

Sebaliknya parti itu lebih selesa untuk membangkitkan isu-isu nasional yang sama sekali tiada kaitan dengan rakyat Galas. Misi mereka hanya mahu memburukkan kerajaan pusat yang diterajui oleh BN - itu sahaja.

Semua itu dilakukan kerana Pas memahami bahawa mereka tidak berupaya berbuat apa-apa jika berjaya mempertahankan kerusi tersebut, ini berbeza dengan BN yang sudah pasti mampu mengalirkan arus pembangunan dan kemajuan kepada penduduk Galas.

Program Perumahan Rakyat yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Gua Musang baru-baru ini sudah menjadi bukti betapa BN lebih menumpukan perhatian kepada soal kesejahteraan rakyat.

Ini belum lagi beberapa masalah rakyat yang akan diselesaikan oleh BN jika parti itu kembali menawan DUN Galas. Antara yang sudah pasti akan mendapat perhatian BN ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan hidup rakyat.

Oleh itu pengundi Galas tidak harus terus terperangkap dengan mainan politik Pas. Mereka perlu memikirkan dengan mendalam apa yang boleh Pas lakukan berbanding dengan kemampuan BN.

Kontroversi ladang rakyat dan janji pemberian tanah yang tercetus sudah menjadi bukti bahawa Pas hanya bijak berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya.

Justeru pilihan raya kecil pada Khamis ini perlu digunakan sebaik-baiknya oleh pengundi Galas untuk mengubah kehidupan mereka dengan memilih parti yang benar-benar berwibawa seperti mana dibuktikan oleh BN ketika memerintah negara selama ini.-UM

Suara Politik
Taminsari