Rabu, Mac 20, 2013

Nampaknya Jiwa Anwar gelabah hadapi PRU ke-13?



Isu terbaru 'iras tokoh pembangkang' yang disiarkan oleh harakah daily sebagai gambar 'Anwar' dimuat naik oleh rajagoyang 360.blogspot.com dengan aksi songsang seorang lelaki dengan pasangan lelaki lain.

Seperti biasa Anwar dengan segera menyatakan bahawa ini konspirasi jijik UMNO menjelang pilihan raya. Kalau Utusan Malaysia yang menyiarkannya, ia akan segera disaman tetapi tidak pula terhadap blog-blog lain yang menyiarkannya kecualilah blog 'nyamuk' PapaGomo yang baru disamannya sebanyak RM 100 juta!

Sememangnya sejak dari dahulu lagi Anwar sangat anti dengan 'gigitan' blog PapaGomo berikutan dari penyebaran video panas seseorang yang menyerupai seorang pemimpin melakukan adengan panas dengan seorang pelacur China yang mana video tersebut diakui 99% TULEN pakar luar negara!

Sesungguhnya Anwar sedang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jiwa yang gelabah. Ia tidak bersih dan kelihatan bersih dengan imej dan kredibiiti yang banyak menimbulkan persoalan.

Isu Lahad Datu juga 'dikaitkan' dengannya dan ternyata pihak keselamatan negara hampir berjaya menghadapi masalah yang berbangkit kerana pergolakan di Sabah tidak sampai memberi kesan kepada pilihan raya yang bakal mendatang.

Peristiwa di Lahad Datu memberi kesan dan momentum yang cukup bermakna kepada warga keselamatan dan juga masyarakat umum, dan sokongan yang luar biasa terhadap wira negara yang telah pergi amat dirasakan.



Banyak perkara pokok yang diperjuangkan oleh Anwar memberi kesan kepada masyarakat. Meski penyokong tegarnya mungkin tidak berubah kerana memiliki sifat 'mati rasa' tetapi kelompok simpatisan dan atas pagar yang penting dalam pengundian ternyata ada kesannya.

Isu pluralisme agama yang dibangkitkan oleh Anwar di London School of Economics 'menyamakan semua agama itu sama' masih belum selesai dibangkitkan di seluruh negara dan ia menjadi polimik berterusan.

Pendekatan liberal Anwar dalam agama terlihat dengan sikapnya terhadap kalimah Allah walaupun Majlis Syura Pas mengambil keputusan tidak membenarkan ia digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Anwar sebagai orang politik sepatutnya faham bahawa kalimah Allah adalah perkara sensitif bagi orang Melayu dan masyarakat Islam di rantau ini. Anwar pernah menjadi pemimpin gerakan Islam semasa dalam ABIM dulu. Apakah ia tidak berasa peka terhadap perkara ini khususnya dalam kalangan akar umbi Pas dan umat Islam yang lain.



Fahaman liberal yang dianut oleh Anwar menyebabkan beliau dikatakan 'amat simpati' dengan gerakan LGBT seperti kenyataan yang dibuat oleh anaknya Nurul Izzah semasa dialog di gereja tidak lama dulu.

Terus ditunggu oleh masyarakat ialah tidak sedianya Anwar menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad penulis buku Doctor Inside the House atau terjemahannya Doktor Umum kerana memuatkan bab-bab tentang dirinya. Salah satu bab yang ditulis sangat menyentuh kredibiliti Anwar.

Ia mengingatkan penulis tentang kenyataan Lee Kuan Yew suatu ketika dulu yang membuat kenyataan dalam Wikileaks menyatakan "He did it" atau "Dia melakukannya". Kenyataan ini adalah serius dan Anwar patut saman Kuan Yew.

Lebih jauh daripada itu Anwar wajib saman Datuk Eskay Abdullah yang menyiarkan gambarnya dengan perempuan Cina kerana ia sangat memalukan. Dan orang masih bertanya ke mana gerangan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar disimpan oleh Wan Azizah.




Orang yang cintakan integriti masih terus menunggu Anwar menyaman Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang sangat kontroversial mengenai peribadi Anwar supaya beliau membersihkan dirinya. Ia penting kerana Anwar dikatakan ingin menjadi Perdana Menteri.

Kesnya di Mahkamah Rayuan akan dibicara tidak lama lagi. Tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan kenyataan bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang berputar arah walaupun semasa perbicaraan ia terus berdiri bersama anaknya dan sanggup bertemu Yang di-Pertuan Agong mengenai kes anaknya. Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Kes ini juga terkait dengan peguamnya Yuktes Vijay yang mengeluarkan dua pucuk surat dan mencabar Anwar menyamannya. Yuktes musykil mengapa Anwar tidak berani memberikan keterangan cara bersumpah di mahkamah.

Apakah semua ini dan banyak lagi yang belum sempat dipaparkan menyebabkan Pas semacam merasakan ada perkara yang tidak kena kepada Anwar. Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pernah membuat kenyataan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya Anwar.



Ia amat bercanggah dengan pendirian awal pakatan pembangkang ingin menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang. Apakah Majlis Syura telah membuat keputusan terhadap isu ini. Kalau sekadar isu kalimah Allah rasanya Nik Aziz tidak akan menziarahi Karpal Singh baru-baru ini. Karpal masih berpendirian seperti yang dilafazkan di Parlimen suatu ketika dulu bahawa Anwar adalah "kaki liwat" dan ia tidak ditarik balik hingga kini.

Karpal Singh dan DAP semacam cenderung mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri. Karpal Singh terkenal sebagai orang yang ada kredibiliti. Mengapa dalam isu Anwar, Karpal menjadi lunak sedangkan jawatan Perdana Menteri memerlukan kredibiliti yang tinggi.

Ini yang menyebabkan Anwar berasa gelabah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana isu-isu dulu tidak terlerai dan isu-isu baru datang satu demi satu. Helah sedang dicari tetapi masyarakat umum mula mengerti siapa sebenarnya Anwar.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

yushero berkata...

ULASAN TERBAEKKK...TAHNIAHH