Jumaat, Mac 08, 2013

Bapa Saiful buat kenyataan U-Turn : Liwat II Adalah Konspirasi Politik?



Berita gempar ini dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.



Berikut adalah KENYATAAN MEDIA BAPA SAIFUL BUKHARI semasa membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah!

1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dengan kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.

2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

5) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

6) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja?

7) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.

8) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.

AZLAN MOHD LAZIM
11 Januari 2012



Sungguhpun Azlan Mohd Lazim adalah bapa kepada Saiful, namun penulis tidak berniat menyebut Saiful sebagai anaknya. Bapa apakah yang sanggup “menjual” maruah anaknya sendiri?

Saiful Bukhari bukan seorang penjenayah, bukan seorang perogol dan bukan seorang peliwat. Beliau hanyalah mangsa liwat yang mahu mencari keadilan untuk dirinya. Beliau melakukan segala-galanya untuk mendapat keadilan bagi dirinya, daripada membuat laporan Polis, memohon bantuan perlindungan orang politik kerana peliwatnya seorang yang ternama dan berpengaruh, sehinggalah kepada melakukan sumpah laknat.

Bagi seorang Islam yang waras akal fikirnya, mendapat pendidikan agama secukupnya, melakukan sumpah laknat merupakan satu kemuncak kepada segala usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya. Itulah yang terpaksa dilakukan oleh Saiful Bukhari untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia bukan seorang pelingpur lara atau penipu. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah.

Saiful Bukhari tentu tidak percaya bahawa selepas menjadi mangsa Anwar Ibrahim beliau akhirnya menjadi mangsa kepada bapanya sendiri. Azlan lebih mementingkaan persahabatan beliau dengan Anwar berbanding nasib dan maruah anak kandungnya sendiri. Bapa jenis apakah manusia bernama Azlan ini?

Azlan mendakwa tuduhan Saiful Bukhari ke atas Anwar satu fitnah dan konspirasi. Namun membaca laporan-laporan media termasuk Malaysiakini.com, ternyata tiada satu bukti pun dikemukakan oleh Azlan yang boleh mengukuhkan teori bahawa Saiful mereka-rekakan kejadian liwat tersebut. Apa yang ada hanyalah andaian dan kononnya penyelidikan beliau sendiri yang mendapati tuduhan tersebut tidak benar.

Jika benar beliau mengambil mendapat pelbagai maklumat semasa perbicaraan ini mengapa Azlan beria-ia mendesak Peguam Negara melakukan rayuan ke atas pembebasan Anwar?

Pemerhati politik tentu tidak dapat menolak fakta bahawa kemunculan Azlan Mohd Lazim melemparkan tuduhan ini sangat-sangat relevan kepada Anwar. Ketika ini Anwar sedang lemas berhadapan tuduhan-tuduhan ke atas beliau dan pemimpin Pakatan lain dalam isu Lahad Datu. Justeru ia memberi satu tanda tanya besar – ADAKAH AZLAN MOHD LAZIM DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK MENUTUP ISU LAHAD DATU YANG SEMAKIN MENGHIMPIT MEREKA?

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Selepas Melakukan Sumpah Laknat, Maka Jika Perkara Itu Tidak Benar, Maka Sumpah Itu Akan pergi kepadanya.

Sesungguhnya Allah SWT Naha Adil Lagi Maha Bijaksana.

Doa Orang Di Aniaya Memang Cepat Kabul.

Sebab itu saudara di atas 'Tidak Tenang' memikirkan nasibnya akan bertemu dengan manusia yang difitnahnya di akhirat kelak. Untungnya dia mendapat kifarah didunia, dapat lagi meminta maaf.

Kalau dah mati, amatlah susah meminta maaf dengan orang yang kita aniaya. Anwar Ibrahim untung berjuta orang aniaya dia. Banyak betul manusia dijumpainya di akhirat, walaupun Pahala yang lain sudah habis. Maka pahala terakhir seseorang adalah ilmu dan difitnah, mahupun di umpat.

Lailahailallah.

Aku tidak mahu fitnah Najib, mahupun sesiapa saja sebab aku tak lihat dengan kepala mata sendiri. Aku tak fitnah anwar sebab aku tak lihat dengan kepala mata sendiri. Hanya Allah SWT tahu apa aku buat dan apa mereka buat. Semoga Allah Beri petunjuk kepada Bangsa Ku agar Dapat Selamat Fitnah Dajjal dan sekutunya.