Selasa, Mei 17, 2016

Pakatan harapan dah jadi macam ‘Keluarga 69’?


Macam sudah jadi ‘Keluarga 69’ pula dah parti-parti yang ‘berpakat’ dalam pakatan harapan ini.

Sana sini gaduh. Bukan lagi ribut dalam cawan.Inilah agaknya ‘ketulahan’ ke­san kekalahan teruk DAP yang cuma menang tujuh daripada 31 kerusi ditandingi dalam pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lalu.

Ketika sekutu kuatnya, PKR masih berupaya mengekalkan tiga kerusi di sana, DAP sudah tidak mampu lagi menanggung rasa bimbangnya terhadap masa depan pakatan.

PAN diketuai Mohamad Sabu yang diharapkan menggantikan Pas, rupa-rupanya hanya ‘lebih sudu dari kuah’ sahaja. Ada hati pula nak ‘rampas’ calon kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Su­ngai Besar daripada Pas.

Beberapa hari selepas gagal di Sarawak, di negeri penguasaan DAP, Pulau Pinang pula berkocak.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana dikatakan menentang Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu projek penambakan laut, difahamkan di­tekan untuk mengubah pendirian mereka.

Bimbang dengan perpecahan pakatan itu di Pulau Pinang yang menjadi ‘pangkalan satelit’ DAP, lima ADUN PKR terbabit dipercayai ‘diperingatkan’ supaya patuh de­ngan kerajaan atau dipersalahkan atas perpecahan pakatan.

ADUN-ADUN PKR yang memutuskan berkecuali berhubung usul oleh UMNO mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang November lalu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr. Norlela Ariffin (Penanti) dan Dr. T. Jayabalan (Batu Uban).

Akibat tidak sehaluan ini jugalah pada Februari lalu, Chin Wen ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Kah Peng pula ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Dan barangkali kerana menyedari PKR dan PAN bukanlah gan­dingan secocok untuknya memulihkan imej yang tercalar teruk, DAP terpaksa menjilat kembali ludah sendiri mengajak Pas ke meja rundingan.

Ini semata-mata demi menjayakan hasrat DAP mencalar imej BN di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar setelah baru sahaja menang bergaya di Sarawak.

Namun, mahukah Pas kembali melutut kepada DAP, setelah bermacam-macam penghinaan, tohmahan dan kecaman diterima oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada Guan Eng dan konco-konconya.

Kecaman yang Abdul Hadi ‘bercakap tidak serupa bikin’ dan Pre­siden itu disifatkan Guan Eng sebagai ‘pengkhianatan bersiri’ serta ketidakupayaannya untuk mengotai janji-janjinya masih segar.

Dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak serasi, DAP sema­kin pening kepala. Adakah hubu­ngan Guan Eng-Mohamed Azmin demikian juga?

Pakatan harapan bergelora.

Tanpa Pas, pakatan berkecamuk.

Hilang arah tuju. 
Hanyut ke laut lepas.

‘Keluarga 69’ pakatan harapan


Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

PUTRA CHUBADAK berkata...

Apakah mereka ini (DAP/PKR/PAS/PAN) masih tidak sedar bahawa "kejadian" mutakhir itu adalah "perancangan" Allah SWT.Tengok sahaja apa yang terjadi kepada Mahathir yang telah dikutuk/dihina/diludah/dikahak/diberi berbagai gelaran oleh puak pembangkang yang SANGAT-SANGAT DAN TERAMAT-AMAT MEREKA BENCI hingga menerima gelaran THAGHUT....selama 22 tahun menjadi PM (BN) Mahathir sudah mula merepek/nyayok dan seolah-olah "berpuaka" hingga tidak sedar diri....Segeralah beristighfar sebelum terlambat......

ras abu berkata...

pakatan harapan dah jadi pakatan lintang pukang dan akan hancur dalam masa terdekat - Parti Mat Sabu PASTI akan berkubur terus

Master Sgp berkata...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082==313==669==888 _)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D





Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

MAGNUM / dijamin

100% jebol

Apabila ada waktu

silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082==313==669==888 _)))


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´
_ ¨`»082==313==669==888
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل