Mula sedar kempen memfitnah dan menanam tebu di tepi bibir tidak ‘dibeli’ rakyat Sarawak, pelbagai alasan mula dicipta dan belang masing-masing mula kelihatan apabila saling menuding jari menyalahkan sesama sendiri berikutan kekalahan memalukan itu.
Tidak mahu mengakui kesalahan sendiri, DAP menyalahkan sekutunya dengan mendakwa mereka tidak menghormati perjanjian yang ditandatangi oleh Pakatan Harapan untuk tidak bertembung sesama sendiri di mana-mana kawasan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilihat seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa pengundi Cina Sarawak sudah beralih arah dengan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), menjadikan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebagai punca kekalahan.
Katanya, salah satu punca kekalahan memalukan pakatan pembangkang pada PRN-11 adalah disebabkan pertembungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa kawasan.
“Sentimen pengundi akan jadi lebih baik bagi komponen pembangkang sekiranya tiada pertempuran antara DAP dan PKR sejak mula,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Sarawak di Kuching hari ini, yang dipetik dari beberapa blog berita pembangkang.
Akibat pertembungan antara DAP dan PKR itu, DAP kehilangan lima daripada 12 kawasan yang dikuasai mereka sebelum ini dan lebih memalukan itu merupakan jumlah tertinggi pakatan pembangkang kalah mengikut rekod.
Kegagalan DAP dan PKR mencapai kata sepakat sehingga bertembung sesama sendiri di enam kawasan ternyata menguntungkan BN apabila mereka kalah di kesemua kerusi tersebut.
Sebagai parti baharu yang mendakwa semakin mendapat sambutan rakyat, PAN yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya juga tersungkur apabila kalah di kesemua 13 kerusi yang ditandingi.
Dalam hal itu, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng pula menggunakan alasan dangkal apabila menyalahkan populariti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem selain politik wang sebagai faktor kemenangan BN.
Beliau mendakwa punca kehilangan lima kerusi DAP di Sarawak adalah kerana populariti Adenan mengaburi tindakannya menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak.
“Populariti peribadi Adenan mengatasi segala tindakannya yang tidak disenangi seperti menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak. Kewujudan politik wang juga mengganggu prestasi kami,” katanya.
Katanya, parti akan menjalankan bedah siasat dan menunggu laporan dari DAP Sarawak atas kekalahan itu, termasuk kegagalan mereka untuk membawa sebarang kemajuan di kerusi Dayak di luar bandar.
Menyedari PAN gagal menarik pengundi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang semakin terdesak membuat pusingan U apabila mengajak Pas untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
“PAN dan Pas harus terus mara bersama PKR dan DAP. Kekalahan teruk pada PRN-11 jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka,” katanya.
Tidak cukup saling menuding jari sesama mereka, walaupun agak pelik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Bersih pula menyalahkan peningkatan kadar peratusan keluar mengundi yang dikatakan naik ‘mendadak’ pada petang hari berkenaan.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan