Seorang wakil rakyat Kerajaan DAP Pulau Pinang mempersoalkan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) yang sering diuar-uarkan kerajaan negeri.
Malah, Ong Kok Fooi (DAP-Berapit) turut mempersoalkan slogan Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat (PPBHJ) berikutan cadangan tambak laut yang memberi impak kepada rakyat dan dibimbangi memberi keuntungan hanya kepada golongan kaya.
Menurutnya, beliau tertanya-tanya sama ada slogan tersebut yang dilaungkan sejak kira-kira lapan tahun lalu benar-benar dipraktikkan oleh kerajaan negeri.
Ini kerana, jelas beliau, apa yang dapat dilihat rakyat khususnya penduduk di kawasan yang diwakilinya, masih terdapat banyak kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Sebagai contoh, banyak aduan rakyat di kawasan saya tidak diambil peduli, jalan raya selalu ada kemalangan maut dan kebersihan kawasan saya juga tidak dijaga dengan memuaskan,” katanya dalam sidang DUN di sini.
Ong Kok Fooi
Beliau berkata demikian sewaktu mencelah jawapan lisan Datuk Mohd. Rashid Hasnon (PKR-Pantai Jerejak) berhubung sejauh mana keberkesanan slogan PPBHJ yang diamalkan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Kok Fooi turut melahirkan rasa bimbang dengan kenyataan Mohd. Rashid yang mana kerajaan negeri tidak meletakkan apa-apa sasaran atau indeks petunjuk pretasi (KPI) pelaksanaan slogan tersebut dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Apakah Kerajaan DAP Pulau Pinang mencapai prestasi polisi-polisi itu jika dibuat perbandingan dengan kawasan pulau dan Perai?
“Saya memerlukan jawapan ini untuk disampaikan kepada penduduk kerana pada hakikatnya ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati,” katanya.
Suara Poltik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan