Membangkitkan perkara itu, Pengerusi Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan mempersoalkan, di sebalik hak untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman, penganjur Bersih 4.0 termasuk pemimpin DAP sendiri telah mengawal peserta-peserta Bersih 4.0 untuk ‘kencing dan memijak’ gambar-gambar pemimpin kerajaan dan parti terbabit.
Datuk A. Chandrakumanan
“Kamu cakap Himpunan Rakyat Bersatu atau kumpulan Baju Merah akan membuat provokasi, tetapi daripada mana provokasi itu bermula? Kamu telah pecahbelahkan kaum jika dilihat dari Bersih 4.0 dengan hanya 10 peratus sahaja penyertaan orang Melayu tetapi sebahagiannya penyokong Cina DAP.
“Tindakan kencing dan pijak gambar pemimpin adakah budaya kita? Oleh kerana siapa provokasi ini? Oleh penyokong Cina DAP. Kalau DAP tidak menghasut penyokong Cina mereka secara maksimum, ini tidak akan berlaku.
“Mengapa dulu Bersih 4.0, pihak berkuasa kata jangan buat masa menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015, kamu tetap buat, mengapa dulu diminta buat dalam stadium, masih tetap buat di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan berkepentingan Melayu? Ini bila ‘kumpulan Baju Merah’ mahu buat pada sambutan Hari Malaysia nanti, kamu pula boleh kata ini suatu bentuk provokasi,” kata beliau kepada pemberita hari ini.
Chandrakumanan turut mempersoalkan kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua supaya pihak polis membiarkan sahaja Himpunan Rakyat Bersatu berlangsung.
“Apa motif dia berkata begitu? Adakah akan datang seseorang menyamar dengan memakai baju merah, seterusnya mencetuskan pergaduhan?
“Adakah kerana elok ‘dibiarkan’, maka nak kacau, provokasi atau salahkan kerajaan jika sesuatu berlaku? Sudahlah himpunan Bersih 4.0, kamu (penganjurnya) letakkan semua tanggungjawab kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuklah sehingga soal sampah-sarap yang berterabur selepas himpunan itu, tetapi bila masa kamu, kamu ambil kesempatan, bila masa orang, kamu salahkan mereka pula,” kata beliau.
Beliau turut mengajak rakyat negara ini supaya bersyukur atas nikmat kestabilan dan keamanan yang dikecapi Malaysia sehingga hari ini.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan