Ahad, Ogos 17, 2014

MB Khalid buat aduan pemecatan kepada ROS!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan aduan mendakwa pemecatannya daripada PKR bertentangan dengan Perlembagaan parti itu. Aduan itu dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), menurut beberapa portal berita.

Aduan yang difailkan menerusi Bon Advocates pada Khamis menggariskan beberapa perkara termasuk saranan Khalid supaya ROS menyiasat jika Jawatankuasa Disiplin PKR dan Majlis Pemimpin Pusat parti itu menyalahgunakan Perlembagaan parti ketika memecat beliau.



Difahamkan, jika aduan Khalid ini terbukti benar, PKR mungkin perlu didaftarkan semula.

Peguam Khalid, New Sin Yew dilaporkan berkata, menteri besar itu tidak menerima sebarang maklumat awal berhubung ahli yang akan hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Disiplin terbabit.




Adalah didakwa, mengikut Perlembagaan parti, mesyuarat jawatankuasa itu perlu dihadiri enam ahli. Sehubungan itu, ROS digesa supaya menyiasat jumlah kehadiran ahli pada mesyuarat itu.

PKR memecat Khalid pada Sabtu lalu kerana enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: