Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Jun 14, 2014
Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Alvin Tan?
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog Alvin Tan setelah tertuduh gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah yang sebelum ini diberikan untuk tujuan penggambaraan di Singapura.
Alvin dan rakannya Vivian Lee menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.
Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Mohon Laluan Tuan.. PEMBELA membuat laporan polis mendesak Peguam Negara disiasat dan digantung tugas...
http://www.bangkit.info/2014/06/laporan-polis-pembela-desak-peguam.html?showComment=1402708342651#c5571622711194579394
Catat Ulasan