Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Disember 10, 2013
Benarkah Singapura Bukan Lagi Negara Selamat?
Rusuhan yang berlaku di kota Singapura pada hujung minggu lalu amat-amat mengejutkan kita semua kerana selama ini kita diuar-uarkan kononnya negara Singapura adalah negara yang paling aman di dunia, negara paling selamat di dunia dan negara yang paling ‘security’ di dunia.
Namun, apabila melihat kenderaan Polis Singapura diterbalikkan, kenderaan Ambulance Sigapura turut dirosakkan, cermin bas dipecahkan dan paling tidak masuk akal 10 anggota Polis Singapura cedera, juga gambaran ahli paramedik Singapura melarikan diri, membuatkan kita menggeleng-geleng kepala.
Kita dapat lihat bagaimana perusuh-perusuh itu memecahkan cermin bas dan kenderaan persendirian yang lain. Lihatlah bagaimana perusuh menterbalikkan kenderaan Polis Singapura! Pasukan keselamatan Singapura tidak dapat berbuat apa-apa, mereka gagal menyelamatkan kenderaan Polis mereka sendiri! Bayangkan jika perkara seperti ini mereka gagal hadapi, bagaimana pula jika jumlah perusuh itu mencecah 50,000 dan 100,000 orang. Adakah Singapura mampu menanganinya? Mungkin kita akan kata mereka kurang yakin!
Gambaran ini sebenarnya membuktikan bahawa Singapura bukanlah sebuah negara yang selamat diduduki, kurang selamat untuk berniaga dan kurang selamat untuk dilawati. Kerana bila-bila masa, negara Singapura boleh menjadi 'negara terbakar' dalam sekelip mata. Singapura gagal mengawal rusuhan yang hanya kira-kira 400 perusuh sebagaimana dilaporkan media.
Indah khabar dari rupa, Singapura hanya aman di persepsi dunia, tetapi hanya “sepetik” senggolan, sudah bisa menjadi kacau-bilau dan menakutkan.
Kelemahan Perdana Menteri Singapura
Ternyata, Perdana Menteri Singapura hari ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang menyakinkan. Dia tidak seperti bapanya, di mana bapanya telah berjaya menghapuskan sesiapa sahaja yang boleh menghancurkan keamanan negara Singapura, bapanya berupaya mematikan api kecil sebelum merebak menjadi besar, bapanya mempunyai satu method yang konservatif tetapi berjaya iaitu pastikan pihak musuh dan pihak pembangkang semakin lemah dan kecil.
Kelemahan pasukan risikan negara Singapura terbukti apabila rusuhan yang menjelekkan muka Singapura di mata dunia itu tidak berjaya dikesan dari awal. Kita yakin, selepas ini ranking Singapura sebagai sebuah negara yang selamat akan dipertikaikan dan merudum.
Kelemahan, kelewatan dan kegagalan Singapura mengawal insiden tersebut membuka mata kepada seluruh dunia bahawa keselamatan di negara Singapura telah menjadi persoalan besar! Kini, pelabur sudah pasti akan bertanya masa depan perniagaan mereka di negara kecil Singapura itu.
Dan sebagai jiran paling penting, Malaysia harus memikirkan semula halatuju dan masadepan hubungan baharu dengan Singapura khususnya dalam aspek ancaman keselamatan global dan serantau di selatan tanah air kita!
Kita jangan menunggu rusuhan di Singapura berjangkit ke Malaysia dan baru hendak mengambil tindakan, sebaliknya pasukan keselamatan Malaysia di sempadan hendaklah berwaspada di sepanjang sempadan Malaysia-Singapura. Selepas melihat kegagalan pasukan keselamatan Singapura merisik dan mengawal rusuhan itu, kita semakin kurang kepercayaan kepada aspek ‘security’ oleh negara Singapura!
Kini, Singapura tidak lagi boleh diharapkan sebagai sebuah jiran yang aman dan selamat. Insiden rusuhan di Singapura membuktikan, bila-bila masa Singapura boleh menjadi lebih buruk daripada itu. Dan juga, risikan negara Singapura yang berkiblatkan Israel bukanlah yang terampuh sebagaimana digembar gemburkan. Terbukti kini, negara Singapura adalah negara yang lemah menjelang episod baharu abad ke 22.
Singapura hari ini bukan lagi Singapura yang dahulu.-AIDC
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan