Selasa, November 05, 2013

Apabila Karpal semakin sewel - Cadang batalkan pendaftaran parti berasaskan kaum?


Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.

"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya," katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Karpal berkata pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

"Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini," katanya.

Nasihat buat Karpal, kalau dah dasar 'menumpang' buatlah cara menumpang dan tak perlu nak ajar 'tuan rumah'? Jangan lupa perpaduan yang telah dirosakkan teruk oleh Pakatan Pembangkang! Ada faham ka Karpal?

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Meow Bergaya berkata...

Ada sesiapa berani suruh Karpal cadangkan 'batalkan atau tutup sekolah2 yang berasaskan kaum'?

"Sekolah seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan sekolah seperti ini,"

usin berkata...

Elok tu, cadangan yang mulia dari si raja putar-belit karpal singh. Bagus juga dicadangkan HAPUSKAN sekali semua bentuk dan semua jenis sekolah vernakular. Tak perlu ada sekolah cina dan sekolah tamil di Malaysia kerana sekolah ini adalah sarang pembentukan fahaman rasis dan komunis. Aku mohon si karpal kepilkan sekali cadangan aku ni. Terbaiklah karpal....porahhh cittt!!!!