Sabtu, Julai 06, 2013

Tangani Diskriminasi Terhadap Melayu-Islam?


Sebuah syarikat telekomunikasi swasta asing yang berpangkalan di Cyberjaya diketahui mengajak dan menggalak beberapa eksekutif Melayu-Islam ke gereja. Walaupun berat hati dan tidak rela, mereka berasa begitu tertekan kerana bimbang ada implikasi ke atas karier jika tidak mengikut kehendak majikan. Perkara ini telah berlarutan sekian lama. Sehinggalah, ada seorang yang berani membuat laporan kepada jabatan sumber manusia syarikat tersebut dan juga kepada Jabatan Agama Islam Selangor. Seterusnya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis USJ, Petaling Jaya pada 16 Mac 2012.

Apabila pihak majikan menyedari kes ini, mereka mengenal pasti staf yang telah membuat laporan-laporan tersebut lalu beliau dibuang kerja. Kes ini dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pada 4 April 2012. Saya kurang pasti bagaimana syarikat tersebut, Jais atau pihak polis mengendalikan kes ini atau apa kesudahannya.

Beberapa hari lalu, timbul pula berita perihal pengalaman wanita Melayu-Islam yang dipaksa membuka tudung dan memakai skirt sebagai syarat diterima bekerja di sebuah syarikat rangkaian foto bukan Islam. Sebelum ini pun, kita pernah mendengar atau membaca pengalaman orang Melayu-Islam yang tidak diterima bekerja kerana tidak boleh berbahasa Mandarin atau mengalami kesukaran di tempat bekerja kerana tidak dibenarkan bersolat pada waktu solat. Berkaitan hal ini, masyarakat Melayu di negara ini umumnya berasa cukup aib dan marah apabila ada pihak yang mempertikai masjid memperdengarkan azan ketika masuk waktu solat, atau mahu diberi kebenaran guna kalimah ALLAH dalam kitab mereka.

Kedai gambar FOTO ZZOOM di simbah cat merah gara-gara tidak membenrkan wanita muslim tutup aurat!

Sekali fikir, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di Malaysia. Ini bukan negara di mana orang Melayu-Islam adalah minoriti seperti di Singapura, Thailand, Hongkong, Jepun atau Korea. Kes diskriminasi yang teruk biasa kita dengar berlaku ke atas penduduk beragama Islam di banyak negara yang mana bilangan mereka sedikit atau berstatus pendatang. Misalnya di Perancis, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, kita dengar dan baca bagaimana orang Islam didiskriminasi di tempat tinggal atau tempat kerja kerana pakaian, bahasa dan cara mereka mengamalkan budaya dan agama.

Ada yang dicerca, dipulau malah ada yang menjadi mangsa keganasan fizikal. Masjid dibakar atau dirosakkan. Lebih buruk, di Myanmar dan Xinjiang, ribuan orang Islam telah dibunuh atau tercedera kerana diserang dan kediaman mereka dibakar. Ratusan ribu lagi jadi pelarian atau orang tidak bernegara. Dosa mereka adalah kerana dilahirkan sebagai orang Islam di negara bermajoriti Kristian, Buddha, Hindu atau komunis, justeru menjadi minoriti yang tidak diberi pengiktirafan, hak atau diterima sebagai warganegara.

Berbalik kepada isu pokok. Orang Melayu-Islam di negara ini bukanlah jenis yang rasis. Tapi janganlah dicabar maruah mereka. Jagalah sensitiviti agama dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Semua faham latar belakang sejarah Malaysia, serta sumbangan rakyat pelbagai kaum dalam perjuangan mencapai dan mengisi kemerdekaan sehingga ke hari ini. Asas kejayaan, perpaduan dan pembangunan masyarakat dan negara adalah konsep perkongsian kuasa dan prinsip demokrasi yang diamalkan pemerintah serta sikap saling menghormati dan kerjasama antara satu sama lain.

Cauvinisme dan sikap rasis yang ditunjukkan apabila mengenakan syarat-syarat tidak munasabah untuk ambil orang Melayu-Islam bekerja bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan, hak kebebasan beragama dan semangat muhibah, malah menghina dan mencabar maruah orang Melayu-Islam. Ibarat ada majikan Melayu-Islam mengenakan syarat mesti fasih berbahasa Melayu, pandai menulis Jawi dan pakai tudung atau baju Melayu terhadap pemohon orang Cina atau India yang beragama Buddha, Kristian atau Hindu.

Ekoran kemarahan dan ketidakpuasan hati di kalangan sebahagian masyarakat Melayu-Islam terhadap sikap cauvinisme dan diskriminasi yang ditunjukkan sesetengah syarikat atau majikan Cina, ada yang menuntut mereka memohon maaf atas kebiadaban dan sikap keterlaluan sebegini serta pemboikotan produk dan perkhidmatan syarikat milik Cina. Tindakan ini tentunya memburukkan lagi keadaan dan menyukarkan usaha kerajaan mencapai penyatuan nasional selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru lalu. Namun, elok jugalah jika syarikat dan majikan bukan Islam lebih sensitif dalam hal-hal seperti ini.

Sumber : DR MASHITAH IBRAHIM

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

superadv711 berkata...

Iklankan Bisnes Anda Di Sini: www.adv711.com

IKLAN YANG MENDATANGKAN PENDAPATAN

MAHUKAH ANDA - IKLAN ANDA DIBAYAR?

@ Dibayar Tanpa Iklan? Seperti Ini?

PENDAPATAN BULANAN ANTARA 3K - 7K

IKUT CARA KAMI, SISTEM KAMI, USAHA ANDA !!!

Hubungi Dan Daftar Sekarang www.adv711.com

ID SPONSOR superadv711

SMS NAMA DAN LOKASI ANDA KE 019 975 9916

Asal Bukan DAP (ABDAP) berkata...

Sekarang syarikat2 Muslim yang mengambil pekerja2 wanita bukan muslim... wajibkan mereka yang berjaya mendapat pekerjaan di syarikat muslim memakai pakaian yang menutup aurat.. apa macam? cantik tak idea aku....