Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Julai 02, 2013
Karpal Karam Singh harus bertaubat?
Gesaan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh agar bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla harus meminta maaf secara terbuka daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya boleh menjejaskan pakatan pembangkang sungguh tidak masuk akal sama sekali.
Karpal, yang ditemui pemberita dalam satu sidang media di Pulau Pinang semalam berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum kenyataan yang dikeluarkan Jusuf juga boleh menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.
Sebelum ini, Jusuf juga mendakwa Anwar telah mengingkari perjanjian (usulan Anwar sendiri) dengan Najib sesiapa yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu harus menerima kekalahan dengan terbuka.
Jusuf juga mendedahkan pihak pembangkang menerusi Anwar telah mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan PRU-13.
Pada pandangan Jusuf, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.
"Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan kerana jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," kata Karpal lagi.
Bagaikan tak sedarkan diri atau buat-buat tidak tahu, Karpal dengan nada yang sinis menggesa agar Jusuf supaya, "menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu".
DI LIHAT GESAAN KARPAL AGAR JUSUF KALLA MEMOHON MAAF DARI ANWAR TAK MASUK AKAL SAMA SEKALI & SEPATUTNYA BELIAU MENASIHATKAN ANWAR AGAR MINTA MAAF DARI PM, DATO' SERI NAJIB & RAKYAT MALAYSIA KERANA MELANGGARI PERJANJIAN YANG TELAH DIUSUL OLEH ANWAR SENDIRI!
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan