Khamis, Julai 18, 2013

Anwar terdesak di Dewan Rakyat dakwa Jusuf Kalla saman BH?


Sidang Dewan hangat seketika apabila ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menempelak Anwar Ibrahim yang mendakwa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menghantar empat surat bantahan kepada akhbar ini kerana mendakwa artikel yang disiarkan berkaitan bantuan dana asing untuk perhimpunan Black 505, bersifat fitnah.

Beliau berkata demikian apabila Ketua Pembangkang ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Rakyat semalam, mendakwa kenyataan Jusuf yang disiarkan oleh portal berita Merdeka Online diputar belit oleh BH sehingga mahu menyaman akhbar ini.


" Saya tanya dan apabila diperiksa hingga ke bahagian undang-undang (akhbar BH), tidak ada satu pun nota bantahan diterima,” Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas

Tak terima nota bantahan

“Saya tanya dan apabila diperiksa hingga ke bahagian undang-undang (akhbar BH), tidak ada satu pun nota bantahan diterima,” katanya yang sebelum itu meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bentuk pemantauan ke atas badan bukan kerajaan (NGO) yang mendapat bantuan dana asing dalam aktiviti mereka di Malaysia.

Dalam perbahasannya, Anwar membangkitkan semula isu berkenaan dengan mendakwa Jusuf menerusi SMS memaklumkan kepada beliau bahawa empat surat bantahan dikemukakan kepada BH, masing-masing kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pengarang, Eksekutif BH dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar ini.

Minta BH jawab isu

Sambil mendakwa turut bertemu Jusuf di kediamannya di Segambut kelmarin, Anwar memaklumkan kononnya pemimpin Indonesia itu akan menyokong serta membantunya dalam saman terhadap BH, selain meminta akhbar ini menjawab isu itu di mahkamah tidak lama lagi.


Pada 28 Jun lalu, BH memetik laporan Merdeka Online berhubung kenyataan Jusuf bahawa siri perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibiayai pihak asing.

Terdahulu dalam soalan tambahannya, Reezal bertanya sama ada KDN pernah menjalankan siasatan terhadap dakwaan Jusuf yang dibuat dalam satu temubual ekslusif, bahawa dana itu dari Filipina, Amerika Syarikat dan Turki yang turut dikaitkan dengan individu tertentu seperti pemimpin parti politik.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat transaksi wang merentasi sempadan, namun jika ada siasatan dilakukan pihak berkuasa lain, ia mungkin mengambil masa.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: