Rabu, Julai 17, 2013

#PRK Kuala Besut : Pak Mustopa perlu buktikan didalam gambar ini bukanlah beliau sebelum nak memfitnah calon BN?



PAS melalui Setiausaha Agungnya, Mustaffa Ali mungkin sudah kehabisan modal sehingga sanggup membuat fitnah mempertikaikan tempat kelahiran calon BN, Tengku Zaihan Ustaz Che Ku Abdul Rahman! Bagi penulis perkara ini tidak menjadi masalah besar kerana selama ini pun pemimpin PAS yang menang dalam pilihanraya atau yang bertanding tapi kalah, sesetengahnya bukanlah anak tempatan!

Ambil contoh paling mudah Penyelaras PRK PAS Kuala Besut sendiri iaitu Husam Musa yang bertanding di Putrajaya pada PRU ke 13 baru-baru ini! Adakah Husam anak jati Putrajaya? Jadi apa masalahnya jika calon BN bukannya anak tempatan seperti apa yang dinafikan oleh Mustaffa Ali! Kalau Tengku Zaihan sudah lama bermaustatin di Kuala Besut dan ingin menabur bakti kepada rakyat tempatan, adakah ianya satu kesalahan.

Yang penting sekarang adalah Mustaffa Ali sendiri! Dibulan yang mulia ini, beliau perlu bersumpah dengan memegang Al-quran di dalam mana-mana masjid di Kuala Besut bagi menafikan yang 'lelaki' di dalam gambar diatas bukanlah beliau? Mustaffa Ali janganlah cuba nak divert isu yang remeh temeh semata-mata nak alihkan isu yang beliau sendiri cari pasal.

Rakyat tak buta untuk menilai siapa 'pelakon' sebenar di dalam gambar diatas! Tak baik nak tambah dosa dengan membuat fitnah di bulan puasa ini. Sebaliknya renung pada diri sendiri diatas dosa besar yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah swt mengetahui apa yang anda telah lakukan. Bertaubatlah dan kembali kejalan yang benar! Gunakanlah bulan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya untuk membersihkan diri!


Kepada Tengku Zaihan dan keluarga tidak perlulah gusar kerana rakyat sudah bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata! Calon PAS Che Long sendiri sekarang ada 54 saman trafik yang tidak dijelaskan selama 14 tahun. Kebanyakan kenderaan yang dikenakan saman adalah menggunakan nombor pendaftaran Kelantan. Kalau benar Che Long anak jati Kuala Besut, kenapa tidak menggunakan nombor pendaftaran Terengganu! Dari sini kita dapat lihat kesetiaan seseorang itu terhadap negerinya. Baca di sini.

Tengku Zahrin Che Ku Abdul Rahman meminta pihak yang menfitnah adiknya, Tengku Zaihan Ustaz Che Ku Abdul Rahman (calon BN PRK Kuala Besut) bukan kelahiran Kuala Besut supaya menarik balik kenyataan itu.

Beliau berkata, ibunya sendiri semalam telah membuat penjelasan bahawa adiknya itu Tengku Zaihan adalah anak jati Kuala Besut dilahirkan di Kampung Nail, Kuala Besut.

Tengku Zahrin telah menunjukkan tapak rumah lama ibubapanya di Kampung Nail serta sungai Nail tempat adiknya Tengku Zaihan bermain-main dan mandi-manda semasa kanak-kanak.

Baru-baru ini, Setiuasaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali menyatakan bahawa calon BN Tengku Zaihan bukan kelahiran Kuala Besut.
Kenyataannya itu dibuat dalam satu sidang akhbar berasaskan apa yang dia dengar dari orang ramai bercakap.

Bagi Tengku Zahrin, kenyataan dari ibunya dan keluarganya sendiri adalah kebenaran, mengapa harus dipercayai pihak lain.
Sehubungan dengan itu beliau berharap pihak tertentu menarik balik kenyataan menfitnah adiknya itu supaya tidak timbul kekeliruan para pengundi di Dun Kuala Besut.

“Yang benar tepat benar, fakta tidak boleh dipinda lagi,” katanya yang menyatakan bahawa seluruh ahli keluarganya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi memberi sokongan kepada adiknya Tengku Zaihan, sebagai calon BN untuk memenangi PRK Kuala Besut.



Calon PAS iaitu Che Long sebenarnya tidak menyumbang kepada PAS DUN Kuala Besut dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, sebaliknya beliau sebagai anak jati Kuala Besut berkempen untuk Husam Musa yang bertanding di Parlimen Putrajaya.

“Umum mengetahui bahawa Che Long yang digelar “bank PAS” merupakan jentera dan juga penyumbang utama kepada kempen politik Husam. Ianya amat terserlah apabila Husam bertanding di kerusi parlimen Putrajaya di mana Che Long meninggalkan kampung halaman bersama jenteranya untuk berkempen bagi pihak Husam di Putrajaya.

“Maka tidak menjadi sesuatu yang peliklah sekiranya Husam sebagai pengarah PRK N01 Kuala Besut bagi pihak PAS menamakan Che Long sebagai calon.

“Apa yang lebih mengejutkan lagi dalam satu termuramah yang dibuat oleh BuletinOnline (media pro pembangkang) bahawa Che Long akan menggajikan orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana beliau sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya amat sibuk.

“Kenapa agaknya Che Long lebih utamakan perniagaannya daripada berkhidmat untuk rakyat? Mungkinkah kerana dialah sumber kewangan utama kepada kempen politik Husam? Jika sekiranya dia berkhidmat untuk rakyat maka tumpuannya kepada perniagaannya akan berkurangan maka mungkin berkuranglah sumber kewangannya,” lapornya. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: