Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Julai 01, 2013
Pekerja wanita bergama Islam berhak pakai tudung...!!! Apa hal DAPig pertikaikan sekarang?
Semua majikan di negara ini mesti memahami bahawa wanita Islam berhak memakai tudung bagi melaksanakan kewajipan mematuhi perintah agama menutup aurat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, segelintir majikan meletakkan syarat pekerja wanita yang beragama Islam dikehendaki membuka tudung kerana kurang faham tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Menurut beliau, tindakan majikan meletakkan syarat tersebut perlu diperbetulkan walaupun insiden sedemikian disifatkan sebagai kes terpencil.
Bila kita faham kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh hak dan agama masing-masing.
Saya minta pihak berkuasa agama Islam memperjelaskan kepada pihak majikan berhubung kewajipan wanita Islam memakai tudung," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembentangan Dapatan Kajian Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Dah mula ke zaman 80-an balik.. Byk majikan bukan Islam memaksa wanita melayu Islam buka tudung jika mahu bekerja dengan mereka..
Catat Ulasan