Selasa, Julai 16, 2013

Akhirnya MCA dan DAPig bersatu - Apa sudah jadi dengan laporan THE STAR?


MCA dan DAP menentang langkah untuk menjadikan kursus Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) sebagai mata pelajaran wajib di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Mereka berkata subjek tersebut seharusnya diperkenalkan sebagai subjek elektif dan mewajibkan ia kepada bukan Islam adalah tidak adil.

Menjadikan kursus tersebut sebagai mata pelajaran wajib di kalangan orang bukan Islam adalah langkah yang membelakangkan keharmonian negara," kata Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu.

Gan menegaskan rakyat Malaysia diberi jaminan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook (DAP - Seremban) berkata, kursus Titas adalah digalakkan tetapi tidak diwajibkan.

"Langkah untuk menjadikan kursus itu mata pelajaran wajib akan memberi gambaran negatif di kalangan pelajar dan mereka akan dipaksa untuk mengambil kursus tersebut," katanya.


Beliau juga menegaskan DAP tidak menentang Islam walaupun mereka membantah langkah menjadikan Titas sebagai kursus wajib.

"Pemahaman tentang budaya dan tamadun lain perlu dipupuk dari bangku sekolah dan tidak boleh dilakukan secara paksa," katanya.

Beberapa pengendali universiti swasta mempertikaikan langkah tersebut dengan berkata subjek wajib yang baharu itu akan memberikan lebih tekanan kepada pelajar dan ia memerlukan kajian kerana akan diajar dalam Bahasa Malaysia.

Sementara itu, ada di antara mereka berpendapat langkah tersebut akan membawa kepada pengharmonian pendidikan tinggi di sini dan Titas bukan bermaksud belajar agama tetapi mempelajari perbandingan dan persamaan tamadun Asia serta nilai-nilai yang baik.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan di Parlimen pada Khamis bahawa Titas akan diwajibkan untuk pengambilan baru pelajar di IPTS tempatan mulai 1 September.

Muhyiddin berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyeragamkan keperluan antara universiti swasta dan awam, dengan mengambil kira kajian keperluan pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa.

Titas adalah salah satu daripada tiga mata pelajaran yang perlu diambil oleh setiap pelajar universiti swasta tempatan. Subjek lain ialah Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia.

Sila baca di sini

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

hisemudinkasim.blogspot.com berkata...

Mengapa Melayu diperkotak-katikkan sebegitu rupa, mengapa Cina boleh bersatu dalam isu-isu yang membabitkan survival Cina. Tetapi kita orang-orang Melayu masih lagi mahu bercakaran sesama sendiri dek kerana fahaman politik yg berbeza.

Ikutilah kupasan tulisan saya yg ditulis agak lama juga dulu iaitu selepas berakhirnya PRU 13. Namun masih relevan utk dibaca.

Ianya bertajuk, " Survival Melayu : Ke mana haluan kita setelah Cina bersatu ?"

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/survival-melayu-ke-mana-haluan-kita.html