Khamis, September 20, 2012

Dunia nak kiamat : Mengapa tiba-tiba Pok Nik Ajis nak jadi 'Melayu', bukankah sebelum ini beliau malu nak jadi Melayu?



Terkejut juga penulis apabila tiba-tiba Pok Nik menyokong hasrat Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas bersama-sama mengadakan protes membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Pada masa sama, beliau berharap bantahan itu turut disusuli tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pihak yang melakukan penghinaan tersebut.

"Orang Islam khususnya dan orang Melayu umumnya perlu berbuat sesuatu supaya pihak yang melakukan penghinaan ini sedar, jika tidak perkara ini akan membawa kepada perkara lain dan akhir sekali pembunuhan seperti terjadi di Tunisia.

"Biar pihak itu sedar perbuatannya mendapat tentangan dan jangan kita berdoa atau sembahyang hajat sahaja, itu tidak betul. Protes itu betul, tetapi cara lain terserah kepada keadaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi amat mengasihani.

Surah ( Ar-Ra'd : ayat 13.11 )

" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia ".

Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'. Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam .

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman : " Manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenali antara satu sama lain ". Maknanya Allah jadikan bangsa/kaum itu memang benar!



Penulis tidak fikir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik sudah cukup tua untuk menjadi nyanyuk tetapi anehnya beliau sering merepek bila bercakap. Namun beliau sendiri sedar dirinya sudah tua dan letih. Ertinya secara fizikal beliau kekurangan tenaga. Cuma akalnya saja yang masih kuat untuk berlawan dengan UMNO.

Begitulah Nik Aziz yang sedang menghabiskan masa tuanya untuk menentang UMNO, parti politik yang sebangsa dan seagama dengannya. Tetapi sementelahan beliau tidak berbangga menjadi Melayu mungkin hati nuraninya tidak memihak kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain, mungkin beliau menyesal dilahirkan sebagai bangsa Melayu.

Kasihan Nik Aziz. Beliau tidak dapat membezakan antara agama dan bangsa. Justeru beliau berasakan secara kebetulan dan automatik menjadi Melayu. Kita tidak tahu selama ini Nik Aziz tidak menganggap dirinya Melayu. Namanya saja Melayu. Ertinya beliau tidak menyukai namanya sendiri. Jadi apa pengenalan diri Nik Aziz sebenarnya?



Nik Aziz tidak percaya pada pengenalan bangsa. Sebab itu katanya beliau membina sebuah masjid di Rantau Panjang menggunakan reka bentuk Cina dalam usaha menghilangkan masalah perkauman. Mengapa menggunakan reka bentuk Cina kalau mahu menghapuskan identiti bangsa? Jika tidak percaya pada wujudnya bangsa, kenapa tidak menggunakan reka bentuk Islam?

Penulis rasa Nik Aziz menghadapi krisis identiti. Beliau menganggap dirinya seorang Islam, tetapi bukan berbangsa Melayu. Ini pengakuan beliau sendiri. Beliau mahu dikenali sebagai seorang Islam, bukan seorang Melayu.

Aneh! Sesudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar baru sekarang beliau mendakwa dirinya tidak berbangga sebagai Melayu. Ini seharusnya menyedarkan orang Melayu Kelantan bahawa Menteri Besar mereka tidak bangga dengan dengan bangsa Melayu.

Mungkin ada yang menganggap penulis cuba memutar-belitkan kenyataan. Tetapi itulah yang penulis fahami daripada berita yang tersiar didalam akhbar sebelum ini. Ada manusia yang tidak suka dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Tidaklah diketahui mengapa beliau tidak menyukai bangsanya sendiri. Mungkin ada faktor yang menyebabkan beliau jadi begitu.

Mungkin atas sebab itulah juga beliau menolak agenda perpaduan Melayu walau pun Melayu itu Islam. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

pejuang agama berkata...

nampaknya penulis ini masih keliru atau sengaja memutar belitkan atau memang sengaja tidak mahu faham. sepatutnya kita ambil positif dulu. setelah pasti barulah serbu. maksudnya, bangsa tk ade ertinya kalau tidak mengamalkan agama. apa gunanya bangsa kalau kufur. antara seorang bangsa melayu yg kufur dengan seorang lagi mana2 bangsa atau mana2 org yang dianggap hina yg beriman, siapa yg lebih mulia? itu sebenarnya persoalan yg cuba ditimbulkan. kita perlu fikir dalam2 dan pandang ke hadapan. ini sesuai dengan maksud firman Allah SWT Firman Allah:"Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Dan kami telah menjadikan kamu dalam pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mendalam mengetahuannya (Surah Al-Hujurat Ayat 13)

kata PM "“Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dalam blognya www.1Malaysia.com.my.

jd TENTULAH ISLAM POKOK PERBINCANGAN ASALNYA

tk tahulah org ni saje je nk pro sebelah aje. ana tidak menyebelahi mane2. benar tetap benar. salah perlu disanggah. tp... tk pakai tudung tetap HARAM walaupun bergelar Hjh.....