Jumaat, April 16, 2010

P94 Hulu Selangor : Enam Kotak Rahsia Anwar!




























Ezam bongkar lagi rahsia pkr!

Kandungan enam kotak rahsia yang disimpan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan 'senjata politik' sejak 12 tahun lalu, kini terus menjadi misteri.

Kewujudan kotak-kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu, didedahkan sendiri bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor.

Ezam membuat pendedahan mengenai kotak-kotak yang disimpan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 11 Ogos 1998, iaitu ketika berceramah di hadapan ribuan penyokong Anwar di hadapan deretan rumah kedai di Kampung Gajah, Perak.


Apabila ucapan Ezam itu dilaporkan di muka hadapan Utusan Malaysia keesokannya, ia mencetuskan kemarahan rakyat di samping tokoh-tokoh agama dan pakar undang-undang yang mengutuk Anwar dan menyifatkannya pengkhianat negara kerana melarikan dokumen rasmi kerajaan.

Hari ini, iaitu selepas kira-kira 12 tahun kemudian, Ezam mendedahkan, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah pun melihat atau mengetahui kandungan kotak-kotak rahsia yang dimiliki Anwar itu.




















Apa yang berlaku, jelas Ezam, beliau hanya menurut arahan Anwar supaya 'menjaja' isu enam kotak itu yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan BN.

Kata Ezam, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Beban sebenar untuk mendedahkan kandungan rasuah dalam enam kotak tersebut terletak di bahu Anwar sendiri. Saya sebenarnya tidak tahu isu kandungan yang terdapat dalam kotak-kotak tersebut.

Agak menarik apabila sekarang Anwar sendiri yang mengugut untuk membongkar rahsia enam kotak yang disimpannya! Berani kah Anwar atau omong-omong kosong sahaja. Sama-samalah kita tunggu dan lihat kelentong Anwar yang seterusnya!
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

Unknown berkata...

Ezam Kotak.....puak bangang UMNO boleh le Azam kelentong....

hg_kasturi berkata...

Hashim berkata...
Ezam Kotak.....puak bangang UMNO boleh le Azam kelentong....

Umno tk bangang .. yg bangang dan dungu serta menjadi PECACAI DAPigs adalah org2 melayu dari Pakatan REPUT.
6 kotak itu haya KELENTONG .. Kelentong dari PARTI KELENTONG RAKYAT .PKR.

eXception berkata...

Aku ada berita hot, pengikut ham-PAS jadikan masjid tak ubah seperti rumah tumpangan... Kat Kuala Kubu Baru...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Taminsari berkata...

Salam..

Agak menarik ketika ini di Hulu Selangor, penyokong PAS menjulang bendera PAS dan DAP di kereta-kereta mereka. Padahal yang bertanding adalah PKR?
Apa dah jadi ni!!!

Ular Menyusur Akar berkata...

Si Hashim ni baru belajar mengenal politik kot. Sebab itu dia tak tahu isu 6 kotak sebagaimana dakwaan DSAI semasa di di pecat dari UMNO.

agbr47: kesian Hashim