Isnin, April 26, 2010

Coretan Awang Selamat : Anwar dan Wolfowitz


















Bercakap tentang pengkhianat, ramai tertarik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mengulangi seruannya melabelkan Ketua Pembangkang sebagai pengkhianat negara.

Awang angkat topi kepada Muhyiddin kerana sedikitpun tidak berganjak daripada kenyataan asalnya tidak lama dahulu walaupun Anwar mengugut untuk menyaman beliau.

Sudah banyak petunjuk yang boleh mengaitkan Anwar dengan pengkhianatan terhadap negara. Antaranya, Anwar rakus untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menjatuhkan kerajaan yang sah, biarpun dengan cara mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Awang juga setuju dengan pandangan Muhyiddin bahawa Anwar menjelajah ke serata benua untuk memburukkan negara sendiri tanpa rasa segan silu, yang perbuatan itu tidak dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas.

Banyak lagi tindakan Anwar yang berbahaya kepada kepentingan agama, bangsa dan negara. Pendedahan demi pendedahan ramai sahabat pemimpin utama PKR itu yang telah meninggalkan parti, adalah sesuatu yang amat serius dan menakutkan.

Terbaru, pendedahan bekas pemimpin PKR, Ezam Mohd. Noor mengenai kaitan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Yahudi termasuk bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz.

Menerusi pendedahan tersebut, antara lain Anwar atas kapasitinya sebagai Pengerusi Foundation for The Future pernah menulis surat kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita Wolfowitz, Shaha Ali Riza dipinjamkan ke yayasan tersebut bagi menutup skandal tokoh itu.

Awang pun hairan. Sepatutnya Anwar mendokong integriti dan bukan sebaliknya cuba bersubahat dengan Wolfowitz bagi menutup skandal tersebut, melainkan ada udang di sebalik batu.

Dunia tahu bahawa Wolfowitz merupakan tokoh Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu orang Islam di negara tersebut. ''Anwar duduk di Foundation for The Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab," kata Ezam.

Awang percaya Anwar tidak akan berani menjawab pendedahan Ezam itu secara objektif. Sudah banyak pendedahan daripada ramai bekas pemimpin PKR, masih belum dijawab. Ribuan ahli dan puluhan pemimpin PKR telah meninggalkan Anwar kerana hilang kepercayaan terhadap beliau khususnya berkaitan isu moral dan perjuangan sempit untuk kepentingan peribadi.

Lalu Awang tersentuh dengan kata-kata sahabat Anwar dan antara kumpulan pengasas PKR, Dr. Halili Rahmat semasa mengumumkan keluar parti itu awal minggu ini. ''Saya tidak pandai berkata-kata dan mengutuk orang tetapi saya hanya tahu menyebelahi (pilih) pihak yang benar," kata pakar bedah otak dan saraf itu.

Semua orang tahu reputasi Dr. Halili, seorang yang amat disegani, telus dan mengutamakan akhlak. Sudah tentu Awang percayakan beliau dan ribuan lagi ahli PKR yang keluar parti berbanding Anwar, yang diselubungi kontroversi, isu pembohongan dan dua kali tuduhan liwat.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: