Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Februari 11, 2010
Adakah Blogger Jeffry Menghina Nik Aziz!
Sebagai penulis blog bebas kami menyifatkan laporan polis yang dibuat wakil Pas Kelantan, ekoran ilustrasi grafik Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat, sebagai bukti kelemahan mental pemimpin pembangkang apabila mereka diserang balas.
Sebenarnya serangan politik versi seni itu dimulakan penyokong pembangkang sendiri sejak 10 tahun lalu menerusi pelbagai gambar penghinaan dan superimpose yang cuba memusnahkan peribadi pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).
Adakah Pas Kelantan sudah kepanasan sehingga mereka tidak faham akan perang media versi seni. Selama 10 tahun, kita banyak dihidangkan pelbagai gambar penghinaan yang cuba memusnahkan pemimpin Umno dan BN.
Memang ada kartunis pro-pakatan yang menggunakan sepenuhnya media seni ini untuk menghancurkan kredibiliti maruah pemimpin Umno dan BN, namun satu laporan polis pun tidak pernah ahli Umno lakukan. Pas Kelantan sebenarnya tidak dapat menerima bidalan 'pulang paku buah keras' apabila pengendali blog muda menyerang balas pembangkang.
Nik Aziz sepatutnya memainkan peranan menasihati penyokong pembangkang yang selama ini banyak menghina ketua negara menerusi pelbagai kaedah sama. Sebaliknya apabila ada ahli Pakatan Rakyat sering kali membuat kartun jenaka sinis berbentuk fitnah, juak-juak pakatan bertepuk tangan termasuk juga pemimpin mereka.
Dan apabila terkena batang hidung sendiri, baru mereka tahu betapa sakit dan perit untuk menelannya. Adakah jenaka sinis berbentuk fitnah dikira “ Halal “ oleh pemimpin-pemimpin PAS jika ia menghentam pemimpin UMNO dan BN tanpa diambil apa-apa tindakan untuk menegur ahli-ahlinya? Selama ini PAS begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain.
Mari kita saksikan samada mereka( blogger PR ) ini benar-benar anak jantan atau terus memadam blog masing-masing. Dan blog ini http://bodohland.wordpress.com/sudah pun dipadam akibat ketakutan? Inilah gambaran betapa mereka ini sukar dikenal pasti samada jantan atau betina.
Blogger Pas ini pun patut juga diambil tindakan kerana mereka mempersendakan agama pemimpin Islam.
Salah satu blog yang menghina pemimpin negara dan diharap ada pihak yang akan tampil untuk membuat laporan polis terhadap pengendali blog ini.
Selama ini tidak pernah ada satu pun blog pakatan pembangkang yang diambil tindakan atau tidak ada satupun laporan polis diambil kerana menghina pemimpin negara. Tetapi sekarang oleh kerana hanya sekeping gambar “ Tok Guru dan ...“, seluruh juak PAS bagaikan meroyan kepanasan. Tok Guru Nik Aziz tidak sehebat mana, pikiran beliau bagaikan cuaca yang boleh berubah,sekejap panas sekejap hujan.Kredibiliti beliau dan anak menantu dipertikaikan,namun masih ramai tetap menjadi pemuja kepada Tok Guru ini?
Apabila “Tok Guru” mempersendakan Islam dan menghina Allah SWT.
Kredibiliti PAS yang hanya bergantung kepada seorang yang dianggap keramat, tok guru, tokwali oleh puak-puak PAS yang fanatik seolah-olah dunia akan kiamat jika Nik Aziz berundur dari tahta "dunia" sebagai MB Kelantan yang dinikmatinya selama 18 tahun yang akan memberi impak besar kepada arah tuju PAS dan pembetulan aqidah umat Islam dari berbagai sudut sebagaimana yang dinyatakan dibawah:
1. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - Nik Aziz: UM, 26 November 1994.
2. "Menentang PAS adalah haram mengikut Al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat: BM 24 April 1994.
3. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Nik Aziz Nik Mat: Kuliah di masjid Kg. Pulau Melaka.
4. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH 12 Mei 1999)
- Apabila UMNO berkawan dengan MCA dan MIC mereka di panggil kafir!
5. "Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini dan melawan PAS, di zaman nabi pun ada ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman nabi dulu." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 15 April 1995.
6. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH, 17 April 1995.
7. "Tidak sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda melainkan ulamak." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 6 November 1999.
8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz: BH, 29 April 1999.
9. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz: 24 Januari 1999.
10. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz: UM, 28 April 1999.
Sebenarnya Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh PAS telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.
Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Ugama di peralat semata-mata hendakkan undi. Sebenarnya banyak lagi penyelewengan aqidah yang telah dilakukan oleh Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain.
Cukuplah sekadar untuk membuat perbandingan seorang blogger yang dikatakan “ menghina “ seorang Tok Guru dengan Tok Guru tersebut yang telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan ataupun “ fatwa-fatwa “ yang sudah banyak menyeleweng aqidah umat Islam di Negara ini termasuklah perpecahan ummah! Itu tidak termasuk lagi dengan AMANAT HADI dan juga menyokong Kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian.
Kalau nak dibandingkan “ dosa “ blogger Jeffry yang dikatakan “ menghina “ Tok Guru dengan “ dosa “ seorang Tok Guru yang mempersendakan Islam dan menghina Allah SWT, yang mana lagi BERAT DOSANYA?
Syabas diucapkan kepada Blogger Jeffry kerana keberanian anda membaling batu, tetapi tak sembunyi tangan. Kuatkan semangat dan teruskan perjuangan demi memartabatkan ugama, bangsa dan tanahair. Kami blogger-blogger jalanan yang lain sentiasa berdiri teguh di belakang anda.
InsyaAllah.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Masalahnya si Jeffry haramjadah UMNO tu buat superimpose kelucahan terlampau. Kalau nak serang setakat mata pena orang tak marah. Itu hak dan pendapat masing2. Yang gatal buat gambar membogelkan dan separuh bogel tu ajaran siapa? Islam Hadhari ker!...
panas panas
Teruskan usaha untuk membongkar dan menjahanamkan manusia yang bersikap hipokrit tu..Tok ajis ooii..kes seperti ni siapa yang mulakan dan kenapa baru sekarang bila kahak yang ko ludahkan kepada orang lain jatuh keatas muka sendiri baru nak kelam kabut..dan terasa bahangnya..
Peperangan ini baru je bermula..so tunggu je lah akan kemunjulan berbagai bagai lagi perkara yang mengemparkan dan ko tidak sangka sama sekali..
Tak perlu bersikap hipokrik ..bila puak ko melakukan perkara ini ko halalkan tetapi bila orang lain yang melakukan ko melentig pulak eks..punya la marah sampai nak tertangggal kain semungtal kat kepala.
Tok Ajis...ishh ko percaya pulak kepada polis dan badan kehakiman ni eks...dulu kata kedua-dua agenci ni tidak boleh dipercayai dan cuma bekerja secara mengikut telunjuk kerajaa....SUDAH TUKARRR KEE...
Kpd penulis blog ni...adakah sama gambar di atas dgn gambar org duduk "f--k"?
Mana yang jijik dan kotor!
Jika yg ni tak boleh beza...masuk sekolah agama..mengaji agama semula...
Budak kecik pun jdi faham dgn gambar bodoh jeffry tu!
al-fakir berkata...
Kpd penulis blog ni...adakah sama gambar di atas dgn gambar org duduk "f--k"?
Mana yang jijik dan kotor!
Jika yg ni tak boleh beza...masuk sekolah agama..mengaji agama semula...
Budak kecik pun jdi faham dgn gambar bodoh jeffry tu!
Buat pengikut PAS .. mana satu lebih bersifat syaitan yang keji dan celaka .. antara gambar yang keji atau dengan lidah yang sering mencarut kata2 lucah dan memaki hamun. Adakah ini ajaran ISLAM atau Parti Asuhan Syaitan.
Memang lah ko orang ni CELAKO CELAKO CELAKO .
Catat Ulasan