Rabu, Disember 24, 2014

PT3 : Pelajar skor semua A menurun?


Ujian bertulis Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) telah diperkenal Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula pada tahun ini.

Namun keputusan PT3 yang dikeluarkan semalam telah menimbulkan tanda tanya selain mengejutkan banyak pihak apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan mahupun Jabatan Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Sehingga jam 6 petang semalam, tiada pengumuman dibuat mengenai jumlah pelajar tingkatan 3 yang mendapat keputusan semua A, pelajar terbaik keseluruhan atau sekolah cemerlang seperti yang biasa dilakukan dalam peperiksaan PMR tahun-tahun sebelumnya.


Peperiksaan PT3 melibatkan sebanyak 2,608 pusat peperiksaan yang terdiri daripada 453,413 pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia.

Walaubagaimanapun, tinjauan pemberita di sekolah-sekolah cemerlang setiap negeri mendapati berlaku penurunan ketara bagi pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam setiap mata pelajaran berbanding PMR tahun lalu.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminudin Baki, Latifah Mahfod berkata, daripada keseluruhan 178 calon yang menduduki PT3 hanya seorang pelajar yang mencapai keputusan 10A dalam semua subjek.

Suara Politik
Belantan

4 ulasan:

usin berkata...

Dgr kata hanya dlm 80an calon yg dpt 10A dlm pt3 thn 2014. Sbb tu kpm x nk umum...dh keluarpun result. Kasian calon, kesian guru, kesian parents. Hrp kpm ada jawapan yg telus, xpe, kita tunggu...

Asal Bukan DAP (ABDAP) berkata...

harap mendapat pelajar berkualiti bukan kuantiti...

KZSO berkata...

Alhamdulillah...Sekarang baru kita dapat pelajar yang berkualiti. Tamat sudah zaman kuantiti dapat 6A -13A tapi kualiti amat jengkel sekali!

oyabun berkata...

Hanya 80 orang sahaja mendapat semua A di seluruh Malaysia. Di mana silapnya?
Sesuatu perlu ditengok balik. Seolah-olah guru-guru dan pelajar menjadi bingung dengan apa yang dibuat oleh kementerian. Siapa yang rugi?