Sabtu, Disember 08, 2012

Rakyat Selangor ditipu lagi - MB Khalid gagal kutip hasil pasir RM150j setahun?



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerajui kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu gagal menunaikan janji yang dibuat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 2009 untuk mendapat hasil RM150 juta setahun melalui sumber pasir.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kerajaan negeri sebaliknya hanya mengutip RM32.5 juta melalui hasil pasir dari 2009 hingga 2011.

Penduduk di Selangor termasuk di Sepang hanya melihat lori pasir keluar masuk di banyak tempat tetapi kita gagal melihat aktiviti pengangkutan pasir ini bertukar kepada sumber hasil di negeri ini.

Jumlah kutipan melalui hasil pasir tidak konsisten dengan aktiviti melombong pasir yang begitu banyak di negeri ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Sepang di Bukit Changgang, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, lebih 500 mangsa banjir sekitar Sepang menerima bantuan bernilai RM1,000 iaitu masing-masing sebanyak RM500 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sepang itu berkata, BN Selangor mahu kerajaan negeri bersikap telus dengan mendedahkan akaun mengenai hasil pasir di negeri tersebut.

Kalau enggan mendedahkan akaun berkenaan kepada BN maka mereka sekurang-kurangnya harus melantik pihak ketiga untuk menyemak akaun tersebut.

Kerajaan negeri Selangor juga perlu mengumumkan jumlah lesen melombong pasir yang dikeluarkan supaya kita boleh membezakan lombong yang sah dengan yang haram," katanya.

Beliau menegaskan, operasi perlombongan pasir secara besar-besar di Selangor telah merosakkan ekosistem sehingga meruntuhkan benteng sungai dan mengakibatkan kawasan Sepang dilanda banjir.

Perlombongan pasir yang berleluasa termasuk di tepi sungai telah menyebabkan benteng sungai pecah dan banjir berpanjangan di Sepang.

Dakwaan kerajaan negeri bahawa benteng sungai pecah akibat aktiviti bercucuk tanam tidak masuk akal, ini menunjukkan pembangkang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kadar perlombongan pasir di Selangor, hasil pasir di negeri itu mungkin akan habis dikorek dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

Semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan apa yang diterima oleh pembeli dalam pasaran tidak selari," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: