Khamis, Disember 13, 2012

MB Khalid hangin satu badan...!!! Pusat salur RM5.7 bilion pembangunan Selangor?



Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menolak dakwaan tidak berasas pakatan pembangkang kononnya Kerajaan Persekutuan meminggirkan pembangunan di negeri ini.

Beliau berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan sepanjang tahun ini, sebanyak RM5.7 bilion diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan melibatkan 439 jumlah projek dalam pelbagai bidang untuk manfaat rakyat Selangor.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak RM2.8 bilion telah diperuntukkan untuk pelaksanaan 280 projek baru negeri ini manakala RM2.85 bilion lagi bagi pelaksanaan 159 projek sambungan melibatkan pembinaan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya dan sebagainya.

"Daripada jumlah peruntukan serta bilangan projek yang dilaksanakan itu, jelas Kerajaan Persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri ini dalam pembangunan untuk rakyat meskipun pentadbiran Selangor berada di bawah pakatan pembangkang.

"Justeru, dakwaan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan meminggirkan pembangunan negeri ini adalah tidak benar. Malah, Kerajaan Persekutuan dilihat lebih banyak menyalurkan peruntukan untuk manfaat rakyat Selangor berbanding kerajaan negeri yang saya difahamkan lebih kecil daripada jumlah itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (JPPNS) di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: