Rabu, Januari 06, 2016

Bongkak...!!! Pas Selangor tetap pendirian, enggan kerjasama Umno?


Pas Selangor hari ini sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa tidak akan berlaku sebarang gabungan antara parti itu dengan Umno.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).

"Pas Selangor akan terus menjaga kebajikan semua rakyat yang mana Umno telah gagal melaksanakannya," katanya melalui aplikasi WhatsApp disini hari ini.

Semalam lapuran kaji selidik IDE mendapati kerjasama Umno-Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.

Malah dikhuatiri juga kerjasama itu menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap Umno masih menebal.

Cakap-cakap tentang kerjasama Umno-Pas hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Tun Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas di hadapan ribuan penyokongnya pada Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.

Kelmarin, Pas mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ada udang disebalik mee.
Mesti ada niat lain.
Apsal nak berbaik setelah Umno mengecewakan rakyat.
Rakyat Selangor jelas menolak Umni dalam 2 kali PRU.
Maka...takyah terhegeh hegeh gunakan ayat penyatuan.
Kini...Selangor lebih baik dari dulu masa Umno.
Jadi...Umno....pi main jauh jauh.