Jumaat, Jun 05, 2015

DAP parti cauvinis Cina mahu kuasai Pas satu fitnah – Khalid?


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, tampil mempertahankan DAP dengan menganggap tuduhan bahawa parti cauvinis Cina itu cuba menguasai parti Islam tersebut melalui muktamar kali ini adalah fitnah semata-mata.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bertegas bahawa sikap DAP terhadap Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada kena-mengena dengan pemilihan Pas.

Kenyataan Khalid itu jelas bertentangan dengan ‘pengesahan’ Abdul Hadi sendiri apabila Presiden Pas tersebut dalam kenyataan terbaharunya berkata terpulang kepada ahli Pas untuk memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP pada pemilihan kali ini.

“Saya tidak nampak adanya apa-apa usaha DAP untuk menguasai Pas. Sikap DAP terhadap Presiden tiada kena-me­ngena dengan muktamar. Ia adalah hasil dari salah faham berpanjangan sejak isu Menteri Besar Sela­ngor,” kata Khalid menerusi blognya hari ini.

Khamis lalu, Pengarah Opera­si Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, tindak-tanduk pemimpin DAP kebelakangan ini jelas menunjukkan adanya peranca­ngan parti itu untuk me­nguasai Pas melalui pemilihan muktamar Pas bulan depan.

Tegasnya lagi, sikap DAP yang keterlaluan campur tangan terha­dap urusan dalaman Pas serta cubaan untuk mencorakkan orga­nisasi kepemimpinan parti itu bakal menjadi punca kepada keretakan dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Khalid bertindak menyelar Mohd. Zuhdi dengan menu­duh, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas tersebut mahu memecah­belahkan Pas dengan DAP dan PKR apabila mengeluarkan kenyataan DAP mahu mencorakkan Pas.

“Mesej di sebalik tulisan Mohd. Zuhdi adalah jelas. Mesejnya adalah DAP musuh Pas sebenar. Menuduh DAP ingin menguasai Pas dan adanya proksi DAP dalam Pas merupakan usaha untuk menanamkan kebencian dalam kalangan ahli Pas terhadap DAP,” katanya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Kisah Sukses berkata...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT