Jumaat, Oktober 17, 2014

Akhbar Nanyang Siang Pau minta UMNO jangan prasangka terhadap SJKC?


Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 13 Oktober 2014 meminta pemimpin-pemimpin UMNO menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengiktiraf Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam sistem pendidikan negara apabila turut menyalurkan sejumlah peruntukan dalam Bajet 2015 baru-baru ini.

Artikel bertajuk 'Sila hentikan syak wasangka pada SJKC' yang merupakan pandangan editorial akhbar itu disiarkan dalam ruangan Pendapat Yanlun halaman W3 turut menyentuh jaminan Perdana Menteri semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ahad lalu bahawa menurut Perlembagaan Persekutuan kedudukan SJKC kekal dan tidak berubah.

Kenyataan pemimpin nombor satu negara itu telah memberi suntikan semangat kepada SJKC, sekali gus diharap dapat meredakan kepanasan apabila sering dibangkitkan secara sengaja oleh beberapa pemimpin UMNO.

Editorial akhbar itu membangkitkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang meminta supaya kerajaan menghentikan pembinaan SJKC kerana mendakwa kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

Hasil pendidikan Cna?

Seorang lagi ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mencadangkan supaya Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung November ini membincangkan dengan teliti sama ada SJKC perlu diteruskan atau dimansuhkan kerana sekolah berkenaan didakwa menjadi tempat melahirkan pembangkang kepada kerajaan.

Setiap kali menjelang perhimpunan parti pasti akan ada pemimpin UMNO menimbulkan isu SJKC untuk menarik perhatian, tetapi malangnya mereka ini tidak pernah dihukum oleh UMNO atau Barisan Nasional (BN). Adalah salah sekiranya perkara ini dianggap kecil, bukankah telah wujud unsur-unsur berat sebelah?

Cuba kita fikirkan, jika semua orang dibenarkan mengeluarkan kenyataan yang mencederakan kaum lain terutama dalam sebuah negara yang berbilang kaum, tindakan itu akan menyebabkan negara mudah terjerumus ke dalam kekacauan.

BN anggap diri mereka mampu menjaga semua politik gabungan antara berbilang kaum, tetapi kenapa BN buat-buat tidak dengar suara ahli parti yang secara lantang mengemukakan kenyataan berunsur fanatik? Terutama sekali semasa negara ini diselubungi dengan isu perkauman yang boleh membawa kesan sangat buruk kepada perpaduan rakyat?

Hasil pendidikan Cina?

MCA telah tewas teruk pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013, kini parti itu sedang cuba bangkit kembali dan selagi kata-kata yang menusuk telinga dari UMNO tidak dihentikan, maka segala usaha MCA itu tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan.

Kata-kata itu bukan sahaja mencederakan MCA tetapi turut menjejaskan masyarakat Cina dan Malaysia yang telah dibina dengan segala kesusahan dan kesukaran selama ini untuk menguatkan perpaduan rakyat.

Diharapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini dan seterusnya, Najib dapat suarakan sekali lagi mengenai jaminan terhadap SJKC, sekali gus membuang jauh-jauh perasaan ragu-ragu terhadap sekolah itu.

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

Asal Bukan DAP (ABDAP) berkata...

Buktikan dulu kesetiaan kepada Raja-raja Melayu dan hak org Melayu serta jangan pertikaikan Agama Islam adalah agama yg sah disisi perlembagaan negara. SJK memang tak membawa kesejahteraan dan keharmonian masyarakat dalam negara Malaysia. Nak tau sebab apa? Rasa2nya mungkin 10-15% org cina di Malaysia, tak tau dan faham Bahasa Melayu walaupun lahir di Malaysia. Hello... negara dah merdeka 57 tahun dah. Bukan baru setahun dua negara mencapai kemerdekaan. Bayangkan seorang pemuda Cina berusia 20-an, tak faham Bahasa Melayu. Jadi..?? Apa yang guru berbangsa Cina di SJK buat di sekolah..? Jika seorang guru bangsa Melayu mengajar subjek Bah. Melayu di SJK , anak murid bangsa cina ni buat hal pula. Akan buat provok dan bersikap kurang ajar terhadap guru tersebut.

Asal Bukan DAP (ABDAP) berkata...

Itu adalah pendapat aku, ketika bersekolah SMK. Pelajar cina dari tahun peralihan (Darjah 1-6 di SRJK. Masuk Sekolah Menengah, kena masuk kelas peralihan la...). Sikap tidak menghormati guru-guru..

Longchepoh berkata...

Bangsa pemakan babi ni memang pandai menipu. Mereka yang mulakan dulu kemudian tuduh Melayu. Kalau Cina tak kurang ajar tak kan melayu nak membalas. Mereka marah pada Perkasa dan aku masih ingat seorang timbalan menteri pendek Cina kata macam mana pulak kalau Cina pun tubuhkan Perkasa. Dia tak sedar (sebab suka cari salah orang) yang Perkasa wujud kerana ada ngo Cina yang tak pernah sedar diri macam Dong zio jong.