Jumaat, Oktober 10, 2014

Kenapa Azmin elak ulas festival arak?


Dakapan?

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terus mengelak apabila diminta mengulas isu penganjuran pesta arak secara besar-besaran atau lebih dikenali sebagai Oktoberfest.

Pihak media yang 'mengejarnya' sejak pagi ini gagal mendapatkan sebarang komen daripadanya yang dilihat cuba melarikan diri.

Terdahulu, ketika ditemui dalam program ibadah korban anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada pukul 8 pagi, Mohamed Azmin berjanji kepada wartawan akan mengeluarkan kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri selepas itu.

Bagaimanapun, sejak menunggu dari pukul 10 pagi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sehingga 1 petang, pihak media belum mendapat kenyataan akhbar seperti dijanjikan oleh Mohamed Azmin.

Pada kira-kira 2 petang, Mohamed Azmin mempengerusikan pula mesyuarat berkaitan sampah-sarap dan selesai pukul 4 petang namun kenyataan akhbar belum diperoleh.

Sekumpulan wartawan hanya berjaya mendapatkan kenyataan dan ulasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu negeri, Ean Yong Hian Wah pada kira-kira pukul 6 petang.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad mendedahkan kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran Oktoberfest.

Menurut Iskandar, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu, jelasnya, dakwaan Oktoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

Suara Politik
Belantan