Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Oktober 29, 2014
7 pandangan seorang peguam dalam kes Anwar Ibrahim sejak liwat 1?
1. Rakyat hakim negara hanya ketika pilihanraya bukan untuk adili kes jenayah peribadi. Rakyat telah menghakimi BN & kami telah menang PRU13 yang lalu 133/222 kerusi. Anda telah kalah dengan 89/222 kerusi. Anak-anak tadika pun faham 133 lebih banyak daripada 89.
2. Sebelas hakim, 11 orang telah yakin yang Anwar terlibat dengan liwat. 3 hakim Mahkamah Persekutuan kes pertama dengan Azizan nyatakan dalam 1 paragraf bahawa kejadian itu memang berlaku. 2 bebaskan Anwar hanya sebab teknikal kerana Azizan terlupa tarikh. Sila baca di sini.
3. Kemudian Anwar minta supaya paragraf itu dibuang. Tahun ini 5 hakim secara 5-0 putuskan yang paragraf itu dikekalkan. Dengan kata lain, mereka bersetuju dengan fakta bahawa kejadian liwat memang berlaku. Siapa kita untuk mempertikai kajian mereka yang pakar bab perundangan. Sila baca di sini.
4. Dan bulan April tahun ini 3 hakim mahkamah rayuan secara 3-0 setuju dengan tanpa syak lagi yang Anwar memang meliwat Saiful. Jadi 3+5+3=11 hakim telah buat keputusan tentang Anwar. Bukan 1 orang tapi 11 orang hakim.
5. Hari ini dan esok 5 lagi hakim akan buat keputusan di Mahkamah Persekutuan, keputusan terakhir untuk Anwar bagi kes Liwat 2 ini, bukan Fitnah 2 macam kata mereka. Jika Anwar dilepas, itu keputusan mahkamah yang perlu diterima. Jika Anwar tidak lepas, itu juga keputusan mahkamah yng perlu diterima. Sila baca di sini.
6. Hanya orang yang terdesak, orang yang bersalah akan rasa terdesak lantas melakukan hal-hal yang melanggar undang-undang seperti kejadian di UM malam tadi. Orang yang tidak bersalah sepatutnya hanya perlu tersenyum dan berdoa serta bertawakal kepada Allah swt.
7. Anwar, cukuplah untuk menipu rakyat. Cukuplah untuk mengguna rakyat bagi kepentingan peribadi. Keadilan akan terbukti berdasar fakta kes anda. Jangan khuatir jika anda tidak meliwat. Namun jika anda memang benar melakukannya, keadilan kepada Saiful akan terlaksana jua. Rakyat hakim negara pada PRU14 nanti. Bukan hari ini dan esok.
Oleh : Ahmad Shuaib Ismail
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Fakta dh trmktub..kuasa Allah saja yg boleh mendahului kputusan hakim!!! Bertaubatlah Anwar sbelum trlewat(bukan trliwat ya)
Catat Ulasan