Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Oktober 29, 2014
Anwar guna benteng pihak asing?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berdepan dengan keputusan rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan esok berterusan menjadikan pihak luar sebagai benteng terakhir survival politiknya.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggunakan nama tokoh agama dan pertubuhan hak asasi manusia sebagai ‘talian hayat’ agar beliau tidak disabitkan bersalah dalam pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertindak merayu kepada rakyat negara ini supaya memberikan perhatian kepada gesaan masyarakat luar termasuk Inter-Parliamentary Union (IPU) dan Amnesty International yang dikatakan mengecam pendakwaan tersebut.
“Mereka meminta ‘kezaliman’ ini dihentikan. Tokoh agama seperti Dr. Yusuf Al-Qardawi dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia telah bersuara,” kata Anwar dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Biro Antarabangsa PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, parti itu menjemput beberapa pemerhati undang-undang antarabangsa bagi memantau keputusan pendakwaan Mahkamah Persekutuan berkenaan esok.
“Kita bekerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa dan pihak kedutaan, begitu juga pengamal undang-undang dari Australia, United Kingdom, Perancis, Indonesia dan lain-lain.
“Pertubuhan antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH), Pertubuhan Undang-undang Asia Pasifik (Lawasia), IPU, Australian Law Council dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan untuk menghantar pemerhati mereka esok,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan