Ketua Umum (KETUM ) PKR yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim makin terdesak menjelang rayuan kes liwat ke atas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya esok 28 Oktober. Jika rayuannya ditolak mahkamah, beliau akan dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun.
Usaha Anwar melobi mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa bagi meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Malaysia sejak tiga bulan lalu, tidak begitu berhasil. Beberapa negara seperti Australia menolak untuk campur tangan. Dunia makin mengenali siapa sebenarnya Anwar.
Di tanah air, kempen Rakyat Hakim Negara (slogan lama episod 2008), yang beliau lancarkan untuk menghimpunkan ratusan ribu orang tidak mendapat sambutan. Perkembangan tersebut meresahkan Anwar, yang kita percaya tidak akan putus asa untuk melakukan apa sahaja bagi terus mengheret rakyat kepada kancah moralnya.
Tidak pernah juga terjadi dalam sejarah, penangguhan kes sehingga 67 kali; keengganan memberi pengakuan bersumpah membela diri di kandang saksi serta banyak lagi. Anwar juga berhak mendapatkan peguam-peguam terbaik termasuk bekas pendakwa raya tetapi masih mentohmah badan kehakiman negara. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana terus menjadi pelakon sandiwara yang hebat abad ini.
Pada tarikh yang sama – 28 Oktober– berlangsung perbicaraan membabitkan Presiden Pas, Hadi Awang disaman oleh orang PKR. Setakat ini, ramai ahli Pas komited untuk hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu tanda sokongan kepada Hadi. Inilah juga saat untuk menguji kesetiaan setiap ahli Pas apatah lagi terdapat pemimpin pro-Anwar (Anwarinas) dalam parti itu menghasut akar umbi untuk hadir menyokong Anwar – bukannya Hadi.
Beberapa badan LGBT mahukan pendakwaan ke atas Anwar ditarik balik atas alasan meliwat adalah hak kebebasan, bukannya jenayah dan menolak hukum perbuatan yang dilaknati Allah swt. Bagi gerakan tersebut, menyokong Anwar adalah penting demi hak LGBT.
Masyarakat Islam terutama ahli-ahli Pas tentunya bijak membuat perhitungan – nilai mana yang mahu didokong. Mahukah terjebak mengikut seruan badan-badan LGBT memuliakan budaya songsang? Jika ragu-ragu, buatlah keputusan yang kurang mudarat kepada Islam. Mudah sahaja. Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan