Selasa, Oktober 07, 2014

Nik Abduh akui Pas diserang dari dalam, tetapi tak berani dedahkan dalangnya?


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti itu sekarang sedang diserang dari dalam oleh pihak yang tidak mahu Pas muncul sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga merupakan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, usaha melemahkan Pas itu ada kaitan dengan gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tindakan memperlekeh Majlis Syura Ulama.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli dan pendokong Pas agar berada dalam kesedaran tinggi bagi memastikan usaha pihak terbabit untuk melemahkan parti berkenaan dari dalam tidak membuahkan hasil.

"Pas mesti diserang dan dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam pakatan. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang sedia menolak seruan ke arah syariat Islam.

"Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama yang didokong oleh para ulama dalam memimpin Pas. (Justeru) ahli dan pendokong Pas mestilah dalam kesedaran yang tinggi," kata Nik Mohamad Abduh menerusi Facebooknya hari ini.


Minggu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengakui secara terbuka bahawa Pas menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka agar membenci parti tersebut.

Kenyataan itu dibuat beliau sejurus wakil Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor dikurangkan kepada tiga berbanding empat dan penyingkiran Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Mohamad Abduh walaupun mengakui Pas cuba dilemahkan dari dalam, tidak pula berani tampil mendedahkan pemimpin Pas yang menjadi tali-barut sehingga menyebabkan parti berkenaan bergoncang baru-baru ini.

Sebaliknya seperti biasa, beliau cuba berdalih dengan menggunakan alasan kononnya kehadiran Pas sebagai pemain utama dalam pakatan cukup merimaskan pihak tertentu termasuk musuh politik utama pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN).

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Zaidi Oseman berkata...

Yang aku hairan Nik Abduh ni tau dah PAS dibuli. tapi knp masih dlm PR lagi. bangang ke apa nik Abduh ni.